CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2763|Reply: 0

[Sarawak] Pengurus syarikat terperdaya kes tipu dalam talian rugi lebih RM70,000

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM70,000 setelah menjadi mangsa kes tipu penyamaran dalam talian.
   
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes itu pada 8 Jun lalu.
   
Katanya, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 20-an telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Miri yang menawarkan tender projek untuk menyelenggara kereta kerajaan.
   
"Mangsa telah diperkenalkan oleh suspek sama untuk berurusan dengan pembekal barangan stesen jana kuasa mudah alih.
   
"Berikutan itu, mangsa kemudian telah menyerahkan wang berjumlah RM74,000 melalui empat transaksi ke dalam akaun pihak ketiga yang diberikan suspek untuk pembelian sembilan unit stesen jana kuasa mudah alih," katanya.
   
Menurut Alexson, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah mendapati suspek tidak dapat dihubungi dan nombor telefonnya disekat.
   
Sehubungan itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
   
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan atau memberikan sebarang butiran kewangan kepada mana-mana pemanggil yang tidak dikenali.
   
"Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila berurusan dalam talian khasnya jika pemanggil mendakwa sebagai rakan/kenalan, pihak penghantaran, pihak penguat kuasa undang-undang mahupun pihak mahkamah.
   
"Orang ramai juga digalakkan untuk menghubungi National Scam Response Centre di talian 997, jika anda merupakan mangsa penipuan siber," ujarnya.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/06/10/pengurus-syarikat-terperdaya-kes-tipu-dalam-talian-rugi-lebih-rm70000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list