CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 0

[Sabah] Pemandu lori maut dalam kemalangan di Kota Belud

[Copy link]
Post time 9-6-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Lori mangsa terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 23, Jalan Kota Belud - Kota Marudu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.38 malam itu, mangsa lelaki berusia 41 tahun yang memandu lori berkenaan membawa muatan barang-barang kepingan getah dari arah Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang sebelum terbalik.

“Akibat daripada kejadian itu, pemandu lori mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindak lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhi undang-undang jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075397 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list