CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 25-10-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Senabil ada beri keterangan  lagi sekali kan? Esok bersambung lagi kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 25-10-2018 10:28 PM
Senabil ada beri keterangan  lagi sekali kan? Esok bersambung lagi kan?

Any update?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm...mak ayah arwah x update ig or fb ke uols?bole tepekkan...aku ni xder fb n ig nak stalk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:09 PM | Show all posts
Dari FB puan hawa untuk harini 26 Oct 2018

Alhamdulillah selesai sudah perbicaraan utk hari ini, saksi SENABIL dan SHAFIQ, Berani kerana Benar membela nasib dan memperjuangkan KEBENARAN yg ARWAH ZULFARHAN OSMAN bukan seorang Pencuri, kes akan bersambung pada 12/11/2018 hingga 13/11/2018.


Perjuangan harus diteruskan demi menegakkan kebenaran buat Arwah Zul Farhan Osman. Saksi2 ada menyebut 6 ekor berok2 tu lah mensterika Arwah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:10 PM | Show all posts
dalam news takde ke...sebab sekarang wartawan dok busy cover kes najib dekat court yg sama n date yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik arwah baru update dkt ig story..pi tengok cepattt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau mcmna riak wajah semua OKT bila nama disebutkan dalam keterangan. Plz lah munculkan info or gambar diorang ni buat tatapan semue.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 27-10-2018 02:38 PM
KulitKayuManis replied at 27-10-2018 01:01 AM
Adik arwah baru update dkt ig story..pi tengok cepattt


Bila baca info hang, cepat2 gi tahu hubby access IG dia coz aku sendiri tak ada IG. Automatically menangis bila baca Allahyarham Haji Zulfarhan meraung dek menahan kesakitan yg teramat sgt. Sesungguhnya Allahyarham telah menanggung azab yg teramat sgt dek perbuatan keji & tanpa perikemanusiaan si BANGSAT2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 26-10-2018 10:09 PM
Dari FB puan hawa untuk harini 26 Oct 2018

Alhamdulillah selesai sudah perbicaraan utk hari ini,  ...

Syabas dan setinggi rasa hormat serta kagum kpd Senabil dan Shafiq kerana keberanian depa dgn telus dlm kesaksian iaitu memberikan keterangan berdasarkan fakta. Jgn takut dgn sebarang ugutan demi menegakkan keadilan di atas kematian Allahyarham  Haji Zulfarhan yg penuh tragis dek penganiaan yg telah di lakukan oleh si LAHANAT2 tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 27-10-2018 02:20 PM
Nak tau mcmna riak wajah semua OKT bila nama disebutkan dalam keterangan. Plz lah munculkan info or  ...

Setuju sgt. Tang ni sememangya dah lama di nantikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 05:05 PM | Show all posts
Cadang guna khidmat pengamal perubatan tradisional - Saksi
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia memberi cadangan kepada tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mencari pencuri komputer riba rakannya itu.

Saksi pendakwaan ke-25, Mohd Syafiq Abdullah, 22, berkata, dia mencadangkan demikian kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal supaya mendapatkan pertolongan daripada bapa tertuduh ke-18, Muhamad Ashraf Abdullah selepas mengetahui bapa Muhamad Ashraf mempunyai kelebihan untuk mencari barang yang hilang.

Mohd Syafiq berkata, sebaik tiba di asrama, Muhamad Ashraf kemudian menghubungi bapanya sebelum bapanya itu memberitahu dia ‘melihat’ Zulfarhan Osman mencuri sebuah komputer riba namun tidak menyatakan milik siapa.

”Saya kemudian beritahu Muhammad Akmal Zuhairi jangan buat tindakan terburu-buru... cari dulu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada prosiding perbicaraan hari ke-17 kes kematian Zulfarhan Osman.

Di awal prosiding, Mohd Syafiq memberitahu mahkamah, dia menerima mesej menerusi aplikasi Telegram daripada Muhammad Akmal Zuhairi memberitahu komputer ribanya hilang dan mengesyaki Zulfarhan Osman mencurinya.

Menurutnya, Muhammad Akmal Zuhairi meminta pertolongannya yang juga rakan sebilik Zulfarhan Osman untuk mencari komputer riba itu di dalam bilik mereka.

