CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9679|Reply: 51

[Dunia] Rahsia ‘emas’ China

[Copy link]
Post time 5-8-2012 10:55 AM | Show all posts |Read mode


KESAKITAN jelas terpancar pada wajahnya, seorang kanak-kanak yang menjalani latihan untuk meraih kegemilangan Olimpik, ketika jurulatih gimnastiknya berdiri di atas kakinya.
Gambar kartun roket angkasa dan angkasawan haiwan pada bajunya menjadi bukti bahawa usia kanak-kanak perempuan itu masih rendah ketika dia menjalani latihan keras seperti atlet dewasa di Barat.

Gimnasium Nanning antara begitu banyak kem latihan di China - tempat ibu bapa menghantar anak mereka belajar untuk menjadi juara - yang tidak bertolak ansur terhadap pelatih.



Meskipun teknik latihan dilihat melampau pada kaca mata Barat, ia menjelaskan secara mendalam mengapa atlet China di Olimpik London 2012 kelihatan begitu senang meraih kejayaan.

Bintang gimnastik memang diketahui memulakan karier mereka sejak usia terlalu muda dan kumpulan kanak-kanak ini tidak dikecualikan untuk bersaing dalam rutin palang, gelang roman dan senaman lantai.

Pelatih lelaki dan perempuan yang kelihatan berusia tidak lebih daripada lima atau enam tahun diwajibkan melakukan senaman itu sepanjang sesi latihan yang memerlukan penggunaan fizikal yang teruk.



Kanak-kanak di sekolah latihan yang sama itu berharap untuk mengikuti jejak perenang sensasi berusia 16 tahun, Ye Shewin yang mencatat rekod baru, minggu lalu.

Hanya Januari lalu, gambar yang mengganggu perasaan dimuatnaikkan ke dalam Internet, menunjukkan kanak-kanak China menangis kesakitan ketika menjalani latihan.


Supaya mereka tidak lupa mengapa mereka berada di situ, perkataan ‘EMAS’ ditulis dengan besar dan dilekatkan pada dinding gimnasium, akan mengingatkan mereka.

Pelatih sentiasa ditanam dengan semangat bahawa misi dalam hidup mereka ialah untuk mengalahkan atlet Amerika dan semua peserta lain untuk menduduki tempat teratas podium.

Dan memenangi pingat emas Olimpik sudah pasti menjadi saat paling bahagia dan teruja bagi setiap atlet.

Namun, bagi penerjun China, Wu Minxia, memperoleh pingat emas ketiga di Pusat Akuatik di timur London minggu lalu disusuli dengan berita yang mengejut dan menyedihkan.

Sejurus selepas mencatatkan kejayaan dalam acara terjun seirama papan anjal tiga meter yang menjadikannya legenda dalam acara sukan yang disertainya, keluarga atlet berusia 26 tahun itu berkata, tiba masanya untuk mendedahkan rahsia keluarganya yang memilukan dan selama ini dirahsiakan.

Mereka mengaku kepada atlet berkenaan bahawa datuk dan neneknya sudah meninggal dunia, lebih setahun lalu. Mereka sengaja merahsiakan hal itu.

Keluarga Wu juga mendedahkan, ibunya bertarung dengan penyakit barah payu dara sejak bertahun-tahun lalu, sesuatu yang tidak diketahui oleh Wu.

Alasannya sangat jelas: Mereka mahu atlet itu menang dengan apa cara sekalipun dan tidak mahu hal keluarga mengganggu karier sukannya.

Wu yang bersama-sama rakan sepasukan, He Zi, sebelum ini memenangi pingat emas terjun seirama di Olimpik Athens dan Beijing, menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara itu dan mereka berjaya membawa China meraih semua pingat emas acara berkenaan dalam pertandingan Olimpik dan dunia.

Dia begitu tertekan untuk mencatatkan kejayaan, begitu juga dengan keluarganya.

