CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 4

Seram! Siapakah Sebenarnya Lembaga Tua Itu?

[Copy link]
Post time 9-7-2013 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Seram! Siapakah Sebenarnya Lembaga Tua Itu?

Seram! Siapakah Sebenarnya Lembaga Tua Itu? Aktiviti perkhemahan merupakan antara aktiviti yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah, universiti mahupun badan-badan bukan kerajaan.

Aktiviti seperti ini memupuk semangat jati diri disamping menerapkan sifat bantu-membantu. Namun di sebalik aktiviti perkhemahan ini, mungkin ada di antara kita pernah merasai pengalaman yang menyeramkan ketika tidur di dalam khemah berlokasikan kawasan hutan. Ia mungkin satu pengalaman yang menyeramkan. aku ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman pelajar berhadapan situasi seram apabila ternampak lembaga tua pada waktu malam di kawasan khemahnya.


Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John’s Island).  Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi meja.  Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan sebuah kipas angin berdiri.  Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan.  Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas.  Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan.  Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya.  Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya.  Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum menghilang.

Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun.  Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku.  Pada keesokan malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali.  ketika yg lain sedang dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggakan seluruh tubuh saya menggigil.

Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi.  Tetapi apabila mata saya menyorot ke arah kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak – betul betul ditempat kipas angin itu.  Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan – sama seperti kipas angin lagaknya.

Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma?  Hati saya bertanya sendiri.  Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jelas, walaupun saya berjauhan daripadanya.  Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya.  Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga.  Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu juga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
i pun pernah ada pengalaman..kat wad kanser hkl..jaga arwah mak i..masa tu i dah tido..semua 4 pesakit dlm bilik tutup tirai dorang..nurse plak gegatai tutup pintu..entah cemana ngah sedap buat ayak liur basi..i rasa mcm ada org buka pintu bilik dan agak lama ar gak dia berdiri..masa tu i takleh nak gerakkan bdn langsung..mata pun tertutup tp memang dpt rasa ar ada yg menjenguk kepala..dlm beberapa minit baru mata i bole terbuka..i pandang kat pintu tp takde plak org kat situ..huhuhu apalagi cepat2 bangun sentuh tangan arwah mak i..dan mak i plak mcm tau2 je anak dia takut..terus peluk kepala i..eh tetiba rindu kat arwah mak plak ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
alaa salah thread plak..cemana nk padam ek
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:21 AM | Show all posts
belacan_gurl posted on 10-7-2013 08:59 AM
alaa salah thread plak..cemana nk padam ek

ala..bior je...xyah dipadam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:22 AM | Show all posts
belacan_gurl posted on 10-7-2013 08:54 AM
i pun pernah ada pengalaman..kat wad kanser hkl..jaga arwah mak i..masa tu i dah tido..semua 4 pesak ...

aku pun pernah bermalam temankan saudara sakit di hospital. kebetulan katil sebelah kosong jadi aku tidur kat situ. tapi tak boleh lelap.

malam kedua kena tidur surau hospital sesorang sebab katil sebelah ada patient baru. malam tu asik dengar bunyi benda kena seret kat tempat wuduk. bila intai tak nampak apa. tapi bunyi berterusan  bila aku baring. sudahnya sepanjang malam tak lelap jugak.
yang traumanya bila lihat saudara aku nazak dan meninggal. sejak itu selama dua tahun arwah datang dalam mimpi aku. dia temankan aku dan kami bercerita seolah dia masih hidup dulu. Alfatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.429521 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list