View: 5907|Reply: 67
|
[Jenayah]
[Edisi Tak Jadi Boikot?] Kalau Cukup 10,000 Likes Dan Komen, Kedai Piza Nak Tukar Nama!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Sebelum ini sudah tular dengan jenama Zus yang disalah erti sebagai Dewa Zeus. Kini jenama restoran pizza tempatan pula menjadi perhatian ramai apabila disangka berkait dengan negara US yang mendokong negara Israel.
Terbaharu, US Pizza telah menjelaskan bahawa ‘US’ tidak merujuk kepada United States, sebaliknya bermaksud ‘kita’ dalam bahasa Melayu. Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap jenama mereka lebih-lebih lagi sewaktu krisis Palestin-Israel.
Malah, US Pizza kini telah memuat naik satu hantaran di laman media sosial yang mana mereka sedia mengubah nama kepada Kita Pizza jika menerima 10,000 likes menerusinya.
Melalui ruangan komen tersebut, ramai yang bersetuju dengan tindakan syarikat itu yang mahu mengubah nama agar lebih dekat dengan lokal dan tidak akan disalah erti lagi.
Sedikit carian kami berkenaan jenama ini, pengasas syarikat ini mendapat ilham nama tersebut kerana mempelajari pembuatan pizza di US. Kedai outlet pertama mereka sudah dibuka sejak 1997 di Pulau Pinang dan mendapat sijil halal selepas 10 tahun kemudian.
Bukan itu sahaja, mereka juga sudah memiliki 80 buah outlet francais di Malaysia dan bakal mengembangkan perniagaan mereka ke negara Singapura dan Indonesia tidak lama lagi.
Ada sebahagian pelanggan yang sudah mengunjungi kedai pizza tempatan ini juga berkongsi bahawa mereka terkejut melihat pelbagai menu yang ditawarkan sangat menepati citarasa lokal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
US pizza ni aku boleh terima la. Sebab tengok nama brand pun macam play on words.
Zus tu kengkonon bukan Zeus, memang mintak pelempang ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah try US Pizza. Tak tertarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak, masalahnya pizza kau tak sedap langsung. Kalau org tak boikot pun sendu.
Btw, tak yah lah kona lak US tu bukan Unuted States, siap ada star lagi mcm kat bendera US. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-11-2023 01:06 PM
Tak, masalahnya pizza kau tak sedap langsung. Kalau org tak boikot pun sendu.
Btw, tak yah lah kon ...
Pizza pn guna nama us punya states |
|
|
|
|
|
|
|
Haah.. Yer lahh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu video pizza langkawi..mcm sedap je sapa yg makan puji... |
|
|
|
|
|
|
|
"mempelajari pembuatan pizza di US" - still tak berkat, timba ilmu kat negara yg menyokong peperangan dan penindasan, negara yg support israel.
ermmm pelik nya napa tak belajar masak pizza kat itali |
|
|
|
|
|
|
|
US pizza ni harga ok2 la tapi tak sedappppp (tekak i la)
sedap lagi dominos tu ha. |
|
|
|
|
|
|
|
MY Pizza la |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-11-2023 12:47 PM
US pizza ni aku boleh terima la. Sebab tengok nama brand pun macam play on words.
Zus tu kengkonon ...
Jangan lah marah sis.
Meols ketawa terkekek dengar ownernnye sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan Pizza hut baru nak cerca
Sedap ke US pizza ni, x pernah rasa lagi.
servis ok tak, kalau nan hauk macam PHut tak koser aku nak masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak mempromosi pizza buatan anak melayu langkawi...mmg nampak menyelerakan |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 19-11-2023 02:16 PM
MY Pizza la
Ya
MY pizza lagi catchy dari kita pizza
Untuk ganti nama us pizza
Tp byk kot belanja nk tukar nama
Kata ada berpuluh cawamgan, semua kne register baru, lesen baru, signbod baru, dgn sijil halal lg kne submit baru. |
|
|
|
|
|
|
| |
|