CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3241|Reply: 12

[Tempatan] {6} Gadis? terjun tingkap kediaman dek dadah !

[Copy link]
Post time 8-4-2014 05:56 AM | Show all posts |Read mode
8 April 2014

Dungun: Seorang gadis dipercayai tokan dadah sanggup membahayakan keselamatannya apabila cuba terjun dari tingkap kediamannya di Jalan Santong Paka, dekat sini, untuk melarikan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis yang menyerbu rumah berkenaan, semalam.


Bagaimanapun, gadis berusia 22 tahun itu tidak sempat berbuat demikian apabila dihalang polis.

Hasil pemeriksaan dalam serbuan jam 11 pagi itu, polis menemui 14 straw berisi 130 biji pil kuda yang diletakkan di dalam kotak rokok di dalam poket jaket hitam yang tergantung di dalam biliknya.



Gadis berkenaan yang belum berkahwin sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut serta hasil ujian mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Sebelum serbuan dilakukan di rumah berkenaan, sepasukan enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail mengadakan operasi di bawah Jambatan Paka, dekat sini, jam 7 pagi.

Dalam serbuan itu, polis memberkas lapan lelaki berusia antara 26 hingga 42 tahun yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi memperoleh bekalan dadah dan melepaskan gian.


Selain itu, seorang suspek berusia 34 tahun yang datang ke situ untuk menjual dadah terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melarikan diri, namun dia diberkas.

Pemeriksaan polis menemui sebotol serbuk putih dipercayai heroin seberat 3.9 gram yang disorokkan di dalam seluar dalamnya dan 0.2 gram pil kuda yang dihancurkan di dalam satu straw.


Beberapa minit selepas itu, seorang lagi rakan suspek yang masuk ke kawasan itu turut diberkas. Polis menemui sebotol heroin seberat 3.3 gram di dalam beg sandangnya.

Ketiga-tiga suspek termasuk gadis terbabit disiasat mengikut Seksyen 39 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Lapan lagi suspek yang ditahan serta positif mengambil dadah jenis morfin turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.-myMetro

p/s rosak lagu `gadis Melayu'...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 07:25 AM | Show all posts
Kat kota bharu budak prempuan 16thn simpan pil kuda...siap leh ikat jamin 1500 jah..cehh ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:26 AM | Show all posts
alaaaa x mati ke? buang masa je nak penjara membazir
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 08:17 AM | Show all posts
22 tahun?
tokan dadah?
i cannot brain thissssss!

tp, ada jugak aku dengar, laki bini dok jadik tokan
siap suruh bini yg tgh sarat bunting pun pegi ngantar barang
sian budak dalam perut tu
dapat mak bapak kaki dadah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:04 AM | Show all posts
alieyrina posted on 8-4-2014 07:25 AM
Kat kota bharu budak prempuan 16thn simpan pil kuda...siap leh ikat jamin 1500 jah..cehh ..

aku dgr kat kelantan ramai jual dadah and pil kuda...pompuan pulak tu...

siap blh beli keta mahal2 and pakai hbeg branded dengan hasil jualan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:05 AM | Show all posts
napa tak mmpoih trus bdak ni??

wahhh tongkat ada pesen baru tajok tred.. 'dek'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2014 09:12 AM | Show all posts
alieyrina posted on 8-4-2014 07:25 AM
Kat kota bharu budak prempuan 16thn simpan pil kuda...siap leh ikat jamin 1500 jah..cehh ..

ikat jamin je... belum jatuh hukum lagi, bicara pun belum. pendakwa pun mintak 2500 je

budak tu kena bawah 12(2),
kalau ikutkan magistret yang dengar kes tu, biasa tengok dia bagi sikit je... macam satu kes lebih 400 bijik, kena dalam 6000 je.
satu kes, dalam 100 bijik, kena 5000...
ni pun, lebih kurang tu kot...




Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:16 AM | Show all posts
kerja yg menguntungkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 09:17 AM | Show all posts
aku pelik cemana diorg leh jumpe dadah...aku sepanjang hidup aku nih...tgk dadah pon x penah....dlm ubat tu lain lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:34 AM | Show all posts
Nak kaya cepat, jual dadah jer ler....mmg kaya. Tp pastu ke dalam la kau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:43 AM | Show all posts
huh. lalok betol pompuan neh!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:18 AM | Show all posts
wow muda belia g dah jadi pusher...pompan plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:58 AM | Show all posts
Haih. Baru 22 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.065557 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list