|
Edited by Lagubestbest at 9-5-2024 08:13 AM
- - - |
|
|
|
|
|
|
|
pic minah ni berlambak di setiap tiang elektrik di teluk intan. nasib baik cun |
|
|
|
|
|
|
|
ada org kebas pic dyana sofya? |
|
|
|
|
|
|
|
copek meke buat macang ni ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bandung_cincau posted on 21-5-2014 12:59 PM
pic minah ni berlambak di setiap tiang elektrik di teluk intan. nasib baik cun
Memang berlambak.. berlambak kena curik |
|
|
|
|
|
|
|
tintabiru73 posted on 22-5-2014 11:37 AM
Memang berlambak.. berlambak kena curik
dicuri penyokong PR ke UMNO?
xsangka jantan PR gatal menrenyam cm UMNO...
foto pompuan setakat muka cam dyana ni pun hadap sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
.....puak songkok mula kompius
mana nak kempen 'cinaDAP' nih?
mana nak kempen 'hidup melayu'
mana nak kempen 'apa lagi cina mau'
|
|
|
|
|
|
|
|
nak makan mee mastan la balik ngundi nanti
nyam3 |
|
|
|
|
|
|
|
basuh otak tu sikit
Dalam membantu DUN cangkat jong yg calon dun adalah pas.
Teluk intan ni parlimen mesti kt kena menangkan calon Pakatan rakyat.
(Bagus share pencerahan yg bagus ini)
Dua soalan yang sering ditanya kebelakangan ini.
1. Saya pengundi Teluk Intan. Nak undi yang mana ni? Calon DAP yang tak nak sokong hudud atau Gerakan?
2. Saya ahli PAS. Boleh ke berkempen untuk DAP yang menolak hudud?
Jawapan:
Bagi pengundi, anda ada tiga pilihan.
1.UNDI DAP
2.UNDI GERAKAN
3.TAK MENGUNDI
Kalau anda undi DAP, calon dia tolak hudud
Kalau anda undi Gerakan, calon dia tolak hudud
Kalau anda tak mengundi, pemenang akan tolak hudud juga.
Ok. Jadi kesannya sama. Seri. Bermakna dalam hal calon tolak hudud, tidak boleh dijadikan penilaian untuk memilih. Kita perlukan penilaian lain.
Kalau undi DAP, dasar parti itu tiada menghalang hudud dilaksana. Yang keluarkan kenyataan hanya peribadi ahlinya. Kalau undi Gerakan, terang-terang lantang menolak hudud, sehingga tidak mahu benarkan MP PAS masuk parlimen untuk membentang bil persendirian. Kalau tak mengundi, anda memberi peluang kepada Gerakan untuk menang mudah.
Jadi, pilih DAP bukan sebab sokong pendirian mereka, tetapi pilih sebab tolak Gerakan. Adakah kita lebih sanggup lihat Gerakan menang? Lalu apa tindakan kita untuk tidak benarkan Gerakan menang?
Kalau undi DAP, kita boleh melihat bagaimana adilnya mereka menerajui Pulau Pinang. Agama islam tidak ditindas bahkan mendapat keistimewaan yang tidak dapat di zaman pemerintahan BN. Pulau Pinang dinobat kerajaan paling bersih mengikut laporan audit. Kalau undi Gerakan, semua ini tidak akan berlaku.
Lagi, jika undi DAP, mereka sebahagian PR, dan di sana terdapat PAS yang memperjuang hudud. Sedangkan Gerakan yang berada dalam komponen BN, tiada langsung pejuang hudud. PR berpakat dalam resolusi konvensyen 2011 mahu sama-sama mentadbir dengan saling menghormati dasar parti, sedangkan dalam BN, MCA awal lagi mengugut untuk keluar BN andai UMNO menerima hudud. Mana lebih baik?
Al-Quran ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4:
Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.
Umat islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.
Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.
Bagi pengempen pula, jawapannya tidak jauh berbeza. Kita membantu bukan bermaksud menerima mereka, tetapi bantu mereka untuk menumpaskan musuh yang lebih bahaya. Rasulullah memeterai Sulhul Hudaibiah bagi membolehkan beliau berdakwah ke luar tanah arab dengan lebih mudah, bukan kerana redha terhadap kekufuran musyrikin Quraisy.
Selesaikan satu persatu dahulu. Lepas selesai hadap Gerakan/BN, baru kita fikir macamana nak hadap DAP pula.
Cuma kita perlu jaga batas dalam berkempen. Bagi lelaki, tak perlu bersalaman dengan calon. Tak perlu tampal poster yang mendedahkan auratnya. Tampal logo partinya sahaja. Jaga keselamatan mereka. Kempen rumah ke rumah untuk mereka. Itu tak mengapa.
Terpenting adalah niat. Tanamkan dalam diri, tujuan kita adalah tumbangkan Gerakan. Ini suatu peperangan yang menentukan kelangsungan mereka. Yang bertanding melawan Dyana adalah Presiden Gerakan. Kalau mereka kalah, besar kesannya terhadap BN sekaligus membri keuntungan besar buat perjuangan Islam.
Jangan ada niat lain dari itu jika mahukan pahala. Demi islam |
|
|
|
|
|
|
|
Teluk Intan: Pandangan Saya
. | 23 Mei 2014.
1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.
2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.
3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.
4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.
5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.
6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?
7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!
Salam hormat.
HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh: 23 Rajab 1435H
|
|
|
|
|
|
|
|
bandung_cincau posted on 23-5-2014 07:38 PM
gambar calon bn x de pulak org nk curi
gambar calon bn kalau ternampak time tengah horny, terus hilang stim
|
|
|
|
|
|
|
|
benteng perkauman ghaib kena ada..selama lamanya...itu kenyataan ...org putih pun masih buat sampai skg...org cina..jangan cakap....
budus lah org melayu kalau nak buang kan....1st of all Malaysia siapa punya???? |
|
|
|
|
|
|
|
Tepek sekali gambar retis Pinoy Pauleena Luna yang mirip Dyana ni... bio meleleh ayaq lioq macai BN |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney posted on 22-5-2014 01:40 PM
basuh otak tu sikit
Dalam membantu DUN cangkat jong yg calon dun adalah pas.
Tak perlu fikir kehadapan dan kompleks sangat. Undi patut beri pada wakil tempat u'all yang boleh buat kerja untuk buat u'all hidup senang. Hidup u'all jadi senang, lebih baik dari semalam, tu matlamat undi wakil ke parlimen. Lantak la wakil u'all tu nak mengampu siapa, berdarah dilontar batu ke ape, diorang yang nak jadi calon, diorang yang nak kerja, diorang dah dapat gaji pun bulan-bulan. Matlamat u'all sebagai pengundi, tuntut hak hidup jadi lebih senang. Tu je, dapat hidup lebih senang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|