CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2894|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas dilaporkan hilang dijumpai mati

[Copy link]
Post time 9-6-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode


Mayat mangsa warga emas ditemui selepas 20 hari dilaporkan hilang.-Gambar Bomba Sarawak.

KUCHING: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Kakeng, Serian sejak 18 Mei lalu ditemukan meninggal dunia di kawasan Sungai Jeran, Bukit Minampun Kampung Kakeng, semalam.

Mayat mangsa Denis Nyawod, 76, ditemui orang awam di kawasan Sungai Jeran, Bukit Minampun, Kampung Kakeng, kira-kira tiga kilometer (km) dari mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan pada jam 2.25 petang.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerah ke lokasi.

"Pihak bomba diberitahu mangsa dilaporkan hilang pada 18 Mei lepas dijumpai di kawasan Sungai Jeran, Bukit Minampun Kampung Kakeng, iaitu kira-kira 3 kilometer (km) dari rumah mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, pihaknya bergerak ke lokasi melalui denai hutan bersama-sama polis, anggota Rela dan penduduk kampung.

"Sampai di lokasi, pihaknya mengurus mayat mangsa dengan memasukkan ke dalam beg mayat dan mengusungnya keluar dari lokasi.

"Setelah sampai di kampung mangsa kemudian diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu, mangsa yang mengidap demensia (hilang ingatan) dilaporkan hilang pada 18 Mei lalu.

Rentetan laporan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan pencarian dijalankan di kawasan hutan berdekatan Kampung Kakeng.

SAR itu bagaimanapun ditamatkan pada 25 Mei selepas operasi itu dilakukan selama 8 hari apabila tiada sebarang petunjuk ditemui.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052955 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list