CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rafiz28

ISTERI TAK FAHAM MASALAH AKU..STRESSS!!

  [Copy link]
Post time 2-9-2012 02:07 AM | Show all posts
salam. sorry bg respond kat thread awak ni.

first, nak tanya. awak dah okay ke belum sampai harini dgn wife awak? (sorry tanya, nak/taknak jawab pun takpe)
second, nak bg pendapat and pandangan. rasanya most of female mmg perangai mcm tu. suka pendam byk2, perap lama2, sampai satu masa meletop mcm perang dunia. tp tak semua. kebanyakan nya. sebab perempuan suka kalau husband dia or org yg dia sayang tunjuk effort before dorg yg suruh. sebab kalau suruh, dah jd tak ikhlas pulak kalau lelaki tu tunjuk effort apa2. nak pulak if housewife. mmg byk kita dengar jiran2 selalu gosip2 pasal husband. sbb dorg kan sendiri. tunggu je husband balik.

mungkin dia terlalu geram, selagi ada harapan and masa, awak berusaha lg. don't lose hope. fight for what its worth. sbb semua yg jd dgn izin allah. selagi ada jodoh, one day nnt sure allah akan baikkan awak and wife. mungkin tuhan saja nak uji awak. sbb kita baca awak ckp dulu awak busy. so mungkin now time awak berusaha utk dia. just pandangan, hopefully both of you get better soon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2012 06:34 PM | Show all posts
jangan ambil mudah
don't take things fr granted
pengajaran utk semua
nak tunggu meletup baru nak usaha
mmg kena byk sabar & bykkan usaha
yg penting doa

i tak kahwin lg tapi ada kawan yg jenis bersabar dgn suami dlm jangka masa yg lama
mereka yg memendam perasaan ni sebenarnya hampir gila
kemurungan semasa memendam tu benar2 makan dalam
bila dia luah & rasa lega
dia tak mahu lg kembali kpd masa kemurungan tu
dia takut klau dia give in, u akan kembali kpd perangai lama
apa jaminan u akan berubah tak spt dulu?
cuma masa yg menentukan kan?
tapi mrk yg dh meletup ni rasa, mereka dh cukup beri masa
teruskan jer usaha u
mmg lah jgn expect akan pulih serta merta
berdoalah byk2 supaya Tuhan lembutan hati dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:29 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 30-8-2012 06:22 PM
tuelah myesal jugak soh dia berhenti keje dulu, gaji dia pun bkn kecik2, mmg tak thn lah jugak kna ...

Dh merajuk dh isteri tu.Sekarang TT kene pujuk isteri.KTT sygkan isteri,sygka rumahtngga TT kene berdepan dgn kemarahan dan rajuk isteri tu.TT discuss apa yg ptt. TT pegi jumpa isteri.Bg aku,kalo syg,dtg jmpa.Sms bagai tu bg aku x ikhlas. Try dulu.tengok mcm mana ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 04:00 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 30-8-2012 06:22 PM
tuelah myesal jugak soh dia berhenti keje dulu, gaji dia pun bkn kecik2, mmg tak thn lah jugak kna ...

mgkin 99% perasaan isteri tt sama mcm yg aku rasa.

bosan sgt2x
rasa myampah dah ngan somi. setiap perkataan yg keluar dr mulut somi rasa mcm just iklan je. xde makna apa2x
rasa nk pergi jauh, keluar dr rumah
hingga rasa lost sgt, rasa nk bunuh diri sentiasa ada
tulis2x kt diari, luahkn perasaan
mlm2x layan lagu2x sedih kt komputer
buat hal sendiri2x
......

pastu somi
jadi lebih ramah
selalu nak bercakap sbl ni myombong
pantang ckp nk apa terus nk belikan
selalu ty nk apa
airmuka ceria je, nk berlawak2x plak
memalam tidur somi sll peluk2x, manja2x
mcm2x somi buat tp ...entahlah

