CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1958|Reply: 0

[Sabah] MOTAC perlu benarkan ejen berlesen beroperasi untuk Sabah-MM2H

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode


SIMON

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan (MOTAC) perlu membenarkan semua ejen berlesen beroperasi untuk memproses permohonan pelabur untuk program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H).

Ketua Penerangan Parti Liberal Demokratik (LDP) Simon Chin berkata, tindakan membenarkan operasi itu wajar kerana Sabah mempunyai autonomi dari segi imigresen.

"Tindakan menggantung operasi semua ejen berlesen yang diumumkan MOTAC pada 27 Mei lepas termasuk Sabah dan Sarawak telah menyebabkan negeri ini menunda pelancaran Sabah-MM2H pada 1 Jun lepas.

"Keputusan ini bukan sahaja memberikan impak negatif kepada ekonomi Sabah tetapi juga menghalang hasrat masyarakat asing untuk melabur seterusnya tinggal di negeri ini,"katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Sabah-MM2H adalah program yang mampu membawa manfaat besar kepada ekonomi Sabah, sekali gus akan memperkasakan lagi pasaran hartanah, sektor perkhidmatan dan pelancongan apabila pelabur berjaya melabur di sini.

Katanya, usaha itu juga akan membolehkan kemudahan asas serta perkhidmatan sosial diperkasa.

"Malaysia negara popular untuk masyarakat luar datang melabur khususnya MM2H.

"Ia membenarkan rakyat asing tinggal dalam negara untuk satu tempoh yang lama dengan menawarkan pelbagai persekitaran gaya hidup yang menarik serta berkualiti," katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan kerajaan Persekutuan itu sudah pasti akan memberikan cabaran besar kepada program itu dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Simon berkata, peserta Sabah-MM2H akan membeli hartanah di negeri berkenaan, sekali gus akan memperkasakan pasaran hartanah.

"Katanya, keputusan kerajaan Persekutuan itu juga akan menurunkan lagi permintaan untuk hartanah sekali gus akan menyebabkan pengurangan dalam jualan hartanah.

"Ia bukan sahaja menjejaskan prospek para pemaju, tetapi juga menjejaskan industri berkaitan seperti pembinaan dan banyak lagi.

"Peluang pekerjaan juga akan menjunam akibat daripada keputusan itu, khususnya pada ketika ini dalam keadaan persekitaran ekonomi yang mencabar," katanya.

Selain itu katanya, industri pelancongan juga akan terjejas daripada keputusan itu kerana Sabah akan kehilangan ramai potensi pelancong yang berpendapatan tinggi.

Katanya, ejen berlesen memainkan peranan penting dalam program ini kerana mereka menawarkan perkhidmatan komprehensif kepada para peserta Sabah-MM2H.

"Ia termasuk penyediaan dokumen, nasihat perundangan, permohonan dan banyak lagi bagi membolehkan rakyat asing dapat tinggal dengan selesa dalam persekitaran tempatan.

"Apabila keperluan mereka dapat dipenuhi, pelabur asing ini sanggup untuk tinggal dan berbelanja di Sabah," katanya.

Simon berharap MOTAC akan mempertimbangkan semula keputusan yang dilakukan itu kerana khuatif para pelabur ini akan mengalihkan minat mereka ke negara yang lebih mesra pelabur asing.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list