Edited by CikAm92 at 20-6-2022 09:01 PM
Hanya di Astro : Karaoke Superstar bermula 5 Jun 2022
‘Karaoke Superstar’ merupakansebuah program pertandingan berkaraoke antara dua penyanyi terkemuka yang akanbersaing dalam setiap episod. Secara uniknya, mereka akan berganding denganpeminat-peminat setia yang dipilih daripada kelab peminat mereka tersendiridengankaedah cabutan dalam segmen-segmen tertentu. Sepanjang program ini dijalankan,semua persembahan artis-artis yang terbabit akan diiringi oleh ‘live’ banduntuk memberi kelainan dalam berkaraoke.
‘Karaoke Superstar’ merupakanbuah tangan istimewa buat kelab peminat selebriti tanah air kerana mereka jugaturut dapat menyertai artis kegemaran mereka bertanding sebagai seorang pesertadalam kumpulan yang sama. Pembabitan peminat ini boleh menentukan siapakah yangakan menang sebagai juara secara keseluruhan untuk minggu tersebut. Kriterialagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanahair & juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusatkaraoke. Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalahmereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-manaplatform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka.
Format Penjurian Para juri (Ratu Karok & jurijemputan setiap minggu) akan memberikan markah per seratus kepada mereka denganpecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) danbakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenangpada minggu tersebut. Tambah menarik, program ini jugamenyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuatpersembahan. Peminat dan penonton di rumah boleh menyanyi bersama menerusipaparan lirik tersebut yang juga bolek diakses dengan menekan butang sarikatadi alat kawalan televisyen Astro mereka. Para juri dapat memberikan markahkepada mereka dalam setiap segmen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalamindustri.
Bersiaran selama 10 minggu,‘Karaoke Superstar’ dipecahkan kepada lima segmen yang akan memberikan cabaranberasaskan nyanyian, permainan, duet bersama peminat serta kuiz yang menguji bakat dan pengetahuan para artisakan industri hiburan. Segmen-segmen yang ada termasuk:
SUPERFANS Menerusi pusingan ini, seorangpeminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagupopular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah. Pemilihanpeminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihakproduksi.
KAROK UJI Dalam pusingan kedua ini, artistersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawanmasing-masing.
KUIZ KAROK STAR Menerusi pusingan ketiga, artistersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yangpaling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Peminat yangdipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markahterendah dalam kuiz tersebut.
MIKROFON MISTERI Pusingan keempat akan menjemputseorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artisminggu tersebut. Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artispilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya. Persona artis jemputantersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggutersebut perlu meneka siapakah mereka.
MESSY UP STAR Dalam pusingan akhir ini, artistersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara meshup dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.
Seramai 20 orang selebriti bakalbertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuanmasing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangitrofi emas Karaoke Superstar. Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerimasebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juaraKaraoke Superstar untuk minggu tersebut.
Selain itu, gandingan hebat hospopular Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama Ain Edruce, pengacara, modeldan pelakon wanita popular bakal menghiburkan penonton dengan keserasian danlawak jenaka mereka dalam mengendalikan program ini sebagai hos utamanya.Barisan-barisan juri akan dihiaskan dengan pelakon hebat Erra Fazira serta MasIdayu sebagai juri tetap program (Ratu Karok) dan seorang juri jemputan padasetiap minggu. ‘Karaoke Superstar’ turut membariskan nama-nama hebat yang telahmewarnai industri nyanyian dengan bakat mereka sebagai peserta yang akanbertanding berdua dalam setiap episod. Setiap selebriti akan diuji dan dicabaruntuk berkaraoke lagu-lagu yang luar daripada genre kebiasaan mereka.
Menggabungkan elemen karaokeserta hiburan permainan seperti kuiz, program ini menjanjikan pengalamantontonan yang lebih mengujakan dengan konsep yang lebih santai dan mampumenawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajiankandungan yang ditawarkan. Tambah menarik, program ini tampil lebih hebatdengan episod-episod kapsulnya sebanyak 10 episod yang akan disiarkan selama 10minit setiap minggu. Episod istimewa ‘The Best of Karaoke Superstar’ juga akanditayangkan secara eksklusif di Astro Ria sebanyak empat episod.
|