......dan pernah kulihat somi pas solat lama kt sejadah, rupanya somi menangisssssss.......dan paling dasyat kurasakan bila somi suara somi ketar2x menahan tangis masa baca alfatihah. terasa jg kejammm dan dasyatnya aku masa tuhhhh.

dlm pd aku dok keras gitu ngan somi, aku still pikir dosa pahala seorg isteri. aku xnk jd isteri derhaka tp nafsu jahatku tetap marahkan somi yg abaikn aku selama ini.

tapi satu pegangan aku sejak dulu......aku x akn keluar dr rumah ini (wpn hatiku membuak2x nk buat begitu). aku cuba pertahankan sebab aku tahu klu aku keluar dr rmh ini ia akn mgundang perkara yg lebih buruk. faktor luar akn mpengaruhiku. begitu jg, aku pertahan utk tidak mgadu dgn sebrg org sbb bimbang diberi nasihat yg salah. aku mgadu dgn org yg sepatutnya....tidak bias.

dan keadaan skg bukan kata dah pulih tp dlm proses bertenang gitu. somi msh berusaha dan aku jg cuba mcari titik temu. aku tahu tidak boleh terlalu melampau....takut jg myesal kmd.

mgkin jg aku bertahan di sini bila somi dgn rendah diri, menahan tangis bgtau '' awk buat la apa saja yg awk nk buat klu itu boleh mgembirakn awk, abg xlarang, x marah asal awk jgn tinggalkan rumah ini dan saya, awk xmasak, x buat apa2x pn x pa. tlg bg peluang abg betulkan kesilapan lalu.''

ku uji dia, kunbiarkn dia terkontang kanting mguruskn diri dan keperluannya. aku bebas buat apa saja tanpa memperdulikn somi walau jauh disudut hati terasa berdosa gitu. dn somi sedikitpn x merungt, marah, tegur ke.

ku lihat keikhlasan somi dan opkos la..somi kan cinta kita, nyawa kita....hatiku terusik jg.




Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 05:39 PM | Show all posts
TT, andaikata isteri TT dah ok, harapnya TT tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan dtg.
lelaki ni,bila kerja, dia obses semacam.sampai lupa anak isteri.Tujuannya baik,utk dapat $$ lebih bagi menjamin masa depan.
tapi jgn melampau sgt.hidup kita kena seimbang. duit perlu,kasih syg pun perlu juga.
kalau kurang salah satu,memang pincang. (ayat ni aku guna utk tarbiyah laki aku bila dia bizi samapi tertido kat opis )

dekat wall fb saya ada sorang kawan yang selaluuuu la mengeluh pasal laki dia.
dia sunyi la apala..tunggu laki tak balik2.
dia sedang pregnant anak sulung. ada jugak dia nyatakan rasa risau dia takut terberanak sorg2.
yg lakinya sibuk ber MLM jugak.siang keja tetap.MLM buat MLM.bulan lepas laki dia dah tukar keta dari proton to BMW.
hasil kejayaan MLM kot.(tp dia tak pernah promote kat kitorang..MLM apa..aku pun x tau..rs nya produk kesihatan).

tapi kan, mcm tak berbaloi pulak usaha lebih utk dptkan BMW,tapi bini sorang2 kat rumah meroyan kat FB.
mungkin lakinya rasa itu cara dia nak tunjukkan kasih syg ke?..sorry..perempuan ni manja..mana2 la.walpon ganas cemana pun,tetap ingin di belai.tetap nak kena pujuk.tetap nak kasih sayang.

