View: 1519|Reply: 9
|
[Dunia]
Burung ada dua jantina
[Copy link]
|
|
Burung ada dua jantina
https://www.sinarharian.com.my/a ... ung-ada-dua-jantina
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 26 Oktober 2020
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2020/10/26/864553.jpg)
Burung tersebut didakwa mempunyai dua jantina berdasarkan warna berbeza pada kedua-dua sayapnya. - Foto Agensi
HARRISBURG - Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) menemui spesies songbird digelar rose-breasted grosbeak yang didakwa mempunyai dua jantina.
"Kami semua teruja dengan penemuan ini kerana ia adalah sesuatu yang jarang berlaku," kata Pengurus Program Simpanan Alam Semula Jadi di Powdermill Nature Reserve di Carnegie Museum of Natural History di Pennsylvania, Annie Lindsay.
Difahamkan, kali terakhir penemuan spesies burung tersebut adalah kira-kira 15 tahun lalu dan ia yang kelima pernah dijumpai daripada hampir 800,000 ekor di pusat terbabit.
Difahamkan, perbezaan jantina burung grosbeak boleh diketahui melalui warna pada sayapnya dan spesies jantan mempunyai sayap berwarna merah jambu manakala betina berwarna coklat kuning.
Bahagian badan burung yang mempunyai dua jantina itu didakwa mempunyai warna berbeza dan variasi genetik itu digelar sebagai 'gynandromorphism'.
Berikutan ia jarang berlaku, saintis tidak tahu bagaimana 'gynandromorphism' memberi kesan kepada burung tersebut.
"Mungkin tiada sebarang kelebihan. Ia sememangnya akan memberi kesan kepada keupayaannya untuk mengawan. Kita tidak tahu jika bahagian betina burung itu mempunyai ovari yang berfungsi dan mampu membiak," katanya.
Gynandromorph dikatakan juga berlaku kepada spesies labah-labah, krustasea dan ayam yang didakwa berpunca daripada kesilapan genetik yang menghasilkan embrio dengan sel jantan serta betina. - Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saintis ni lupa nak check species manusia ka?
Banyak ja. Dalam forum pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Burung sajat....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jadi juga berlaku pada nursajat... Saintis dialu2kan untuk hadir buat kajian |
|
|
|
|
|
|
|
Senang beliau nk ngesek... |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 27-10-2020 08:32 PM
Senang beliau nk ngesek...
siapa beliau tersebut? sajat???? |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah
Cantiknya burung tu
Pink jantan
Kuning betina
Sure ke x tersilap translate artikel ni
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 27-10-2020 08:32 PM
Senang beliau nk ngesek...
Maksud senang tu self service ka?
Tapi kalau nak cari partner pun senang juga sebab dia cukup peralatan. Manusia pun ada species gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-10-2020 05:14 AM
Subhanallah
Cantiknya burung tu
You nak kata pink tu patut betina ka? Itu dunia manusia la. Dunia ayam dedak pun sedap. Tiber ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|