Bapanya, Wu Yuming berkata: “Kami tidak kesal merahsiakan masalah keluarga daripadanya.” Wu mula terbabit dalam sukan terjun sejak berusia enam tahun dan meninggalkan rumah pada usia 16 tahun untuk menetap dan menjalani latihan di institut latihan akuatik yang dikendali kerajaan.

Dia adalah bintang paling cemerlang dalam acara diceburinya dan untuk mencipta kegemilangan, ada harga terpaksa dibayar dalam kehidupan peribadinya.

“Kami sekian lama menerima hakikat bahawa dia bukan milik kami secara mutlak. Malah, saya tidak berani membayangkan sesuatu seperti menghabiskan masanya bersantai bersama keluarga,” kata Wu Yuming dalam wawancara dengan akhbar Shanghai Morning Post.

Ibu Wu mempertahankan keputusannya dengan berkata, dia mengambil keputusan untuk menunggu hingga pulih daripada penyakit barah payu dara sebelum memberitahu anaknya mengenai keadaannya.

Pengakuan berkenaan mencetuskan perbahasan di China berhubung mentaliti ‘menang dengan apa cara sekalipun’ apabila ia berkait dengan Olimpik.

Usaha mencapai kejayaan menjadi matlamat utama program sukan yang disokong kerajaan sejak dua dekad lalu.

Dasar kerajaan yang mengucapkan tahniah menerusi akhbar milik kerajaan kepada pemenang pingat emas saja, tidak kepada mereka yang meraih pingat perak atau gangsa, kini memakan diri.

Pendedahan mengenai Wu menyusuli kritikan hebat daripada akhbar tempatan apabila seorang pengangkat berat berusia 17 tahun gagal memenangi pingat.


http://www.hmetro.com.my/articles/Rahsia__8216_emas__8217_China/Article/artikelMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2012 11:04 AM | Show all posts
tu dia.. sejak kecik dan kena dera physically and mentally.. kesian giler kat kanak2 yg hilang freedom sbg kanak2 ni akibat kerakusan pemerintah nak mencapai matlamat depa.. Last edited by harimau76 on 5-8-2012 11:19 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 11:10 AM | Show all posts
mmg cmtuela...dah lame tahu.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 11:12 AM | Show all posts
harimau76 posted on 5-8-2012 11:04 AM
tu dia.. sejak kecik dan kena dera phisically and mentally.. kesian giler kat kanak2 yg hilang freed ...

kalo kat malaysia..memang dah kena dah jurulatihnya...kat sane benda ni dah biasa dah..mak bapak dorang siap antar anak2 depa lagi..bg sokongan lagi..tp hasilnya cina kuasa sukan dunia..tak taula kalo kat malaysia..malaysia nak buat konsep ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 11:18 AM | Show all posts
klu tak larat ngan cara china, asl tak adapt cara amerika yg lebih mudah & senang?

sbb tu lah, klu ape2 cara pun, perangai org msia mcm tu gak, takkan ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 11:23 AM | Show all posts
the_killer posted on 5-8-2012 11:12 AM
kalo kat malaysia..memang dah kena dah jurulatihnya...kat sane benda ni dah biasa dah..mak bapak d ...

tak mengapalah.. nampaknya dalam kepala otak budak2 tu pun dah ditanamkan objektif utk dapatkan gold medal.. tak ada apa yg rugi bg dorang pun walaupun dilayan sebegitu rupa sejak kecik... aku plak lebih prefer mengikut cara ummah kokesen dalam hal2 melatih bersukan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2012 11:23 AM | Show all posts
Kena ingat, mak bapak diorang hantar jadi atlet untuk harapan anak dia atlet berjaya, boleh la kaya sikit, kalau setakat duduk kampung, keje kilang je la.

Melihat hasil atlet Malaysia dekat Olympic, lepas Chong Wei bersara, rasanya elok tak payah hantar, semua pakat bungkus je. Pembanguan atlet kita mmg caca marba, kita tak ada pelapis yg hebat. Sama kes macam bola sepak la, lepas zaman gemilang 70-an lepas semua merudum, sbb tak ada siapa nak buat pembanguan sukan yg berkesan. Badminton, entah bila nak menang Piala Thomas balik.

