CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11248|Reply: 56

[Tempatan] Banduan warga emas 22 tahun beraya dalam penjara. Dihukum penjara 37 tahun kerana merogol anak kandung.

  [Copy link]
Post time 2-4-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Banduan warga emas 22 tahun beraya dalam penjara

https://www.bharian.com.my/berit ... eraya-dalam-penjara

Oleh Mohd Rafi Mamat - April 2, 2024 @ 8:36am
bhnews@bh.com.my


Banduan warga emas, Karim (bukan nama sebenar) telah 22 tahun beraya dalam Penjara Penor. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: "Aidilfitri yang akan disambut minggu depan, genap 22 tahun saya menyambutnya di Penjara Penor," kata banduan Karim, 66 (bukan nama sebenar).

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan pantai berkata, peringkat awal menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi amat sukar diterima dengan tekanan perasaan apabila takbir raya kedengaran pada pagi Syawal.

Menurutnya, kini selepas 22 merengkuk dalam penjara, dia semakin dapat menerima hakikat hidup sebagai seorang banduan.

Semua aktiviti luar tembok penjara kini seolah begitu asing selepas sebahagian umurnya dihabiskan dalam penjara.

"Setiap kali Aidilfitri, ingatan terhadap anak muncul walaupun mereka membenci saya, mereka berhak membenci saya yang berdosa dengan mereka suatu ketika dulu.

"Hanya saudara sahaja yang akan datang melawat saya di penjara, mereka masih menerima saya," katanya yang dihukum penjara 37 tahun kerana kesalahan merogol anak kandung.

Karim menambah, biarpun seribu kali dia menyesal atas kesilapan lalu, 'episod hitam' itu akan terus kekal sampai bila-bila.

"Setiap kali Ramadan masa saya banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran dan solat sunat Tarawih serta bangun malam untuk menunaikan solat sunat sambil berdoa. Hati saya kini tenang walaupun menjalani hukuman penjara.

"Saya akan bebas pada 2039 bermakna 15 tahun lagi saya perlu beraya dalam Penjara Penor," katanya ditemui di Penjara Penor, baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 08:51 AM | Show all posts
padan muka kau tua kutuk..terimalah akibatnya bila akal letak kat kepala kote..anak2 ko berhak bencikan ko sampai ko mati
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca pun geli jijik. Semoga apa ko buat tu menghantui diri ko sampai mati pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:33 AM | Show all posts
"Karim menambah, biarpun seribu kali dia menyesal atas kesilapan lalu, 'episod hitam' itu akan terus kekal sampai bila-bila."

episod hitam kt anak kau la
pehallllll


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:39 AM | Show all posts
huh.. ptt sebat skli dpan blkg
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:40 AM | Show all posts
selayaknyer...semoga mampus dlm penjara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 09:43 AM | Show all posts
skang da 66 tahun..umur 81 baru dpt tgk luar..itu pon kalau ko idup lagi pakcik..tp aku rasa ko ninggal kat penjara jugak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:47 AM | Show all posts
kau elok je dok dlm penjara baca quran, semayang tahajud blablabla.. tenang katanya.
anak yg mangsa tu ntah apa jd. ntah masih trauma smp sekarang, ntah sedang marahkan takdir dia. ntah sedang berjuang mengadap muka masyarakat
kesiannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Contoh diskriminasi sosial. Penjenayah rogol jubur staff yg seusia anak sendiri boleh pulak dibebaskan awal... Boleh jadi Perdana Menteri lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:54 AM | Show all posts
perogol elok biar mereput je dalam penjara tu..
dah taubat pun trauma pada mangsa sangat mendalam..
lagi-lagi bapak yang diharapkan jadi pelindung tapi dia yang musnahkan hidup anak sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau penjara 37 tahun, kalau berkelakuan baik, ditolak 1/3 dari keseluruhan jumlah hukuman penjara, ditolak pula Sabtu ahad cuti umum, tinggal kurang dari 25 tahun rasanya kan? Kalau macam tu tak lama lagi dia boleh bebas dah. Ke yang dia kata 37 tahun tu dah siap tolak 1/3 can cuti bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 3-4-2024 10:54 AM

Delete untuk elak salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-4-2024 09:55 AM
Kalau penjara 37 tahun, kalau berkelakuan baik, ditolak 1/3 dari keseluruhan jumlah hukuman penjara, ...

rasanya dia main sebut yg jumlah tahun waktu dijatuhkan hukuman tu bknnya dia kira bagai tolak itu ini. lagi plak sejenis pesalah camni bknnya reti nak kira2 bagai dah otak pun kat kote. girtuhhh iols mengeji
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-4-2024 09:58 AM
Berita dari tahun 2003 tak tau la kes dia ke bukan:

Nelayan rogol anak dipenjara 45 tahun

anak sakit kau boleh rogol pulak

semoga mampos mereput dalam jail
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 12:56 PM | Show all posts
pelik dia hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rogol anak sakit leukemia???? apa kejam sgt ko ni!!! anak tu sakit ko bleh bernafsu binatang plak!!! org lain bergadai mcm2 nk sembuhkan anak tau tak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas pulak rasa nak bersimpati dengan kau pakcik. Jahat benau kelaku. Baik lah ko terus hidup kat panjara tuh. Tak payah kluar dah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 08:43 PM | Show all posts
eloklah pakcik kena kurung dalam penjara tu dari dok luar. membahayakan anak beranak je jenis haruan makan anak. baguslah harap pakcik bertobat. dan semoga allah ampunkan dosa2 pakcik.

yang penting mintak maaf kat anak yg ko rogol tu. kalau tak sampai bila2 ko tak lepas akhirat sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:11 PM | Show all posts
dihukum penjara 37 tahun ... perghhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-4-2024 09:58 AM
Berita dari tahun 2003 tak tau la kes dia ke bukan:

Nelayan rogol anak dipenjara 45 tahun

Agaknya kes lain. Berita nie kat alor setar, pakcik nie kat kuantan. Kes nie dashyat sampai anak sakit pun dirogol

Harap dapat sebatan jugak. Kalau keluar awal,mana dia nak duduk, tentu family sendiri pulaukan dia.  ada jugak sedara dia gi melawat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.084740 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list