CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2065|Reply: 9

[Tempatan] Bapa berjalan lebih 3 jam dari Beranang ke Kajang cari makanan untuk isteri, anak

[Copy link]
Post time 13-6-2024 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Bapa berjalan lebih 3 jam dari Beranang ke Kajang cari makanan untuk isteri, anak

  • Oleh KOSMO!
  • 12 Jun 2024, 10:20 pm








PETALING JAYA – Seorang bapa sanggup berjalan dari rumahnya di Beranang ke Taman Jasmin di Kajang semata-mata mahu mendapatkan bantuan makanan untuk isteri dan anak-anak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Facebook Nasi Kukus Kak Chiq selepas peniaga makanan itu menerima mesej pada aplikasi WhatsApps daripada lelaki itu sama ada mereka mempunyai lebihan lauk untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.

“Kisah pagi ini. Datang dari Beranang ke Kajang hanya dengan jalan kaki. Semalam abang ni ada WhatsApp bertanya jika ada lebihan lauk boleh ke sedekah untuk anak-anaknya (tiga orang). Tapi semalam pukul 4 petang kami dah tutup.

“Kami cakap kalau nak, datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari pukul 7 pagi. Duk fikir awalnya dia nak datang.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.


“Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu, dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.

“Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” katanya.

Orang ramai turut bersimpati selain mendoakan lelaki tersebut dipermudah urusannya dalam mencari rezeki sebagai ketua keluarga.

Sementara itu, semakan pada Google Map mendapati jarak perjalanan antara Beranang ke Taman Jasmin kira-kira 16 kilometer dan sekiranya berjalan, ia mengambil masa sekitar tiga jam 34 minit. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/06/12/bapa-berjalan-lebih-3-jam-dari-beranang-ke-kajang-cari-makanan-untuk-isteri-anak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 10:21 PM | Show all posts
Sekitar area Beranang tak ada orang yang boleh nak minta tolong ka? soalan serius ni.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannnya. Kajang dkt je dg kawasn saya ni. Hrp bole jejak org ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:05 AM | Show all posts
Pergilah surau/masjid terdekat. Minta kat imam. Even certain surau/masjid siap sedia foodbank untuk yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran korang xde mknn, kucing anjing kurus tinggal tulang kawasan perumahan, janda xde transport, budak x sekolah dipaksa nenek pergi niaga sarap, ada x peduli
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:53 AM | Show all posts
Beranang tu mcm pekan kecik. Nothing much sana. Tapi if jalan dari situ akan lalu Semenyih dulu sebelum sampai Kajang. And Taman Jasmin tu sebelum pekan Kajang.   So mcm pelik dia jalan sampai ke Taman Jasmin becoz dia akan smpi pekan Rinching, pekan Semenyih, Bdr Teknologi which is all penuh of people so Im still in doubt with this statement.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2024 09:01 AM | Show all posts
rasa ada banyak kedai makan or kedai runcit area beranang tu tapi maybe sebab dia rasa yg betul2x leh tolong dia ialah org kat taman jasmin kjg tu kut. tp jauh weh jalan ke sana.

hope surau/masjid berdekatan boleh bantu encik sekeluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 11:14 AM | Show all posts
takkan duit utk tambang bas pun xde
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Surau/masjid takde ke yang boleh bagi bantuan untuk keluarga ni? Patut ajk dah kena alert, benda dah viral. And kita nak tau juga cerita sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca thread banyak kali. Ambil pengajaran dari kisah2 lepas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065794 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list