CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4460|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar 800 liter petrol gagal

[Copy link]
Post time 7-6-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Bot berserta muatan minyak petrol berkenaan dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 800 liter minyak petrol di perairan Tanjung Batu, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi mengesan pergerakan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, pihaknya terus bertindak mengejar dan mengarahkan bot pancung berkenaan berhenti.

Bagaimanapun, katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, bot terbabit berpatah balik dan memecut laju menuju ke pantai berhampiran Tanah Merah Sandakan.

“Dua suspek yang berada di dalam bot berkenaan berjaya meloloskan diri dan meninggalkan bot pancung beserta muatannya.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan sejumlah 800 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 32 tong,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list