CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1633|Reply: 0

[Sabah] 3,068 sertai aktiviti 'Celebrights' Raya dan Kaamatan di Centre Point Sabah

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:08 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Para pemenang CP Voice Up! merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Perayaan 'Celebrights' Raya dan Kaamatan di Centre Point Sabah berakhir dengan kejayaan besar dengan berjaya menarik seramai 3,068 penyertaan ke pelbagai aktiviti menarik.

Centre Point Sabah dalam satu kenyataan berkata, pertandingan 'CP Voice Up!' mempamerkan bakat vokal luar biasa dari peserta tempatan. Pertandingan ini menerima sekitar 58 peserta yang menunjukkan relevansi pertandingan semasa musim Kaamatan.

Kategori Dewasa CP Voice Up! dimenangi oleh Mamat San Ambu, 36, dari Tenom. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan perjanjian rakaman single.

Sementara itu, Andrey Mark Rikson dari Kota Marudu, menjadi johan dalam Kategori Remaja, membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi dan perjanjian rakaman single.

Selain itu, seramai 48 peseta menyertaiacara 'Little Glam Kaamatan' menampilkan kanak-kanak perempuan yang comel dalam pakaian tradisional, mengagumkan penonton dengan kreativiti dan gaya mereka.

Althea Cassandra Wyona, 11, dari Kota Belud dinobatkan sebagai juara Little Glam Kaamatan 2024, memenangi hadiah wang tunai RM600, selempang, hamper, dan mahkota.

Naib johan adalah Syasha Alaysia, 12, dari Kampung Pomotodon, Inanam dan tempat ketiga adalah Penelope Jenesia Jenerian, 12, dari Papar, kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan RM300, selempang, hamper dan mahkota masing-masing.

Selain itu, pertandingan Karaoke Terbuka menerima penyertaan daripada 150 peserta.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list