CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2780|Reply: 0

[Sabah] Debbie mahu perkenal makanan Sabah ke persada antarabangsa

[Copy link]
Post time 9-6-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


WANITA BERANI: Debbie menunjukkan produk Maggi Cukup Rasa yang digunakan dalam masakan.

KOTA KINABALU: Minat memasak yang mendalam membuatkan Debbie Turus, 32, mahu memperkenalkan masakan Sabah bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi di persada antarabangsa agar keunikan serta kelazatan makanan yang ada di negeri ini dapat dirasai seluruh pelusuk dunia.

Dengan nekad itulah, anak kelahiran Beluran ini mencuba nasib mengikuti Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sebelum terpilih sebagai 21 peserta akhir daripada keseluruhan 1,000 orang penyertaan di seluruh Malaysia.

Beliau juga menjadi salah seorang daripada hanya dua anak Sabah yang terpilih dalam program terbabit.

Semasa program itu, Debbie mempersembahkan kebolehan memasak dan berjaya menambat hati juri yang terkejut dengan pencapaiannya memasak hidangan yang tidak pernah dimasak sebelum ini iaitu laksa Johor.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, apa yang dipersembahkan ketika itu ialah teknik memasak yang betul dan kesungguhan untuk berjaya.

“Bagi saya semua orang boleh memasak, apa yang membezakan mereka adalah teknik masakan yang mampu menghasilkan masakan dan rasa yang berbeza.

“Sebelum ini saya tidak pernah makan atau memasak laksa Johor dan saya perlu melakukan cabaran ini semasa pertandingan terbabit.

“Saya lakukan dengan sebaik mungkin sebelum pihak juri memberikan pujian yang sangat bermakna bagi saya dan memberikan saya lebih bersemangat untuk memasak lebih banyak hidangan pada masa hadapan seterusnya memberi inspirasi kepada wanita lain di luar,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan program itu beliau berkata, sejak dari awal penyertaannya, dia ingin membawa masakan Sabah ke luar agar lebih ramai yang mengetahui tentang keunikan masakan Sabah.

Beliau bagaimanapun berkata, disebabkan kekangan masa, dia hanya mampu menyediakan laksa Johor dan menjadi pengalaman baharu baginya menyediakan masakan yang tidak pernah disediakan sebelum ini.

Debbie yang kini menetap di Sandakan berkata, dia menyertai program itu kerana dia begitu minat dalam bidang masakan dan mahu agar lebih ramai pihak yang mengenalinya.

“Saya ialah suri rumah sepenuh masa dan mengendalikan satu-satunya permata hati saya iaitu anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pergerakan, pada masa lapang saya juga membuat tempahan kek dan memasak makanan berbungkus serta ‘lunch box’.

“Disebabkan minat saya yang begitu mendalam dalam bidang masakan, saya ingin memperluaskan lagi jaringan agar lebih ramai yang mengenali saya dan mencuba masakan yang saya sediakan,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau berkata, ibunya adalah inspirasi utama yang membuatkannya minat memasak sejak dari kecil.

“Semasa saya kecil, kawasan Beluran yang menjadi kediaman kami tidak mempunyai banyak fasiliti termasuk elektrik dan kemudahan lain, oleh itu setiap masakan perlu disediakan secara teliti bagi menjaga kesegarannya.

“Pada waktu itu, ibu saya yang banyak mengajar saya bagaimana menyediakan makanan, keadaan itu juga membuatkan saya lebih minat kepada masakan tradisional Sabah,” katanya.

Beliau berkata, dengan peralihan masa, peralatan yang lebih baik sudah tersedia di pasaran, semua keperluan memasaknya menjadi lebih mudah, lebih-lebih lagi dengan adanya produk Maggi iaitu Maggi Cukup Rasa yang sudah digunakan sejak awal berkecimpung dalam dunia masakan.

Beliau berkata, masakan tradisional lebih sinonim dengan Perayaan Kaamatan yang diraikan baru-baru ini bagi masyarakat Sabah.

“Sebelum ini, rutin keluarga kami adalah berkumpul bersama ketika sambutan Kaamatan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

“Tahun ini, saya tidak dapat berkumpul bersama kerana terpaksa memenuhi undangan memasak, salah satunya di sebuah resort di Batu 14 Sepilok, Sandakan yang mana saya menyediakan pelbagai jenis masakan khas Sabah antaranya linopot, tinampung ubi, hinava, ikan masin lada putih losun dan pucuk keladi masak ikan masin.

“Menariknya, disebabkan daun untuk membuat linopot sukar didapati di Sandakan, saya terpaksa meminta daun itu dikirim dari Tambunan.

“Syukurlah usaha ini tidak sia-sia apabila pengunjung memberikan respon yang memberangsangkan apabila ada pelancong dari Eropah memberikan komen tanda bagus 100 peratus melalui satu video yang dikirimkan kepada saya dan saya sangat terharu,” katanya.

Katanya, dia juga memenuhi undangan di beberapa tempat dan menyediakan makanan tradisional Sabah sepanjang tempoh Kaamatan meskipun beberapa tempat tidak dapat dipenuhi akibat pertindihan masa.

“Meskipun saya tidak dapat berkumpul bersama keluarga namun, masakan yang disediakan kepada orang ramai membuatkan saya merasa lebih istimewa untuk menyambut Kaamatan melalui makanan tradisional yang sudah ada sejak zaman nenek moyang kita,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang menyediakan masakan, produk Maggi sangat membantu memudahkan penyediaan makanan dan melengkapkan rasa yang lazat dalam setiap hidangan.

Oleh itu, Debbie juga turut serta dalam pertandingan 'Jom Masak dan Menang Bersama' yang menawarkan hadiah yang lumayan dan inspirasi resepi masakan.

“Saya membeli beberapa produk Maggi dalam pertandingan ini seperti Maggi Cukup Rasa, Sos Tiram, Sos Cili, Maggi Flavoured Booster serta Maggi Mi Goreng Cili Kampung yang sedap.

“Orang ramai di luar juga dialu-alukan turut sama menyertai pertandingan ini kerana RM0.10 bagi setiap pembelian akan disumbangkan kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu PACOS Trust di Sabah yang menyokong komuniti pribumi dan wanita yang memerlukan, serta memberikan peluang pendapatan melalui masakan dan kraftangan.

“Sumbangan Maggi ini juga membantu mencipta penyelesaian mampan untuk jaminan bekalan makanan dan juga meningkatkan tahap pendidikan dalam komuniti ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057731 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list