CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 0

[Sabah] Pelabuhan di Sabah dalam perhatian SPRM

[Copy link]
Post time 11-6-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


MoU: Azam Baki (dua kiri) bersama Masidi (tiga kiri) ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU di antara SESB dan SPRM, di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan Sabah dan negeri lain yang mempunyai kemudahan pelabuhan bagi meneruskan siasatan berhubung penipuan kontena yang menyebabkan ketirisan hasil cukai.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata pelabuhan di Sabah dan negeri lain yang terbabit kini berada dalam perhatian SPRM selepas kejayaan agensi itu mengesan kegiatan penipuan kontena yang terbesar di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, usaha yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu bertujuan memastikan ketirisan yang berlaku dapat diatasi dan wang hasil cukai yang sepatutnya dikutip dapat dikembalikan di negeri yang terbabit.

“Kita (SPRM) beri amaran kerana Sabah juga dalam perhatian, begitu juga mana-mana negeri lain yang ada pelabuhan.

“Ini kerjasama kami dengan pihak kastam dan agensi lain untuk membanteras ketirisan yang berlaku disebabkan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan orang yang diberi Amanah,” katanya.

Menurutnya, Ia adalah usaha untuk mengembalikan duit rakyat bagi memastikan cukai dibayar dan dipungut pihak kastam. Kalau ketirisan itu berlaku di Sabah, maka duit itu dikembalikan di negeri ini.

“Bagi yang sudah terlepas, kita akan guna Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan SPRM, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan turut dihadiri Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Madius Tangau serta Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar dan Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy.

Azam berkata, SPRM komited membongkar kegiatan penipuan kandungan kontena yang menyebabkan kerajaan kerugian dari segi nilai cukai yang tidak setimpal berikutan penipuan barangan yang dikrar.

“Ini kerana banyak ketirisan yang berlaku apabila kontena diikrar dengan tidak betul. Ada kontena diikrar kononnya membawa kerusi roda tetapi rupanya di dalam itu (daging) babi dan barangan elektrik pun ada.

“Jadi sepatutnya bayaran cukai itu lebih tinggi. Modus operandi ini berlaku di banyak tempat di Malaysia dan kita beri amaran di semua negeri, termasuk Sabah, satu hari nanti SPRM akan sampai juga," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai siasatan kemungkinan berlaku kes baharu membabitkan isu pembekalan air di Sabah, Azam berkata setakat ini tiada perkara tidak baik dikesan seperti yang berlaku pada 2017.

Katanya, setakat ini tiada perkara yang tidak baik hasil pemantauan yang kami lakukan berhubung isu air di Sabah berbanding kes pada 2017 yang mana kes itu sekarang dalam perbicaraan.

“Ketika itu kes berpunca apabila SPRM dapat banyak maklumat dan rungutan daripada rakyat Sabah mengenai wang dibelanjakan dengan banyak diberikan kepada Sabah tetapi tidak turun ke bawah, jadi itu mendatangkan pemantauan kami.

“Selepas itu, alhamdulillah, walaupun ada juga kepincangan di sana sini tetapi sekarang lebih baik,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8145 Replies : 71
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 8139 Replies : 140
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 51425 Replies : 322
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213790 Replies : 5178
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 32554 Replies : 119
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 8012 Replies : 6
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12847 Replies : 51
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.594246 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list