CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13928|Reply: 216

[Tempatan] Banyak lagi syarikat besar asal Israel, kenapa hanya boikot makanan segera?

  [Copy link]
Post time 8-11-2023 07:29 AM | Show all posts |Read mode
Banyak lagi syarikat besar asal Israel, kenapa hanya boikot makanan segera?


Ustaz Don

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tahu tujuan utama menjalankan kempen boikot produk Israel yang tidak hanya tertumpu kepada restoran makanan segera semata-mata kerana ia turut memberi kesan kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

Pendakwah bebas dan personaliti televisyen, Ustaz Don Daniyal mempersoalkan sikap rakyat Malaysia yang hanya menyasarkan restoran makanan segera untuk diboikot sedangkan masih terdapat banyak syarikat-syarikat besar di Malaysia menjadi penyumbang terbesar kepada keuntungan buat negara Israel.

“Sebagai contoh, maaf… hari ini orang banyak cakap tentang ‘fast food’ (makanan segera), ramai kawan kita yang bekerja di restoran makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.

“Kenapa orang hanya tuju kepada restoran makanan segera semata-mata, kenapa syarikat-syarikat besar yang asal penubuhannya dari Israel sendiri kita tidak pernah bincang pun.

“Para CEO syarikat besar itu tiada seorang pun suruh mereka letak jawatan, seolah-olah pada saya, nampak berat sebelah. Orang yang berjawatan besar, orang yang ada kuasa, syarikat-syarikat yang bertapak besar, tak ada siapa pun nak pergi cakap suruh boikot. Sebaliknya rakyat-rakyat marhaen yang boleh kita ‘titik’, kita ‘titik’ betul-betul sampai teruk kehidupan mereka,” katanya.

Menurut Don, untuk menjalankan kempen boikot ia perlulah bersasar dan tidak dilakukan secara melulu.

“Pertama, boikot ada tak dalam Islam? Ada. Nabi biasa boikot sahabat-sahabat Nabi yang tak turun perang. Memang ada perbuatan boikot. Yang kedua, bila kita nak boikot, buatlah mengikut perintah Ulul Amri, maksudnya jangan boikot ‘membabi buta’ (sesuka hati), itu istilah dia.

“Situasi ini bukan satu benda yang senang bagi seseorang yang bekerja menanggung keluarga. Balik rumah beritahu dia tak ada kerja, dia dibuang kerja. Itu bukan satu perkara yang menarik,” jelasnya.

Bercerita lanjut, Don memberitahu terdapat restoran makanan segera di negara ini secara terang-terangnya dimiliki oleh orang Islam dan pengurusannya juga tidak berpihak kepada Israel, namun masih menjadi lokasi utama dalam senarai kempen boikot rakyat Malaysia.

“Kita semua maklum di negara kita cawangannya dimiliki oleh orang Islam sendiri, dijaga dan tak diberikan langsung sumbangan dan sebagaiya (kepada Israel). Benda itu sudah dimaklum kepada kita, ia masih juga orang buat (boikot).

“Jadi pada saya, kalau nak boikot mesti ikut ketua yang sememangnya nak boikot, jangan sewenang-wenangnya kerana kita akan membinasakan institusi kekeluargaan seseorang. Berjuang mesti ada arah tuju.

“Bukan restoran makanan segera sahaja yang datang daripada Israel, banyak syarikat-syarikat besar lain berasaskan Israel. Tak ada pun orang nak ajak boikot, tak ada pun orang nak suruh CEO dia letak jawatan,” katanya.

Sementara itu, seorang individu tampil menjelaskan bahawa pembayaran royalti sesebuah restoran makanan segera di negara ini kepada negara asing adalah sekitar 9.4 peratus daripada lima peratus yang dikeluarkan.

Katanya, lima peratus yang dikeluarkan itu adalah hasil keuntungan bersih syarikat tersebut, namun ia dipecahkan kepada dua perkara itu melibatkan pembayaran kepada pemegang saham bebas dan pemegang saham terbesar.

“Contoh McDonald’s Malaysia, pemegang saham bebas dibayar 70.14 peratus daripada nilai lima peratus, dan merka ini kemungkinan terdiri daripada orang Islam sendiri, dan pemegang saham besar dia, Vanguard Group hanya menerima bayaran 9.4 peratus daripada hasil keuntungan lima peratus, itu sikit sahaja, tapi itulah yang anda boikot sangat.

“Tetapi yang anda guna iklan berbayar di Facebook, Instagram, YouTube, Google, anda tak boikot pula? Sedangkan benda ini penyumbang terbesar dengan nilai 100 peratus kepada Israel. Sumbangan ini bukan berjuta, tetapi nilai dia berbilion,” terangnya dalam satu video tular di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... kot-makanan-segera/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita org org kecil marhaen...kita boikot ler barang barang kecik...kalau barang barang besar mahal memang dah selalu kita boikot sebab tak mampoo kheun setat? Setat org besar boikot ler barang besar atau syarikat2 besar....yg penting each one of us can do a bit of our part...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
So mmg betui la sana dpt royalti?