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 06:52 PM | Show all posts
salla posted on 3-9-2012 04:00 PM
mgkin 99% perasaan isteri tt sama mcm yg aku rasa.

bosan sgt2x

salla... walaupun pasti sgt salla tau... tapi nak juga sebut... tak baik buat suami macam itu...

sebabnya... apa yg berlaku pon ada juga kesalahannya dari pihak kita.. suami tak 100% salah... dan isteri tak 100% betul...

dulu pun saya marah beriya2... mengamuk... bergaduh.. macam2.. tiba masanya saya ter mengeluh pada my mom..

my mom tegur... katanya... tak baik... cubalaa fahami kenapa suami begitu... dia begitu walaupun katanya untuk kita... tapi sebenarnya untuk dia... sebagai suami... mestilaa dia nak berikan yang terbaik kepada keluarga... macam kalau kita ni seorang ibu, pastilaa kita nak berikan yang terbaik untuk anak.. kalau tak kita akan rasa gagal sebagai seorang ibu.. macam itu juga suami... mungkin dia ada benchmark dia sendiri untuk beri yang terbaik buat keluarga... kalau tak capai benchmark tu.. dia akan rasa gagal sebagai suami...

my mom kata lagi... kasihanilaa suami... takkan kita tega nak biar dia rasa gagal sebagai seorang suami? Kalau untuk mencapai target dia tu bermakna akan menyebabkan kita kesedihan, maka kita kena guide suami... OVER and OVER again.. berkali2... sampai capai persetujuan benchmark yang win-win situation; suami tak rasa gagal dan isteri pula tak rasa terabai; kita kena pastikan suami juga faham... dia tak perlu bekerja seteruk itu untuk beri yang terbaik buat keluarga... dan kita kena ingatkan yg itu berkali2 sampai dia faham... mungkin ada masanya dia lupa... tak pe... kita ingatkan dia lagi dan lagi.. gaduh sikit2 tu biasalaa... jangan sekali2 putus asa...

selain daripada tu.. kena banyakkan berdoa pada Allah.... kurniakan kebahagiaan rumahtangga kepada kita dan suami...

ada satu masa... saya dan suami kerap sangat bergaduh.. dua2 org rasa panaasss je... ntah macam mana... bila dah sejuk tu.. suamia ckp.. tak boleh jadi macam ni.. makanya lepas tu suami selalu ajak solat berjemaah lebih kerap.. dan setiap kali lepas solat... saya tak berhenti berdoa semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami.. semoga sentiasa ada toleransi.. maaf memaafi.. kasih sayang... gurau senda dan faham memahami antara satu sama lain... alhamdulillah... sekarang dah jaraaaang sangat gaduh.... kadang2 jerlaa masih gaduh sikit2... rindu nak bertekak...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2012 07:23 AM | Show all posts
berrybooms posted on 2-9-2012 02:07 AM
salam. sorry bg respond kat thread awak ni.

first, nak tanya. awak dah okay ke belum sampai hari ...

wslm, tq..aku dah dapat bercakap by fone beberapa hri lps, dia ckp dgn baik dan slow sekali,xada maki2 dah, minta maaf pada aku, halalkan makan minum, minta maaf sbb buat aku menderita spnjg dia xada .. dia kata kalau aku betul2 cintakan dia, just pulangkan dia semula kepada ibu bapa dia..dia akan balik kl pada hari jumaat nie untuk packing barang dan selanjutnya akan diselesaikan di mahkamah syariah secepat mungkin..xtahu nk fikir apa..fikiran dah kosong..masa menaip nie air mata aku terus keluar..aku sedih sgt2 sampai jadi mcmni rumah tangga aku, so far bisness aku pun menjunam, aku kat rumah nie dah separuh gila..kat mana2 aku nmpak bini aku, ketawa2 dia, peluk cium dia..hati aku hancur gila..dia xrasa apa2 ke..?? xkan dia sanggup nk tinggalkan aku, xkan dia lgsung xcintakan aku..akukan suami dia, xpernah aku jentik dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2012 07:26 AM | Show all posts
salla posted on 3-9-2012 04:00 PM
mgkin 99% perasaan isteri tt sama mcm yg aku rasa.

