CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3930|Reply: 24

[Tempatan] Apa di sebalik kempen boikot?

[Copy link]
Post time 11-6-2013 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Antara kempen yang digerakkan di internet bagi membantu peniaga Melayu.


MONOPOLI
sesuatu kaum dalam perniagaan bukanlah isu baru di negara ini. Ianya bermula akibat dasar pecah dan perintah yang dibawa masuk penjajah Inggeris ke Tanah Melayu sebelum merdeka, membuatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India hidup dalam lingkaran ekonomi yang tidak sama rata.

Justeru, tidak hairanlah apabila isu itu menjadi paksi kepada kempen memboikot barangan keluaran syarikat Cina yang kembali hangat diperkatakan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan pemilik blog memulakan kempen Buy Chinese Last untuk mengajak orang ramai membeli barangan keluaran syarikat Bumiputera dan Melayu serta hanya membeli barangan Cina sebagai pilihan terakhir.

Persoalannya, apakah matlamat serta kesan di sebalik kempen itu?

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman melihat kempen memboikot barangan Cina dari sudut ekonomi, iaitu sebagai platform bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan Melayu dan Bumiputera.

“Melalui kempen seperti ini, kita mahu meningkatkan kesedaran kepada orang Melayu supaya membeli barangan buatan Melayu dan Bumiputera bagi meningkatkan ekonomi peniaga Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian berhubung isu ini.

PPIM adalah antara NGO yang menjalankan kempen memboikot barangan Cina dan juga syarikat yang didakwa menyokong keadaan huru-hara dalam negara.

Menurutnya, PPIM akan memastikan kempen seumpama itu berjaya seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dengan memboikot barangan Yahudi.

"Bagi kempen boikot kali ini, strategi kita adalah memperhebatkan desakan melalui media massa dan laman sosial serta kemungkinan mengadakan perhimpunan aman sebagai jalan terakhir agar masyarakat Bumiputera mendapat kesedaran tentang isu ini yang seharusnya diteruskan secara konsisten.

“Kita cuma harapkan 30 peratus (pengguna) sahaja yang memboikot kerana itu saja telah mencukupi untuk menyebabkan mereka (peniaga Cina) tiada keuntungan,” katanya.


Antara kempen yang digerakkan di internet bagi membantu peniaga Melayu.

Tidak timbul isu perkauman

Jika dilihat, kuasa membeli orang Melayu sekarang amat kuat dan ini terbukti dengan permohonan mendapatkan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutama di premis menjual makanan serta pendekatan syarikat Cina yang banyak menggunakan jenama berunsur kemelayuan atau Islamik untuk menarik pengguna Melayu.

Namun menurut Dr Ma’amor, isu perkauman tidak timbul dalam kempen boikot seperti itu kerana ia lebih kepada mengajak orang ramai mengubah selera.

"Contohnya, hari ini kita menggunakan petrol dari stesen A dan bulan depan mengubah selera menggunakan petrol stesen B pula.

“Kedua-duanya tetap menyumbang kepada ekonomi negara. Samalah seperti kempen memboikot barangan bukan Bumiputera kepada menyokong barangan Bumiputera dan ianya tidak sama sekali menjejaskan ekonomi negara seperti yang didakwa,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Perdagangan Teh Malaysia Chen Kien Keong dilaporkan media berkata bahawa kempen memboikot barangan seperti dilakukan NGO Melayu akan membahayakan pertumbuhan ekonomi negara.

“Bagaimana anda boleh kata boikot? Siapa yang akan rugi? Kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan rugi.

"Jika mereka boikot jenama Cina, orang Cina juga boleh boikot jenama Melayu. Bila ini akan berakhir?,” soal Kien Keong.



Antara kempen yang digerakkan di internet bagi membantu peniaga Melayu.

