CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 0

Ramdan terpantas di Sepang

[Copy link]
Post time 20-11-2013 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Awek tu senyum lebih

MOHD Ramdan Mohd Rosli muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dengan catatan rekod baharu di Litar Sepang Selatan, semalam.

Pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM itu merakamkan masa terpantas 1 minit 18:636 saat yang dilakukan pada pusingan kedua untuk memadam rekod lama 1:19.309s milik pelumba Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham.

Pelumba Givi Honda Yuzy Pachie, Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba kedua terpantas dengan catatan 1:18.697s diikuti Mohd Affendi Rosli (Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 1:18.710s.

Menurut Ramdan, perubahan pada saat-saat akhir terhadap pelarasan jentera membawa kesan positif untuk membantunya beraksi dengan lebih pantas berbanding sesi latihan bebas pada sebelah pagi.

“Saya berterima kasih kepada pasukan kerana perubahan yang dilakukan membantu saya untuk mencatat masa terpantas yang juga merupakan catatan rekod baru di sini. Saya cukup berpuas hati dengan kerja keras yang telah mereka lakukan” katanya yang tekad merebut barisan hadapan pada sesi Superpole hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086429 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list