bosan sgt2x

xbaik buat suami mcm tue..nanti kalau dia dah xada baru menyesal..kenangkanlah 1/10 kebaikkan dia..mesti ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 08:24 AM | Show all posts
sedih dengar mcm ni... u salah , bini u pun salah... dia tak fikri ke berapa ramai bini2 kat luar sana yg kena pukul, laki tak bagi nafkah... bukan nyer u berseronok2 dgn pompuan lain.. u pun bisnes ... u karang la surat.. me ni marah2 kat laki pun.. at the end of the day .. nak marah lama2 tu tak sampai hati...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 01:28 PM | Show all posts
TT jgn give up.... ko msh ada peluang... ko buat istikharah n solat hajat. ko doa byk2 kt Allah agar diberi jln n kemudahan selesaikan. bila isteri blk nnti, merayu agar ko diberi peluang ke 2. ko tunjukkn yg ko benar2 ikhlas n syg kt wife ko tu... ckp ko x bole hidup tanpa dia... dia sgt penting dlm kehidupan ko... rendahkan ego..... ko menyesal dgn kesalahan ko n ko nk perbaiki hubungan suami isteri ni... yg penting ko kena berusaha sehabis baik...

kalau hasilnya ko dpt selamatkn rumahtangga.... tahniah
if sebaliknya.... bsabarlah.... pasti ada hikmah di sebaliknya....

plg penting doa byk2 pd Allah dan terus berusaha utk yakinkan isteri yg ko dh berubah n ko sgt sygkn dia....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 06:36 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 7-9-2012 07:26 AM
xbaik buat suami mcm tue..nanti kalau dia dah xada baru menyesal..kenangkanlah 1/10 kebaikkan dia. ...

lebih sesuai untuk tt..

xbaik buat 'isteri' macam tue..nanti kalau dia dah xada baru menyesal..kenangkanlah 1/10 kebaikan dia...


tt sampai ke akhir masih lagi nak cakap bini tu x pk tt la..org klu mmg btul2 insaf memang xkan sbut ape yg bini buat kat kite.sebab patutnye sedar segala yg bini buat tu berpunca dari kite.tapi sampai hujung tt masih nak sebut..memang patut bini tt dah tawar hati.maybe die tau tt xkan brubah.tetap harap wife je pham.maybe wife tt bace thread ni. jadi kan la ni pengajara. klu sampai club karaoke kite boleh pg ada masa untuk org lain, wife sndri nk beborak pon xdapat..tt, zaman skrg ni, meneran tgh berak  pon blh on the phone, calling2...

bini bertahan 3 tahun x dipikir, diri sendiri yang x sampai separuh tahun diungkit bini itu ini..
jadikan la pengajaran ye klu berkawen lagi..atau boleh upah maid aje..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 10:29 PM | Show all posts
kesabaran tu ada hadnya... kalo da 3 thn tu mmg da cukup lama...
mgkn remeh pd lelaki.. tp mende tu la yg isteri perlukan...
kalo tak buat pe kawen tp same je mcm bujang?
duit mmg penting.. tp adakah duit boleh beli waktu?
ko nk kumpul duit byk tp mase bersama takde
kalo ade anak pon anak2 terabai tanpa kasih syg...
masa adalah sgt berharga.. luangkan masa bersama yg tersyg..
bukan setakat just duk umah tnpa berbicara
kalo ko just nak org jaga minum pakai baik amik maid jek..
sbb maid pon bleh buat sume tu..
ni isteri surela kene kasi perhatian..
kalo ko asik pikir masalah sendiri.. ko igt bini akan faham ke?
ko baru bape bulan dah tak tahan..bini ko da 3 thn ko tak fahami dia
aku harap ko sedar pasni mane keutamaan ko
kalo ko tak hargai bini ko..mungkin ade yg akan menghargainya..
bini ko berhak pilih masa depannya.. sama ada derita or bahagia..

mungkin sendirian tu lebih baik dr bersama org yg tak reti menghargai..
so pengajarannye.. hargailah seseorg sementara dia masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 06:10 AM | Show all posts
TT,
orang bisness kena berfikiran positif.
bizz menjunam 1 hal,tapi..tak kan nak biarkan rumah tangga menjunam juga?

