CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

[Tempatan] BUKAN SERAMBI : 25 premis makanan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup

[Copy link]
Post time 27-6-2018 04:59 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN: Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengarahkan 25 premis makanan di Negeri Sembilan ditutup dua minggu kerana didapati kotor, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762 daripada 9,346 premis makanan yang terdapat di negeri ini bagi tempoh itu.

"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan itu termasuk premis makanan 24 jam berikutan premis kotor telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 'Health in Learning Institution' (HePiLI) Kelab Doktor Muda 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi kesalahan antaranya tidak mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan, pengendali makanan tiada sijil latihan pengendali makanan, pengendali makanan tiada suntikan anti-typhoid dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.

"Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat, manakala pengendali makanan pula hendaklah sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan makanan," katanya.

-- BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/25-premis-makanan-kotor-di-negeri-sembilan-diarah-tutup-178936

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.425355 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list