CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 9

[Dunia] Nabi palsu di Russia

[Copy link]
Post time 11-8-2012 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Kazan 11 Ogos : Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang  hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan  bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.      
      Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.      
      
      Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata  seorang doktor, Tatyana Moroz.



Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83 (gambar) yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’  bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa,  tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal      
Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya  dibenar keluar kerana  menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami  sebelum musnahkan rumah ini,” kata  ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. -  Agensi/AP                                
Last edited by kakiselit on 11-8-2012 07:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 07:40 AM | Show all posts
elok2 tuhan cipta bumi..matahari bulan..pokok..suh guna segala sumber yang ada ..derang pulak tak nak duk bawah tanah..jadinya tuhan cipta manusia untuk berkurung bawah tanah sampai mati..dari situ dah boleh pikir kepelikan ajaran nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 07:47 AM | Show all posts
kadang2 pelik juga, sbb apa ada juga org terpengaruh dengan org2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 07:50 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 11-8-2012 07:47 AM
kadang2 pelik juga, sbb apa ada juga org terpengaruh dengan org2 mcm ni

sampai sekarang masih lagi pelik yang mengikut ajaran ayah pin sampai boleh murtad
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 08:21 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 11-8-2012 07:47 AM
kadang2 pelik juga, sbb apa ada juga org terpengaruh dengan org2 mcm ni

Kadang2 pelik juga kenapa kita cepat sgt percaya kpd berita2 sebegini. Apa kata kita tunggu pengesahan sebelum mengutuk puak2 tak jumpa matahari nih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:16 AM | Show all posts
sp-esis adik bradik ayph ping versi russia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2012 09:17 AM | Show all posts
bukan takat anak2 x pnh lihat mthari, hak utk dpt pdidikan pun hancusss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:22 AM | Show all posts
dajal ke neh? soalan klise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 09:50 AM | Show all posts
masih ada lagi nabi pelsu neh, gegeh tol nak jadi nabi segala  :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 11:48 AM | Show all posts
nak jadi nabi, tapi kepimpinan sebagai nabi xde.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 1.091975 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list