CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3102|Reply: 0

[Sarawak] 654 pasang kasut diagih kepada murid dua sekolah rendah

  [Copy link]
Post time 11-6-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode


Murid-murid SK Methodist Anglo-Chinese dan SJK (C) Kwang Chien menerima sumbangan kasut sekolah daripada Huang di Sarikei hari ini.

SARIKEI: Sebanyak 654 pasang kasut sekolah diagihkan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Anglo-Chinese dan SJK (C) Kwang Chien.

Jurucakap Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sarikei berkata, sumbangan tersebut adalah daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

“Program seumpama ini dilakukan oleh beliau sejak diberikan amanah sebagai wakil rakyat di kawasan ini.

“Aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada murid-murid dari kawasan ini terutama program bantuan persekolahan.

“Melalui sumbangan ini, beliau berharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban ditanggung ibu bapa murid-murid membeli barangan sekolah untuk anak-anak mereka,” katanya kepada media di sini hari ini.

Pengagihan kasut itu dilakukan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Huang bersama kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Katanya, sumbangan itu juga diharap dapat membantu meringankan beban ibu bapa dan terus melaksanakan program kebajikan pendidikan bagi membantu komuniti setempat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060009 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list