CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3087|Reply: 0

[Sabah] Pasangan suami isteri ditahan miliki senapang angin, syabu

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode


SUSPEK: Pasangan suami isteri yang ditahan di dalam sebuah rumah tidak bernombor berkenaan.

TAWAU: Sepasang suami isteri ditahan kerana memiliki senapang angin dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Kampung Sungai Melayu, Pulau Sebatik, di sini pada Ahad.

Pasangan warga asing yang berusia 54 dan 30 tahun itu ditahan anggota Bahagian Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sebuah rumah tidak bernombor, pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat dan risikan mengenai kegiatan suspek terbabit.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil soal siasat, suspek lelaki telah menyerahkan selaras senapang angin, beberapa benda tajam, lastik dan busur anak panah yang diletakkan di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


RAMPAS: Semua senjata dan syabu yang dirampas menerusi serbuan yang dilakukan pasukan polis.

Sementara itu, katanya, pemeriksaan ke atas wanita itu pula, menemukan sebuah beg berisi 221 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi 64.81 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM6,500.

“Semua suspek bersama senjata dan dadah yang dirampas itu kemudian dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan serta siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.296623 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list