Sementara itu, seorang individu tampil menjelaskan bahawa pembayaran royalti sesebuah restoran makanan segera di negara ini kepada negara asing adalah sekitar 9.4 peratus daripada lima peratus yang dikeluarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang ummah susah mahu boycotte seperti visa... Meta(fb)... Alphabet (google) ada rothchild... Ini direct ke zionist
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:59 AM | Show all posts
boikot salah tak boikot pun salah. dah boikot kata terpilih2 pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kita hidup ni biar seimbang.  kesedaran tu perlu ada dlm diri.
cuba derma skit utk palestine.. buat la sekadar yg termampu..
daripada porak peranda kan kehidupan org lain pulak yg dibuang kerja.
menaja anak yatim palestine sekitar $2300/tahun. tp itu ler.. tk tau anak tajaan tu hidup ke mati skrg ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Netflix Disney ramai dak boikot... unsubscribed...ka takut bosan hidup takde entertainment
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:18 AM | Show all posts
apa masalahnya, pilihan di tangan masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 08:45 AM | Show all posts
bagi aku betul dah tu...

restoran mc d, kfc ni restoran franchais...

so nak taknak memang kena bayar royalti sebab bawa nama brand tu.... walaupun menu tak sama,

contoh mc d kat malaysia tak sama macam mc d kat us, india,.

tapi pengurusan sendiri2....


mc d malaysia ni banyak buat amal, even kat hospital kuala lumpur mc d ada sponsor makanan, rumah rehat ke apa semua tu....

kfc malaysia pulak kan saham j corp majoriti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau pandai sangat bagi tau la apa yg boleh boikot dan x leh boikot...bagitau terang2 brand apa n sebab apa kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 8-11-2023 07:45 AM
bagi aku betul dah tu...

restoran mc d, kfc ni restoran franchais...

Diorang peduli apa nyahh.. janji mekdi, kepsi, starbuck kena boikot.. letak poster burger berdarah2.. tapi macam ustaz don ckp la, yang company2 besar tu x plak diboikot.. teringin nak tau ada tak orang keje shell, exxon, dell boikot gak mcd sebab israel while at the same time x mampu pun resign..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot Dior.. Ada berani tak? ????. baru Ni Bella Hadid diganti dengan model Israeli sbb Bella pro Palestine
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:08 AM | Show all posts
Tak perlu la nak boikot secara membabi buta. Kalau Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih dan Hari Pekerja serta seumpamanya yang meraikan seseorang atau sesuatu benda sehari dalam setahun boleh la boikot habis-habisan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Vanguard group ni mcm khazanah lah semua dia ada share termasuklah keta2 konti kebanggan acik porum terpaling boikot.  Hakikatnya, kalaupun mcd malysia jadi Matdan beger, still isreal dapat funding gak.  Kerja boikot ni bukan tshun ni je dah berpuluh tahun (sampai ada yg ckp boikot lebih 10 tahun tapi between tahun ke 5 ke 6 tu amnesia gi beli keta conti) tapi elok je lagi isreal tu makin maju lagi adalah bukan makin lenyap pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:14 AM | Show all posts
Benda mudah pun buat teruk. Kita boikot mana yang mampu. Ini semua benda nak persoalkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 8-11-2023 08:45 AM
bagi aku betul dah tu...

restoran mc d, kfc ni restoran franchais...

McD malaysia mmg banyak CSR tambah² utk anak² special needs ni. Tapi tiap kali isu israel-palestine 1st dan wajib kena mesti mcd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 09:24 AM | Show all posts
n3ar replied at 8-11-2023 08:45 AM
bagi aku betul dah tu...

restoran mc d, kfc ni restoran franchais...

aku sangat bersetuju dengan pendapat bernas kau ni. TQVM
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:28 AM | Show all posts
grouper replied at 8-11-2023 08:51 AM
Klau pandai sangat bagi tau la apa yg boleh boikot dan x leh boikot...bagitau terang2 brand apa n se ...

contoh paling mudah.. andailah ada salah seorg family/saudara kita kerja kat mekdi sara family dia dan dia terkesan n bakal kena buang kerja apakah perasaan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Siput_Sawah replied at 8-11-2023 09:28 AM
contoh paling mudah.. andailah ada salah seorg family/saudara kita kerja kat mekdi sara family dia ...

Kesimpulannya x payah boikot langsung la kan sebab rakyat msia mmg rezekinya diberi oleh syarikat2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:31 AM | Show all posts
aku bkn nak boikot..tp dh rasa muak dgn mcd ni
dah le burger kering kontang
yg sedap ayam mcd tu je lah
dah le sll aku order milo...dpt milo cair gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079371 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list