isteri U tu takde la keras sgt.
kalau betul2 syg dan perlukan dia,pujuk la lagi.
mungkin dia akan merajuk lama. andaikata dah berbaik nanti,mungkin dia dingin.
biasa la tu..tapi kalau syg,jgn give up utjk pulihkan semula hubungan tu meskipun U yang kena lebih byk mengalah.

sambil2 tu,suruh la dia masuk tread ni,baca sediri benang U ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:03 AM | Show all posts
huhu adoi lah..sdihnya tt.. doa banyak2  dan kami doakan semoga segalanya okey semula.. isteri tt nak bg peluang lagi...aminnn

citer ttg masalah camni kan.. rasanya hampir semua rumahtangga alami masalah camni.. suami sbuk,terlepas pandang,kurang perhatian...wife pendam,sabar... cuba ngtau.. ama2 xtahan,meletopp

sy sndiri pernah ada masalah camni.. sy pun protes juga.. tapi sebagai org islam,ada pendidikan agama,. kena berbalik semula pada dosa pahala.. seprotes2 seorang isteri tu.. kenalah timbang berat ringannya. sebab tgok pada masalah,suami bukan kaki pukul pun... bukan berzina ke hapa.. jadi cukup lah bg sy protes cara mnjauhkan diri.. xyah mengamuk baling itu ini,sumpan seranah..

tapi kan,paling xboleh blah.. tt ni ada ke patut kau xnak anak dgn isteri sndiri.. kalau dah cinta tu dan serius nak bina keluarga,hidup sesama... kenalah ada inisiatif kembangkan keturunan. tau tak.. bila isteri berpeluang diberi kepercayaan lahirkan zuriat suami,dia akan jadi bangga,gembira sgt.. even ada masalah cam tt ni,rasanya xlah sedrastik nih smpai nak protes dan cerai terus... sian tt n sian sgt kat wife tt

tolong lah tt.. kalau ada peluang berbaik dgn isteri.. tolong perbaiki hubungan dgn Allah ya..didik isteri dgn rohani yg penuh rasa takut oahala doa,tau pranan isteri dan sebgainya.. kalau tt muslim lah ek.Islam ni sgt best dan praktikal... kalau kau lulus benda nih,sure xterabai isteri kau sebab kau pun tau tanggungjawab sbgai suami dan isteri pun tau apa yg patut apa yg x patut.

k good luck..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 12:02 PM | Show all posts
kesian awak. hopefully everything will be okay. doa banyak2, moga tuhan selamatkan jodoh awak. tp apa pun yg jd lps ni, awak kena byk2 bersabar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:01 PM | Show all posts
padan muka kau....geram aku laki gni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2012 10:02 PM | Show all posts
padan muka kau....geram aku laki gni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:23 PM | Show all posts
sedihnye lah... bersabarlah... ape2 pun talak di tangan suami.. cuma pada aku.. keluar lah dari bisnes MLM tu.. sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 03:36 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 7-9-2012 07:23 AM
wslm, tq..aku dah dapat bercakap by fone beberapa hri lps, dia ckp dgn baik dan slow sekali,xada m ...

..tu lah ko...masa wife ko luahkan apa yang dia rasa...luahkan rasa tak puashati dia...ko buat tak kisah jer...ko bley cakap yang ko tak pernah amik serious pon...skarang...dah jadi begini baru ko menggelabah...ekekekeke...

...anyway...kesian jugak aku baca citer ko nie...and how your efforts and plans tuk pulihkan hubungan ngan isteri semua tak menjadi...u have come to realise that selama nie ko terlalu taksub ngan your work...sehinggakan isteri di rumah rasa terabai...but...u didnt think that u have done anything wrong cos ko justify your behaviour nie as doing things for her sake...for her happiness...but as it is...is she happy??...are u happy??...


...anyway...lets find ways to salvage your marriage nie...aku rasa isteri ko masih sayang kat ko...cuma...dia terlalu terluka...terlalu kecewa ngan sikap ko yang selama ini took her for granted and didnt seem to appreciate her...  

