CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 0

[Sabah] Penduduk sendiri membakar rumah, bukan pihak berkuasa

[Copy link]
Post time 9-6-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa tidak membakar rumah setinggan selepas dirobohkan sebaliknya perbuatan itu dilakukan oleh penduduk sendiri bagi meraih simpati daripada masyarakat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, berdasarkan sumber daripada pihak Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam operasi bersepadu itu, ada pemilik rumah bertindak membakar rumah mereka sendiri semasa ketiadaan pasukan OPS dalam kawasan itu.

"Ia tujuan ditularkan dalam media sosial dan meraih simpati serta perhatian dari netizen.

"Pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekita (KePKAS) ingin menjelaskan isu kerja-kerja pengosongan, perobohan dan pembakaran rumah atau pondok yang dibina di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), Semporna  yang tular di media massa dan sosial baru-baru ini.  

"Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh pihak Taman-Taman Sabah (TTS) dan Ketua Polis Daerah Semporna mengenai pengedaran Notis Pengosongan Kawasan TMTS telah diadakan pada 26 April 2024 dan operasi pengedaran Notis Pengosongan telah dilaksanakan bermula dari 2 sehingga 4 Mei 2024.

"Antara agensi yang terlibat adalah PDRM, Polis Marin, Pejabat Daerah Semporna, ESSCOM, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Daerah Semporna," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, notis telah diedarkan ke sebanyak 273 buah rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS.

Menurutnya, kerja-kerja meroboh dan pengosongan penempatan tanpa izin ini telah dilaksanakan bermula pada 4 sehingga 6 Jun 2024 dan sebanyak 138 buah penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas.  

"Manakala, sejumlah rumah lain telah dirobohkan sendiri oleh pemilik-pemilik terbabit. Ada juga pemilik-pemilik yang meninggalkan rumah mereka begitu sahaja.

"Operasi ini dilaksanakan atas faktor isu-isu keselamatan diperingkat daerah, susulan insiden tembakan di Teluk Darvel dan juga kegiatan-kegiatan jenayah rentas negara di lokasi penempatan tanpa izin.

"Kedaulatan undang-undang negara yang berkuatkuasa dalam isu ini haruslah dipertahankan," katanya.

Christina berkata, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri.

Katanya, semua kesalahan dalam Enakmen Taman-Taman seperti menangkap ikan, membina strukur tanpa izin dan bercucuk tanam memberikan kuasa kepada TTS untuk mengambil tindakan seperti mana yang telah diperuntukan dalam Enakmen Taman-Taman. ⁠

"Isu pembukaan hutan di Pulau Bodgaya untuk tujuan pertanian serta pembinaan lebih 200 buah struktur rumah tanpa izin adalah menjadi satu contoh pelanggaran terhadap Enakmen Taman-Taman.

"Semua tindakan yang telah dilaksanakan ini telah dipersetujui oleh agensi-agensi yang berkaitan dalam beberapa sesi mesyuarat termasuk lapan wakil-wakil komuniti TMTS yang sah juga sebulat suara meminta agar komuniti tanpa izin dikeluarkan segera dari kawasan TMTS," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058208 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list