CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4773|Reply: 2

[Jenayah] "Macam Mana Depa Tahu Subjek Yang Saya Belajaq?" - Rasa Pelik Dekat Netizen, Ustaz Don Kata Masa Diploma Dan Degree Memang Ada Subjek Hadis!

  [Copy link]
Post time 15-6-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode


PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal berasa pelik apabila netizen membuat andaian dia hanya pakar dalam bidang tajwid dan tidak pernah belajar mengenai hadis.

Sebaliknya, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, menjelaskan sejak menyambung pengajian di peringkat diploma dia mengambil subjek berkaitan hadis.

“Selalu orang cakap macam itu (kepakaran dalam tajwid bukan hadis), yang saya hairan macam mana mereka (netizen) tahu subjek yang saya belajar?

“Sebab dalam diploma dan ijazah sarjana muda saya ada subjek hadis, terutama ketika belajar di peringkat diploma.

“Masa saya diploma pun saya pergi kelas pengajian hadis, tapi saya okay sahaja,” katanya kepada mStar.

Don menjelaskan perkara itu pada sidang media tergempar yang diadakan di Putrajaya pada malam Jumaat.

Pendakwah itu tampil membuat sidang media berkenaan bagi menjelaskan beberap isu dan salah faham berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini.

Berkongsi cerita dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kontroversi membabitkannya pada 10 Jun lalu, Don memberitahu pertemuan itu berjalan lancar.

Malah kata Don, pihak Jakim juga menganggap isu dibangkitkan sebagai perkara kecil kerana perbezaan pendapat perkara umum dalam perbincangan ilmiah.

“Ketika saya bertemu pihak Jakim, mereka sendiri kata isu saya ni kecil sahaja dan menjadi lumrah dalam perbincangan ilmu.

“Disebabkan itu, selepas saya berjumpa pihak berautoriti, kebenaran saya kembali bersiaran di rancangan itu tanpa ada apa-apa huraian,” jelasnya.

Khamis lalu, nama Don kembali hangat diperkatakan apabila dia berkongsi mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah ketika kembali muncul dalam program Salam Baitullah di TV1.

Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan.

Sebelum ini, Don juga pernah direhatkan selama seminggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan dalil sah.

Bagaimanapun selepas sehari dibenarkan bersiaran, timbul pula kontroversi terbaharu sehingga menyebabkan tugasnya ditamatkan serta merta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2024 12:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 12:44 PM | Show all posts
Pak don... pak don... wisdom.. wisdom mana?

kerja dengan orang kena ada rule yang kena hadap... dan begitu juga jika berada dalam persekitaran dimana yang memegang kuasa mungkin berbeza pendapat dengan kita maka kena ada wisdom supaya ada symbiosis

sekarang ni dah hilang kerja... tapi kalau ada pendapatan lain atau tak kisah maka tak apalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057129 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list