View: 19207|Reply: 114
|
[Tempatan]
Kementerian Kewangan (MOF): Nurul Izzah jadi penasihat Laksana tanpa bayaran
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 14-2-2024 09:43 AM
MOF: Nurul Izzah jadi penasihat Laksana tanpa bayaran
https://www.malaysiakini.com/news/696176
Diterbitkan: Feb 14, 2024 4:29 PM⋅
Dikemaskini: 4:29 PM
Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengecam hantaran palsu yang mendakwa bekas ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai penasihat Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).
Dalam catatan di platform media sosial X, kementerian itu berkata bahawa dokumen perjanjian yang disiarkan itu adalah draf surat tawaran yang tidak sah.
"Perjanjian yang sah yang telah ditandatangani oleh Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, seperti yang telah dimaklum kepada umum," katanya.
Semalam, Nurul Izzah berkata dia akan membuat laporan polis terhadap hantaran media sosial yang berunsur fitnah terhadapnya.
Dalam catatan di Facebook, anak perdana menteri itu berkata peguamnya akan membuat laporan polis bagi pihaknya pagi ini sebaik sahaja mereka selesai cuti Tahun Baru Cina.
Menurut laporan The Star, seorang pengguna Facebook telah memuat naik posting yang mendakwa Nurul Izzah telah dilantik sebagai penasihat Laksana dengan gaji RM35,000.
Tahun lepas, Anwar melantik Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan. Jawatan itu tidak bergaji.
Dia kemudiannya mempertahankan keputusan itu selepas ditanya sama ada Nurul Izzah - yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan - layak menjadi penasihat ekonomi dan kewangan.
Anwar ketika itu juga berkata bahawa Nurul Izzah juga mempunyai ijazah kedua dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.
Laksana ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi Malaysia 2020 berjumlah RM20 bilion.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia xpakai tudung tu elok2.. kasi bentuk comey2.. baru la abg jamil suka.. iniii..hurrmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Baju pun ketat.. macam tak bernapas ketiak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Masyukkk dpt 35k sebulan beserta pengecualian cukai.. so walanon dpt ape jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
x amek gaji konon, pstu negara jahanam..... |
|
|
|
|
|
|
|
ringgit kita hari ni dah 4.79 dah tertinggi dalam sejarah berapa puluh tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni pon, share ler terus offer letter original yg kata kerja tanpa bayaran tu. Then share screenshot dlm system, nama dia yg menunjukan bayaran gaji ialah sifar, disebelahnya nama org lain yg bayaran gaji bukan sifar. Settle... |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya lantik ahli akademik bertaraf Dr ataupun someone yg mmg analyst dlam industry contohnya yg bekerja dlam investment banks... patut la ekonomi jahanam (GDP growth for 2023 tak capai sasaran 4% dan nilai Ringgit mcm haprak)...sapa yg masih sokong PMX ni mmg otak lembu... lebih teruk dari binatang ternakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jihyomelly at 14-2-2024 07:27 PM
hmmmmm tak tau nak cakap apa…ringgit makin jatuh..stakat cakap je tapi no action taken…
meh nak betulkn tudung tu kelepet teruk sgt geram pulak nengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala bapakkk ko phuiii lol kohkohkoh
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal makin serebeh dia ni.. elok maknya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kerap serempak dia datang klcc sambil heret luggage (maybe isi laptop and document)... aku tatau apa fungsi dia kerap dtg mengadap kat klcc ni |
|
|
|
|
|
|
|
yg non partisan tu bagi kantoi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak tua dah ek ko
serabut kettew |
|
|
|
|
|
|
|
Anak papa kerja 3 hari seminggu ja.. ikut suka hati dia lak pulak tu.. gaji 35k.. aku malu jadi melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Anak beranak terpaling keja tanpa gaji, dah habis terpaling zuhud tuh. Arwah tok guru Nik Aziz tersenyum sinis . |
|
|
|
|
|
|
| |
|