Boikot bantu tingkat daya saing peniaga

Bagi penganalisis ekonomi pula, kempen memboikot barangan bukan Bumiputera lebih membawa kebaikan kerana bukan sahaja ia tidak akan menjejaskan ekonomi negara, malah bakal merancakkan lagi sektor perniagaan ke tahap lebih berdaya saing serta mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan Bumiputera.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, masyarakat Bumiputera mempunyai kuasa membeli sebanyak 50 peratus dalam negara.

“Kempen ini ibarat serampang dua mata, kerana ianya mampu membantu peniaga Melayu untuk terus berkembang dan secara tidak langsung memberi saingan kepada  peniaga Cina yang sememangnya memonopoli sektor perniagaan semenjak 50 tahun lalu," katanya ketika dihubungi.

Menurut Dr Baayah, melalui pemerhatian kasar beliau, kempen dilaksanakan PPIM bersama beberapa badan NGO lain dilihat memberi kesan apabila lebih ramai orang Melayu mula berhenti membeli barangan daripada peniaga Cina.

“Inilah peluang untuk orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam sektor peruncitan agar produk keluaran syarikat Melayu juga akan dapat dijual pada harga yang lebih rendah berbanding sekarang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 10:44 AM | Show all posts
adalah suatu masa dahulu aku di inform oleh ramai org yang bertitle ustaz dan setazah, belilah barangan dari org islam...

nantilah aku sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:25 AM | Show all posts
Soalan:

Bolehkah membeli barang di kedai orang kafir, sedangkan yang dibeli ada di kedai orang Islam yang sudah jelas dan nyata akan memberi kekayaan atau keuntungan kepada orang kafir? Biasanya kekayaan mereka yang kafir itu, adalah mereka buat untuk menghina Islam.


Jawapan:

Boleh beli barang daripada kedai orang bukan Islam, tetapi beli barang daripada kedai orang Islam lebih utama, kerana tuan kedai itu orang Islam, sebagaimana bersedekah, atau beri, maka bersedekah kepada kerabat lebih utama daripada bukan kerabat, kerana bersedekah atau beri kepada kerabat kerana dia Islam dan dia kerabat dan beri kepada bukan kerabat kerana dia Islam sahaja, maka berbuat baik dan menolong kerabat sebagai dia Islam dan kerabat adalah lebih besar pahala daripada seorang sebagai Islam sahaja.

Firman Allah Ta'ala dalam surah At-Taubah, ayat 71:

وَالمُؤْمِنُونَ وَالمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ

Tafsirnya: "Orang mukmin laki-laki dan orang mukminah perempuan, setengahnya menolong akan setengah yang lain yakni mereka bertolong-tolong dan berbantu-bantu dengan seorang dengan seorang sama ada laki-laki atau perempuan.

Firman Allah Ta'ala dalam surah AI-Hijr, ayat 88:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلمُؤْمِنِينَ

Tafsirnya: "Hendaklah kamu berlembut-Iembut dengan orang yang beriman."

Daripada sahabat Abu Musa Radhiallahu 'anhu telah berkata: Telah bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:"

اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Maksudnya: "Orang mukmin kepada orang mukmin yang lain itu sebagai satu bangunan, maka setengah menolong dan mengeratkan akan setengah yang lain. "

Dan Baginda Rasulullah celah-celahkan di antara jari tangan Baginda sebagai menguatkan tujuan sabda Baginda. Hadis ini diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim.

Daripada sahabat Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فِى حَاجَةٍ أَخِيْهِ كَانَ اللهُ فِى حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرِبَ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Hadis ini diriwayatkan oleh AI-Imam Bukhari dan Muslim.

