CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2910|Reply: 0

[Sarawak] Banjir landa dua kampung di Ulu Baram, 581 penghuni terjejas

[Copy link]
Post time 9-6-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode


Bahagian dalam rumah yang dipenuhi lumpur akibat banjir melanda kampung Long Kerong awal pagi pada Jumaat.

MIRI: Seramai 345 orang penghuni yang mendiami 50 pintu rumah Kampung Long Kerong, Ulu Baram, terjejas akibat kejadian banjir yang berlaku awal pagi Jumaat.

Manakala, 236 penghuni yang mendiami 62 pintu rumah Kampung Long Sait, Ulu Baram turut terjejas akibat banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim berkata, banjir di kedua-dua kampung berkenaan mula berlaku kira-kira jam 2 pagi dan menjejaskan harta benda serta tanaman.

“Maklumat terkini daripada Ketua Kampung Long Kerong Douglas Tirong dan salah seorang penduduk Kampung Long Sait Wesly Krew berkata keadaan banjir di kedua-dua kampung tersebut telah surut dan pulih sepenuhnya masing-masing sekitar jam 4 dan 4.30 pagi tadi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Sim berkata, penduduk kampung yang terjejas kemudiannya membuat pembersihan kesan banjir dan lumpur di rumah serta kawasan masing-masing.

Katanya, paras air di sungai dan bahagian laluan jalan berdekatan juga telah surut.

“Perjalanan ke Long Kerong dan Long Sait adalah dari Marudi ke Jambatan Pekan Selungo lebih kurang lapan hingga sembilan jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bergantung dengan keadaan cuaca dan keadaan jalan.

“Kemudiannya perlu meletakkan kenderaan di Pekan Selungo dan dari Jambatan Selungo ke Long Sait perlu menaiki perahu yang hanya boleh dinaiki dua orang.

“Kalau sungai pasang besar, perahu boleh sampai terus ke Long Sait, tetapi kalau air sungai surut perlu tarik perahu melalui batu kerangan dan sekiranya perahu tidak dapat ditarik kerana paras sungai terlalu cetek, perahu perlu ditinggalkan dan terpaksa jalan kaki lebih kurang dua jam untuk sampai ke Long Sait.

“Untuk sampai ke Long Kerong pula perlu berjalan kaki lebih kurang satu jam lebih daripada Long Sait,” jelasnya.

Penduduk di Long Sait dan Long Kerong adalah kaum Penan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list