”Saya cari dalam loker Zulfarhan dan sekitar bilik, tak jumpa. Saya beritahu Muhammad Akmal Zuhairi yang saya tak jumpa komputer riba itu, tetapi dia masih lagi syak yang arwah ambil komputer riba itu,” katanya.

Dalam keterangannya juga, Mohd Syafiq memberitahu pada jam 1 pagi, 21 Mei 2017, dia melihat beberapa rakannya memukul, menumbuk serta menendang Zulfarhan Osman bagi mendapatkan pengakuan salah, bagaimanapun mangsa tetap tidak mengaku mengambil komputer riba itu.

“Di UPNM tu selalunya mereka ni (penuntut) kalau dapat kes curi macam ini, mereka akan pukul dulu sampai orang yang kena pukul tu mengaku salah,” katanya ketika menjawab soalan Othman mengapa rakan-rakannya masih memukul mangsa walaupun mangsa menafikan mencuri komputer riba itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 12 November ini.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berit ... n-tradisional-saksi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:28 AM | Show all posts
yg mn satu syafiq ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:56 PM | Show all posts
e.gurl replied at 30-10-2018 05:05 PM
Cadang guna khidmat pengamal perubatan tradisional - Saksi
Oleh Nor Azura Abdul Jalil

alhamdulilah dpt jgk baca perkembangan arwah. dh berkurun tak bukak thread ni. harap thread ni tak berkubur smpai la nasib arwah terbela.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni & esok ada lagi sambungan perbicaraan.
Tolonglah sesiapa yg ada pergi @ ada info tlg update du sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 12-11-2018 01:45 PM
Hari ni & esok ada lagi sambungan perbicaraan.
Tolonglah sesiapa yg ada pergi @ ada info tlg update ...

tgk ig adik arwah...malam nie dia update
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsanggul replied at 12-11-2018 07:34 PM
tgk ig adik arwah...malam nie dia update

Aalahai sorry Dear, tak ada IG
Harapan ada yg sudi update di sini ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsanggul replied at 12-11-2018 07:34 PM
tgk ig adik arwah...malam nie dia update

Apa ig nya you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 09:04 PM | Show all posts
Saya nampak siapa yang buat - saksi

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Biarpun tidak pasti pada bahagian mana Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain ditekap seterika wap serta dipukul, seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yakin bahawa dia melihat individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Malah, Mohd. Syafiq Abdullah, 22, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menegaskan biarpun bilik berkenaan hanya diterangi cahaya daripada lampu meja, dia nampak kejadian tersebut.

Bekas penuntut jurusan Sumber Manusia itu turut menafikan dia memberi keterangan tersebut ekoran takut dibuang daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya pasti...saya nampak siapa yang buat,” katanya menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad ketika sesi pemeriksaan balas dalam perbicaraan hari ke-18 berhubung kes kematian Zulfarhan Osman.

Dalam kes tersebut, enam penuntut iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba yang dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Saksi pendakwaan ke-25 itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa dia tidak dapat mengingati dengan jelas bahagian tubuh badan mana yang dipukul dan ditekap seterika itu.

“Saya pasti siapa yang pukul, cuma bahagian mana mungkin tak berapa ingat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Syafiq memberitahu yang tertuduh pertama dalam kes kematian Zulfarhan Osman iaitu, Muhammad Akmal Zuhairi tidak menyatakan akan memukul mangsa sebaliknya hanya inginkan penjelasan mengenai kehilangan komputer ribanya.

Malah, ujarnya, Muhammad Akmal Zuhairi juga tidak mengetahui tentang perjumpaan kedua dengan mangsa yang diadakan pada 22 Mei 2017 di bilik 4-10.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 85932#ixzz5We3fbxWT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesak dada baca 1st page. Takde belas kasihan langsung. Nasib baik ada saksi yang nampak perbuatan diorg tu. Gantung je lah sampai mati 6org okt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 12-11-2018 09:04 PM
Saya nampak siapa yang buat - saksi

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Biarpun tidak pasti pada bahagian mana ...

Thanks for the updates, much appreciated
Harapan thread ni dpt bertahan dan kekal sehingga dpt keputusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.160095 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list