Maksudnya: "Orang Islam itu saudara kepada orang Islam yang lain, maka janganlah ia zalim akan saudaranya itu, Jangan ia biarkan saudaranya. Barangsiapa menolong pada sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menolong pada sesuatu hajatnya, barangsiapa melega dan menyelamatkan seorang Islam dari sesuatu kesusahan dan kesedihan, nescaya Allah legakan dia dari suatu kesusahan dan kesedihan pada Hari Kiamat, dan barangsiapa menutup sesuatu 'aib dan kelemahan daripada seseorang Islam, maka Allah Ta 'ala tutupkan akan 'aib dan kelemahannya pada Hari Kiamat. "

Sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam:

َاْلجِيرَانُ ثَلاَثَةٌ فَجَاٌر َلهُ َثلاَثُ حُقُوقٍ،حَقُّ اْلجِوَارِ،وَحَقُّ اْلَقرَابَةِ،وَحَقُّ اْلإِسْلاَمِ، وَجَارٌ َلهُ حَقَّانِ حَقُّ اْلجِوَارِ،وَحَقُّ اْلإِسْلاَمِ، وَجَاٌر َلهُ حَقُّ اْلِجوَارِ وَهُوَ اْلمُشْرِكُ مِنْ اَهْلِ اْلكِتَابِ

Dari Dalîl Al-Falihîn oleh AI-Imam Ibnu 'Allan.

Maksudnya: "Jiran itu ada tiga macam, satu jiran ada mempunyai tiga hak iaitu hak jiran, hak kerabat dan hak Islam, satu jiran ada mempunyai dua hak iaitu hak jiran dan hak Islam dan satu lagi jiran ada mempunyai satu hak iaitu jiran orang musyrik daripada ahlul kitab. "

Nyata daripada hadis-hadis yang di atas ini bahawa hak orang Islam ada lebih dari hak orang kafir, dan hendaklah orang Islam dahulu dan diutamakan dari yang lain.

Islam berkehendakkan orang Islam bekerja dan berusaha mencari kehidupan supaya dapat ia membekalkan hajat hidup umat Islam dan berkedai suatu tuntutan Islam daripada umat Islam dan orang Islam hendaklah menolong menjayakan kerja dan usaha orang Islam dan jangan dibiar dan digagalkan dengan tiada dibantu, tiada ditolong dan tiada digalakkan, kerana kerja-kerja seseorang Islam yang mendatangkan kebaikan dan kesenangan dan kemewahan kepada seluruh umat Islam itu dinamakan wajib atau fardhu kifayah, dan fardhu kifayah dan wajib kifayah adalah mesti dan wajib dan tiada boleh tidak, kalau tidak nescaya berdosa semua umat Islam.

Dari itu menurut segi fardhu kifayah adalah wajib menolong orang Islam itu menjalankan fardhu kifayah dan orang Islam yang berkedai itu yang menjual hajat dan tuntutan hidup umat Islam adalah ia menjalankan fardhu kifayah dan wajiblah dibeli daripada kedai orang Islam itu sebagaimana menjadi fardhu kifayah dan wajib kifayah ke atas orang Islam pada meng'imarah Kaabah pada tiap-tiap tahun dengan mengerjakan haji dan umrah.

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan ,Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned & Dr. Hj. Ismail b. Omar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1984

http://www.infad.usim.edu.my/
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:29 AM | Show all posts
Di sebalik kempen rasis, ramai rasis berduyun-duyun masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:32 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 12-6-2013 01:25 AM
Soalan:

Bolehkah membeli barang di kedai orang kafir, sedangkan yang dibeli ada di kedai orang I ...

Tafsiran tersebut banyak menyimpang dari makna asal bertujuan utk memecahbelahkan rakyat Islam dan bukan Islam. Apa motip?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:37 AM | Show all posts
harap semua majikan cina start esok pecat semua pekerja melayu..... boleh tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 01:37 AM | Show all posts
gogo2 posted on 12-6-2013 01:29 AM
Di sebalik kempen rasis, ramai rasis berduyun-duyun masuk neraka.

see u in hell.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:41 AM | Show all posts
Acong posted on 12-6-2013 01:37 AM
see u in hell.............

