CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16078|Reply: 97

Pelakon Lelaki Menangis Jual Kuih Bangkit Di TikTok, Gigih Nak Bayar Hutang- “Saya Buat Silap Besar!”

  [Copy link]
Post time 3-4-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Harris Annuar mengakui dia mengalami tekanan sehingga mengalirkan air ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.


Difahamkan, Harris sedang menjual kuih bangkit buat kali pertama di TikTok di mana terdapat 4 varian pemanis mulut itu ditawarkan kepada pelanggan.


Dia juga dilihat mengucapkan terima kasih buat pengikut dan juga peminatnya yang tidak putus-putus membantu dan memberi sokongan terhadap perniagaannya itu.


"Kalau saya rasa saya susah ada lagi susah daripada saya. Terima kasih semua yang support saya harini, ada masa ketika kita susah kawan-kawan dan followers yang bantu."


"Tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Tak dapat terucap macam mana bersyukurnya."


Tambah pelakon itu, dia menangsi kerana beban menanggung hutang dan perlu menghabiskan kira-kira 400 stok kuih bangkit sebelum hari raya ini.


  



"Saya tolak harga modal (kuih bangkit) untuk saya jual balik dan bayar dekat supplier. Saya buat silap besar saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda tu.


"Itu yang semalam saya menangis breakdown sampai saya tak boleh nak jumpa orang."


Sebelum ini, aktor itu dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan ACL gara-gara jatuh tangga.


"Satu jatuh tangga dan buat pembedahan. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal balik sebab saya tak ada duit nak bayar. Itu yang saya terpaksa nak habiskan stok kuih ni semua."


SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 03:37 PM | Show all posts
aikkk bukan anak acik ton kaya raya tu ke?anyway x penah minat dia ni macam poyo abadi kalah alip satar
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 03:41 PM | Show all posts
ada ke pemenat.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 03:44 PM | Show all posts
Aik.
Bukan heolls geng2 Challo FC ke.
Mana kawan2 Challo mung.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
citer apa je dia ni berlakon eh

bini dia lawa sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 03:57 PM | Show all posts
Ko anak org kaya kan, lol buat citer sedih background rumah banglo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
junior alip sekeri
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 03:58 PM | Show all posts
rasa sok aku tgk bini ko pakai baju mahal2,
liplap2 atas bawah siap ko menunggu laharan berpuaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 04:00 PM | Show all posts
mamajawie: aikkk bukan anak acik ton kaya raya tu ke?anyway x penah minat dia ni macam poyo abadi kalah alip satar


tula pasal dia kaya kan..ke sorang2 orang kaya jatuh muflis kita tak tau...macam dato red lepas 5 tahun baru tau

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aishhh drama je lebih. Suruhla mak ang kakton tu borong kuih ang pastu sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aik lifestyle bukan main lagi masing2 anak kak ton ni..
takkan mak ko tak tolong kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
so sebenarnye kuih dia tak sedap la kan tu yg tak laku..ke masa order confident akan boleh habis sebab rasa diri femes..walhah sendu..selain dari anak kak ton apa lagi pencapaian beliau yg boleh diceritakan kepada masyrakat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Puasa pun nk menipu konon x da duit nk byar hutang...punyalar dok rumah besar rege juta2 Shah Alam ...ujung2 jual biskut raya kunun x mampu byar hutang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaannnddd bbondong² la netizen buduh keruk sana sini beli sekut raya sbb kesian ngn air mata boya walau diri sendri nk beli bj raya utk ank² pon xmampuuuu..
Bingaaiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:30 PM | Show all posts
kalau pelakon keluar ayaq mata ni susah nak husnuzon...
takkan baru buat ACL dah habis saving? pastu jarang la orka tak ambik takaful...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la tu buat live sedih2, nnt org beli la sebab kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg mmg jual barang kena jaja cerita sedih eh??? haritu tok red, ni anak kak ton plak.. baru laku eh kalau menangis???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang jaja cerita sedih ,berjujuran air mata ,terus laku kuih. Euwwww
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak dia rajin baca porem..kang xpasal2 kena screenshot komen korang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 05:40 PM | Show all posts
demi content mengaih simpati je la kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079940 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list