...u see bro...a wife yearns to be touched...to be caressed and to be loved by her husband...unfortunately...kalau keinginan yang memuncak ini tidak dapat sambutan seperti yang dia idamkan...tentu saja dia akan merasa disappointed dan frustrated....dan bila suami continously tidak endahkan keinginan dia dan memandang remeh akan perkara ini...lambat laun...isteri tu akan shut down emotionally towards her husband... and i believe...this is what has happened to u...u expect your wife to understand yang ko penat lepas jumpa clients...u expect her to understand yang ko perlu rehat lepas berjam2 driving balik rumah...but...have u ever made any attempts to understand how lonely and her feeling of being deprived of your love and attention??...pernah ke ko cuba selami hati dan perasaan dia yang rindukan belaian dan kasih sayang ko??...

...ginilah bro...like ive said...i believe she still loves u deeply...so...now...what u need to do is to first admit yang ko memang dah fark up big time ok??...so...give her a call...cakap kat dia yang ko nak jumpa dia dan bincang tentang apa yang dia mintak tu...bring her to the place yang korang sering jumpa time dating...or lagik baik ko bawak dia pi kat hotel...kasi excuse ko nak discuss perkara nie in private...tanpa ada orang memerhatikan korang berdua...

...aku rasa one good way of bringing down her defenses is by u admiting your mistakes to her...u have to be strong...dont cry...dont cry...dont cry...but... admit your mistake...admit yang selama ini ko bodoh kerana tak appreciate her...kerana tak tunjukkan kat dia yang ko sayang giler kat dia...admit to her...ko daif dalam hal2 nie...u didnt noe yang perkara nie sangat2 penting buat dia...kalau ko tau...u will let her know every day that u love her very2 much...let her noe jugak yang ko tak sedar how important it is for u to show your love and appreciation towards her during your anniversary...her birthday...and such...


...but most importantly...ko kena admit kat dia yang selama nie ko terlalu pentingkan your mlm...sehinggakan ko buat dia rasa terabai...but...u rationalise jugak kat dia yang ko terlalu focus sangat kat kerja kerana ko ingat ko boleh berikan dia kesenangan...however...sekarang ko realise yang ko tak bijak dalam membagikan masa ko sehingga membuat hubungan korang makin parah...

......ko can go on and on lah admitting perkara2 yang selama nie ko rasa remeh but now u realised benda2 ginilah yang sebenarnya dapat merapatkan lagik perhubungan korang berdua...

...bila ko dah sudah admitting your mistakes...ko let her noe how much u love her and wish ko diberikan peluang to rectify korang punya hubungan dan marriage...let her noe that she is the best thing that has ever happened in your life...and u do not wish to lose her...bila ko luahkan perasaan ko ini...u have to hold her tight ok...peluk dia erat2...

...insyaallah bro...kalau betul dia masih sayangkan ko...she will open up herself back to u...but...if she still strongly mintak dilepaskan...then probably u have to give her what she wants...

ps...jangan lupa berdoa lepas sholat...mintak Allah lembutkan hati isteri agar dia terima ko kembali...before your pertemuan nie...ko amalkan doa Nabi Musa agar dipermudahkan olehNya urusan ko ngan isteri ko ini...insyaallah...



...good luck bro...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:20 AM | Show all posts
kesian TT. kesian lagi isteri TT.

2pupu me pun kes hampir macam ni.

dia 10 tahun kawin, 3 anak. laki sibuk cari duit tapi nan hado. kasih sayang terbang melayang.
hidup satu rumah tapi macam dok dengan housemate jer. tak macam laki-bini if u know what i mean...
sampai dia cakap kat me, dia tengking laki dia kata tak peduli if tak dpt bau syurga sebab derkhaka pada suami. macam tu sekali dia punya sakit hati.
now, dia tgh berkira-kira nak cerai.

harap korang dapat resolve problem ni cepat. tak syok la cerai berai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.386770 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list