Sorry atheist no hell. Kakakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 02:20 AM | Show all posts
gogo2 posted on 12-6-2013 01:32 AM
Tafsiran tersebut banyak menyimpang dari makna asal bertujuan utk memecahbelahkan rakyat Islam dan ...

dear macai red bean army, bacalah benda tu dulu sampai habis sebelum nak buat tuduhan tak pasal pasal. penjelasan tu ditulis oleh jabatan mufti brunei darussalam, pada tahun 1984. tak dak kena mengena nak memecahbelahkan rakyat, kau senang2 saja kata perkara tu menyimpang drpd makna asal walaupun dalil2 drpd quran/hadis digunakan. aku tak tau sama ada kau ni kafir atau islam. tapi kalau islam jaga-jaga lah bercakap tu, kalau cakap tanpa ilmu tu jatuh jadi golongan ruwaybidah. ka ataupun kau taksub sangat sampai segala hukum hakam bertentangan dgn DAP kau nafikan
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
acong taknak balik china ka?
apa bikin merempat di negara bangsa lain?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
apa lagi acong mahu??
mahu totey kene potong ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:44 AM | Show all posts
makan gaji dgn cina haram tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:57 AM | Show all posts
aku harap majikan cina akan amalkan sikap diskriminasi sbg mana org mahu kan......

org cina takde diskaun 7% beli rumah? takpe....... tambah gaji pekerja cina xtra 7%.......

cina takdak ASB? tarak hal.... tambah gaji cina xtra 8%.......!

pekerja cina tak dpt universiti? takpe...... kita kasik pekerja cina gaji setaraf graduan.....

jika puak2 racis berterusan, boikot, tutup saja kilang tu.... kasik buang semua pekerja......

an eye for an eye......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:59 AM | Show all posts
mereka laungkan "BUY CHINESE LAST..!"

aku akan gandakan sokongan pada peniaga cina.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 03:01 AM | Show all posts
peniaga cina tak mendapat bantuan langsung drpd MARA & TEKUN...

takpe....... usah gundah gulana......

bila aku jadi supplier, aku akan bagi semua peniaga cina kredit terms tanpa interest selama 60 hari..!

ayuh......! perkasakan perniagaan org2 cina.....!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 03:02 AM | Show all posts
airfilterbersih posted on 12-6-2013 02:31 AM
apa lagi acong mahu??
mahu totey kene potong ka?

kalau kena potong, macam mana nak celup china dolls?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 07:18 AM | Show all posts
Melayu yang sukses pun tak mo menolong melayu yang memerlukan pertolongan... camner org melayu nak maju dalam perniagaan ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:25 AM | Show all posts
Acong posted on 12-6-2013 01:37 AM
harap semua majikan cina start esok pecat semua pekerja melayu..... boleh tak?

i setuju...






termasuk i la kena...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:26 AM | Show all posts
MissNigga posted on 12-6-2013 07:18 AM
Melayu yang sukses pun tak mo menolong melayu yang memerlukan pertolongan... camner org melayu nak m ...

projek2  pulak terutama dari pemaju2... harap cina tak bagi pada kompeni melayu langsung...biar melayu hanya dapat melalui kroni dan gomen saja....


kihkih

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
albatross posted on 12-6-2013 02:20 AM
dear macai red bean army, bacalah benda tu dulu sampai habis sebelum nak buat tuduhan tak pasal pa ...


mmg saya baca sampai habis. Tafsiran dibuat oleh mufti Brunei. saya tak percaya mufti  Brunei. dia mungkin syiah. Saya hanya percaya Mufti Malaysia.
Last edited by gogo2 on 12-6-2013 09:53 AM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 292613 Replies : 7268
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10577 Replies : 85
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 16523 Replies : 135
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30478 Replies : 186
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 9213 Replies : 70
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9237 Replies : 15
Pelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklumat Dalaman Polis.Siapakahh?
YgBenarPelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklum
Views : 1414 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 34704 Replies : 282
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 86210 Replies : 798
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 12991 Replies : 98

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.427803 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list