CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7953|Reply: 23

[Tempatan] Melaka akan bawa pulang artifak, dokumen berkaitan Hang Tuah

[Copy link]
Post time 7-3-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Melaka akan bawa pulang artifak, dokumen berkaitan Hang Tuah

https://www.malaysiakini.com/news/698428

Diterbitkan:  Mar 6, 2024 3:52 PM⋅
Dikemaskini: 3:52 PM



Kerajaan Melaka akan membawa pulang beberapa artifak dan dokumen berkaitan Hang Tuah yang ditemukan di beberapa negara untuk dipamerkan kepada pengunjung pada Mei ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri sebelum ini telah melaksanakan misi Kajian Penyelidikan Mengukuh Kewujudan Hang Tuah di beberapa negara di Eropah dan Asia.

Beliau berkata misi itu dilaksanakan kerajaan negeri bagi merungkai kewujudan Hang Tuah dan meluruskan 'kebengkokan' sejarah Melaka oleh penjajah.

“Antara artifak yang ditemukan semasa misi berkenaan adalah manuskrip Hikayat Hang Tuah tertua di dunia yang bertarikh 1758 dan Hikayat Hang Tuah yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing di Leiden University, Belanda.

“Selain itu, Peca de Malaca di Museu Militar de Lisbao iaitu selaras meriam yang dihadiahkan oleh Raja Calicut, India kepada Sultan Melaka semasa menentang serangan Portugis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul Terima Kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Ab Rauf berkata pasukan misi kajian turut menemukan peta lama Planisfera Cantino yang tercatat nama Malaqua bertarikh 1502 di Museu Marinha, Lisbon.

Beliau berkata selain itu turut ditemukan keris lok sembilan dan dokumen rekod rasmi 'Rekidai Hoan', kerajaan Ryukyu di Pusat Arkeologi Okinawa, Jepun yang mengandungi 19 surat kerajaan Ryukyu kepada kerajaan Melaka serta 11 surat daripada kerajaan Melaka sekitar tahun 1480 antaranya surat tersebut tertera nama Laksamana Hang Tuah.

Ab Rauf berkata justeru kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk membawa dokumen dan artifak tersebut yang akan dipamerkan kepada rakyat Melaka pada Mei ini sempena TMM2024.

Beliau berkata bagi menyokong usaha itu, Institut Kajian Tuah (IKAT) ditubuhkan di bawah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai pusat rujukan sehenti dan pengumpulan maklumat berkaitan sejarah Hang Tuah.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyolah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:42 AM | Show all posts
pusara hang tuah kat mana ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
MELAKA....THE PARIS OF SOUTH EAST ASIA....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan komen yang first komen Nusaroyo
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tunggu museum tepek kat sini pun boleh surat2 sultan melaka ke jepun tu kami nak baca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan Melayu hilang di dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:56 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-3-2024 12:28 PM
Tak payah tunggu museum tepek kat sini pun boleh surat2 sultan melaka ke jepun tu kami nak baca.



tepek sini karang sape nk pi tgk muzium dorg bln 5 tu sok


btw melibatkan kos yg tinggi ke atau berbalas2 emel je
klu bnyk naw kosnya elokla guna utk pembangunan & kebajikan rakyat ye
kos hidup makin meningkat ni
ke set2 melaka kaya sgt dh x heran hawau


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 01:12 PM | Show all posts
Bawa balik semata untuk dipamerkan, bukan bawa balik dan simpan kat Melaka forever.

Kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:24 PM | Show all posts
Macam kat British,
the British Museum Act of 1963 bans the museum from removing an artifact from its collection unless it is a duplicate, is damaged or is deemed “unfit” for the collection.


Aku beranggapan negara penjajah lain pun buat perkara yang sama jugak.
Negara pencurik kasik pinjam pada pemilik asal utk sementara, astu pemilik asal kena pulangkan semula.

Dengan beralasan, pada waktu penjajahan tersebut, pendudukan dan pemilikan mereka ke atas negara asal itu adalah sah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibokk nak bawa balik  sejarah yg dah lapokkk, baik kau cipta sejarah baru je .. dah la perlukan kos tinggi... Kalao  bawa balik artifak tu ringgit blh jadi naik ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MB Melaka ni mmg terbaikk! Sejak jadi mb, industri pelancongan melaka makin naik, dia pandai buat promotion yg di luar kotak....kalau la dia ni jadi menteri pelancongan malaysia, apa agaknya event yg mantap2 dia buat, mmg sah, menteri produk umno bn mmg selalunya bijak....skrg satu hapah event tourism negara pun takder utk boost the economy, x reti nak plan, otak beku sbb jadik pembangkang lagi senang, modal air liur basi jer....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 02:24 PM | Show all posts
adiwarna replied at 7-3-2024 02:19 PM
MB Melaka ni mmg terbaikk! Sejak jadi mb, industri pelancongan melaka makin naik, dia pandai buat pr ...

menteri org sarawak, tgh sibuk nk up kn sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 02:32 PM | Show all posts
dekat speedmart pun ada hang tuah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
adiwarna replied at 7-3-2024 02:19 PM
MB Melaka ni mmg terbaikk! Sejak jadi mb, industri pelancongan melaka makin naik, dia pandai buat pr ...

Masalah Jamed kat melaka tu der da level dewa. Org yg melancong pg melaka mesti menyesal sbb bnyk ma abes atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok situ jelah hang tuah.

Asyik2 up cite hang tuah yg bebal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 04:50 PM | Show all posts
barangkali Hang Tuah tu bkn nama,   jes gelaran Dato bagi org dulu dulu yg bermaksud : Hang ni membawa Tuah   

tulah pasal kubur dia Johor dan Pulau Riau pon ada

yg kisah Hang lima sahabat tu jes hikayat spt Halim Deman,  Merong Mahawangsa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka tu ramai jahh org nak lawat..

Komen2 dlm porem pun ramai mcm nak ke melaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 10:38 PM | Show all posts
best sangat ke melaka? iols sekolah kat melaka, tapi tak rasa teringin pon nak cikcur ke sana. Sebab suasana dia tak best. Dia macam takda aura...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak Hang Tuah dalam filem Melayu.

Kredit gambar: FB Repair Gambar Lama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.103718 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list