CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3649|Reply: 6

Lelaki gempal bersenjatakan pistol rompak kedai emas tak sampai seminit

[Copy link]
Post time 14-6-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode




KLANG – Seorang perompak lelaki berbadan gempal bersenjatakan pistol mengambil masa kurang seminit sebelum melarikan beberapa barangan kemas bernilai RM27,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek yang memakai topi keledar dan visor berwarna hitam turut melepaskan dua das tembakan ke lantai serta melarikan dua beg tangan milik pelanggan.


Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan sepanjang kejadian tersebut.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 4.25 petang sebelum semua elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.


Katanya, siasatan mendapati suspek telah memasuki kedai emas tersebut bersendirian sambil memegang sebuah objek dipercayai pistol sebelum dibawa ke dalam kedai itu.


Pada masa sama, beberapa orang awam yang berada di premis itu berjaya melarikan diri setelah menyedari kehadiran suspek.


“Suspek kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke lantai dan telah mengarahkan penjaga premis untuk mengeluarkan barangan kemas namun tidak dituruti.




“Ini menyebabkan suspek seterusnya mengambil dua utas gelang dan seutas rantai emas dari meja jualan serta dua beg tangan milik pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sejurus itu, suspek yang turut memakai sarung tangan berwarna putih berkenaan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y150 berwarna biru dengan nombor pendaftaran tidak pasti.


Hoong Fong menjelaskan, pemeriksaan dilakukan unit forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menemui beberapa barangan kes termasuk satu kelongsong peluru.


“Usaha mengenalpasti dan memburu suspek terlibat masih giat dilakukan dengan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 iaitu melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan,” jelasnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg gempal seminit...yg kurus 10 saat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 07:15 AM | Show all posts
bagus tuan kedai tak menuruti permintaan penyamun wpun risikonya tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni rega emas akn naik tak???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Brg yg dia dpt tu, pelanggan tengah belek²....
Yg dlm showcase tu tak dpt....sbb tu dpt rm27k je....
Tu klu dpt tangkap, tak berbaloi mat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Risiko buka kedai emas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup semakin sukar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057290 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list