CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4493|Reply: 97

[Tempatan] Ambil semula cikgu bahasa Inggeris pencen bukan bawa dari Singapura, kata bekas menteri Rafidah Aziz

  [Copy link]
Post time 13-6-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Ambil semula cikgu bahasa Inggeris pencen bukan bawa dari Singapura, kata Rafidah

https://www.freemalaysiatoday.co ... apura-kata-rafidah/

FMT Reporters
13 Jun 2024, 02:50 PM


Bekas menteri Rafidah Aziz berkata gaji guru dari Singapura tiga kali ganda lebih mahal kerana mereka perlu dibayar dalam dolar Singapura.

Bekas menteri menolak cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mahu Singapura menghantar guru dari republik itu.
PETALING JAYA: Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menggaji guru bahasa Inggeris yang bersara daripada mengambil guru dari Singapura untuk mengajar bahasa itu dan mata pelajaran lain, kata bekas menteri Rafidah Aziz.

Rafidah berkata, jika Malaysia mengambil guru dari Singapura, mereka perlu dibayar dalam dolar Singapura, iaitu ‘tiga setengah kali ganda’ disebabkan kadar pertukaran mata wang.

“Mengapa tidak mengambil guru yang telah bersara di Malaysia yang mempunyai pengalaman dan cekap mengajar bahasa Inggeris? Terdapat ramai di sini, dan bayarlah mereka mengikut kadar gaji di Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bahawa beliau berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, mengenai kemungkinan membawa guru dari Singapura ke Malaysia.

“Kami memang ada berbincang mengenai kemungkinan Singapura menimbangkan permintaan saya agar menghantar guru-guru bagi mengajar bahasa Inggeris atau mata pelajaran lain ke beberapa kawasan di negara ini,” kata Anwar.

Wong tiba di Malaysia pada malam Selasa untuk lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar. Ini adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sebagai perdana menteri, selepas mengangkat sumpah pada 15 Mei.

Rafidah juga mencadangkan kerajaan menyemak semula sukatan pelajaran latihan guru untuk memasukkan kemahiran dalam bahasa Inggeris, dan sukatan pelajaran sekolah untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bahasa itu.

“Untuk menjadikannya ‘tidak membebankan’, tidak perlu menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek peperiksaan. Cukup sebagai satu subjek sahaja, sebagai satu bahasa,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 03:05 PM | Show all posts
I prefer younger teachers who bring a fresh perspective and are more relatable..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:07 PM | Show all posts
bodohnya piyem sapa tu ????
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu cikgu english. Darjah 5,6 kena paksa hafal present, past, future tense. Acronym, synonim. Banyak lagilah kertas2 handout tu semua. Lepas tu seminggu sekali headmaster ada satu slot ajar english. Garang dia. Dia suka buat dictation. Masa tu aku tak reti english sangat, rasa mencabar masa tu. Lepas tu weols kawan2 bincang perkataan yg kita tak faham dan takleh nak pick up. Bila ingat balik takdelah susah sangat dictation tu. Bila masuk sekolah berasrama, baru sedar cikgu english sekolah harian ni lagi best dan komited mengajar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu yg pencen pun dulu ajar English pljr pun x pandai English, kenapa perlukan buat benda yang sama jika tahu hasil yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu yg pencen pun dulu ajar English pljr pun x pandai English, kenapa perlukan buat benda yang sama jika tahu hasil yang sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma masa f1 aku tak tahulah kenapa aku malas sangat baca buku black beauty, the diary of anne frank dan jane eyre. Aku tak suka cikgu tu kot.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:21 PM | Show all posts
biarlah cikgu2 pencen dgn aman... yg nak bawa cikgu english dr spore tu dah nape.. nak suruh ajar rakyat msia 'singlish' ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 13-6-2024 05:29 PM

Zaman menengah rendah cikgu Melayu yg ajar. Best dia ajar masa f2. Masa f3 lagilah dapat cikgu best. Ada juga cikgu eurasian org malaysia. Cakap melayu elok je. Rasanya ada dua orang kat sekolah. Pastu senior bergosip pasal miss dorothy cina mix omputih. Deyols kata dia lawa. Aku tak sempat kenal, masa aku masuk f1 dia dah lama blah. Tgk gambar dia dalam yearbook sekolah. Pastu ada yg cite dia berlakon iklan ayamas. Ada yg bergosip dia tunjuk cross masa mengajar dalam kelas.

Cikgu2 english pencen yg pernah mengajar aku yang aku terbayang utk thread ni.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 lawak kerajaan madanon nih

Bangkem teka, idea ni dari mat sabu ke? Sebab idea ni lawak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 13-6-2024 03:18 PM
cikgu yg pencen pun dulu ajar English pljr pun x pandai English, kenapa perlukan buat benda yang sam ...

Hahahah chuols ni direct benau. Tapikan masa meols kat ukm lepak dgn bdk2 Tesl. Skeptical tali skeeping sket sbb x pnh dgr dorg ckp english. Kecek ganu campur kelate ada lah. Meols fikir dorg ckp english kat dlm kelas je kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu pencen nak sambung kontrak mengajar boleh, tapi kena ajar sekolah lain bukan sekolah tempat dia pencen tu. lepas next kontrak baru boleh. so tu sebab ada yang tak nak mengajar lepas pencen. (sebenarnya serik kerja2 pengkeranian) huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde makna cikgu pencen nak mengajar balik... buat pening kepala je dgn macam2 sistem yg ada... tak caye tanya cikgu yg terdekat dgn korang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:08 PM | Show all posts
nak ajar singlish apa jadah
bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-6-2024 03:24 PM
Masa menengah rendah dulu tak berkesempatan belajar dengan cikgu eurasian. Rasanya ada dua orang kat ...

Sharifah Listen

Listen! Listen! When I Speak, Listen!



http://youtu.be/xL25dpv_cg0
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Singlish tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 04:11 PM | Show all posts
pelik2 sungguh, belambak budak2 malay graduate TESL apply international school job payah nak dapat, sebab they prefer kokosen yg tah mai dari sekolah cap ayam mana kat US nun...asalkan kokosen jer konon sekolah baik laaaa,bangang punya mentaliti, punya belambak cikgu kokosen muda2 jadik cikgu international school kat penang ni, sedangkan anak aku aku grad 3.8 tak lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:12 PM | Show all posts
Cikgu2 pencen dah aman2 berpencen, boleh buat aktiviti yang dorang suka tak yah tunggu cuti, ada ke yang sanggup gi sekolah ngajar lagi?
Status kontrak lak tu.
Dengan peel budak2 genZ gen alpha yang tak minat belajar ni jam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:23 PM | Show all posts
cepat kome., ikut saranan nek pidah tu.. skang pun fresh grad english pun nyawa2 ikan okehhh
ulang tayang resume meols dapat,, ni dah penah temfek sini, kut ada yg terlepas.. ni meols promo la tahap MUET bebudak uni jaman now.. ni agak2 apa score MUET ye?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak madanon ni memang suka buat keputusan bodoh bodoh belaka ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.078166 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list