Kena ikut style China kot, latih dari kecil
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 11:31 AM | Show all posts
kat sini suruh potong rambut pendek masa rekrut bomba pun mak bapak meroyan....

keturunan mereka jenis yg tak boleh tumbuh rambut balik agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2012 11:56 AM | Show all posts
atlet malaysia berusaha pada kadar biasa, tapi harap hasil yg luar biasa, itu pasal kalah

bryan nicson, pandalela, gah pade name ngan publisiti je kat malaysia, tapi jauh ketingalan ngan atlet luar, prospek emas la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:05 PM | Show all posts
hahaha...kat malaysia, yg dah jadik askar pun balik rumah ngadu ngan mak kena buli....hahahaha....yg nak jadi bomba pun g komplen kat paper sebab kena gunting rambut....huhuhuhuhu.... Malaysia Boleh!!!... sib baik blom ada lagi budak skolah sukan balik rumah, repot kat mak bapak, skolah suruh lari tiap2 ari....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:09 PM | Show all posts
Tak salah kalau Msia nak buat mcm style China tu cuma kena balance lah, jangan terlalu pushy an over sangat.

Lagipun budak budak kita lebih sibuk and suka nak jadi bintang AF lah, Idola Kecil la segala nyanyai tuh drp nak jadi bintang sukan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:24 PM | Show all posts
bagi aku jugak kalau nak gilap bakat jgn lupa cari di seluruh pelosok termasuk sekolah2 di kampung2 di ulu2 banat.. bukannya apa..kadangkala mereka ni berbakat cuma tk dapat peluang  dan tak digilap..ada yg sgt2 berbakat tetapi malu dan kurang confident mungkin kerana taraf hidup yg kurang bernasib baik.. bawak mereka dan masukkan ke kem2 sukan yg sesuai dan gilaplah bakat dan beri dorongan kpd mereka hingga betul2 bersinar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:24 PM | Show all posts
lambatla wartawan metro,
3 ari lepas, dh tepek dh gmba2 tu dlm forum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 12:27 PM | Show all posts
orang asli terer pe berenang, orang bajau...amik depa ni jugak berasaskan skill semula jadi  suku kaum jugak..orang negrito laju berlari..kerajaan amik la depa ni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:39 PM | Show all posts
rasanya ramai mak bapak msia sdiri yg tak mampu nk hntr anak2 ke latihan xtreme cam ni semata2 nk kn emas olimpik

anak nangis, mak yg lg over nangis kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:39 PM | Show all posts
hapada....semua juara training macam ni lah kalau nak menang...
bangun 4 pagi tiap-tiap hari , berlatih tanpa henti...tak kira negara, china ke, east european ke, european ke, american ke, sama je...
kat malaysia je lain sikit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2012 12:43 PM | Show all posts
freebird posted on 5-8-2012 12:39 PM
hapada....semua juara training macam ni lah kalau nak menang...
bangun 4 pagi tiap-tiap hari , be ...

hangsuang punye malaysian.. dah dorg atlit , mcm tu la gaya latihan nya

kalau beregu negara buat mcm tu dah lama emas 55 kali.. nih latihan pn dtg lmbt, gym malas, fb je lebih, mana nk menang nya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:44 PM | Show all posts
Sekolah sukan di tanah air ada berapa? Satu sahaja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 12:46 PM | Show all posts
kerajaan perlu main peranan jugak..perlu ada sistem sistematik..ni mcm lepas batuk ditangga ja..malaysia cuba try gabung kan teknik kejurulatihan cina dan US
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 12:48 PM | Show all posts
Rahsiakan masalah keluarga semata mata utk tak mahu ganggu prestasi. Ahli keluarga mati pun tak tahu. Agak keterlaluan semata mata  untuk kejar dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163115 Replies : 3938
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 707 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26566 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4864 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.484785 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list