CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4065|Reply: 32

[Tempatan] Elak serpihan tayar dijalanraya boleh undang maut

[Copy link]
Post time 11-6-2014 10:52 AM | Show all posts |Read mode
KUBANG PASU 10 Jun - Kerana cuba mengelak serpihan tayar lori yang terbiar di jalan raya, dua maut dan tiga lagi parah dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 18.7, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Kampung Nongka, Napoh dekat sini malam tadi.
Mangsa, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Aziz Mohd., 44, maut di tempat kejadian bersama adik iparnya, Zursahira Zulkifli, 14, setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dinaiki mereka melepasi longkang selebar hampir dua meter sebelum merempuh pokok jati di tepi lebuh raya berkenaan.
Mangsa yang parah ialah ibu mertua Aziz, Khatijah Yusof, 54, dan dua anaknya. Lapan lagi mangsa lain iaitu isteri serta dua lagi anak Aziz, pemandu Naza Ria dan empat penumpang Perodua Viva hanya cedera ringan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Rahim Abdullah, kejadian yang berlaku pada pukul 10.20 malam itu bermula apabila sebuah Naza Ria dipandu seorang lelaki terlanggar serpihan tayar berkenaan menyebabkan objek itu melantun.
"Keadaan itu menyebabkan kereta Perodua Viva dinaiki empat pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta Grand Livina dipandu Aziz yang berada di belakang kenderaan tersebut cuba mengelak serpihan tayar tersebut sehingga terbabas ke kiri jalan.
"Perodua Viva tersebut tersadai di dalam longkang sementara Grand Livina itu pula terlanggar pokok jati berkenaan menyebabkan pemandunya serta salah seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Utusan Malaysia.
Difahamkan, ibu mertua Aziz iaitu Khatijah cedera parah akibat patah tulang rusuk selain luka di kepala. Dua daripada empat anaknya yang turut berada dalam kenderaan itu cedera parah, sementara, isterinya, Zuraini Zulkifli, 37, mengalami luka di kepala.
Sementara itu, pemandu Perodua Viva berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia memberitahu, keempat-empat mereka sedang dalam perjalanan ke Hospital Jitra bagi mendapatkan rawatan untuk salah seorang rakannya yang sakit telinga.
"Ketika itu kami berada di laluan kanan apabila tiba-tiba tayar itu melantun menyebabkan saya terkejut dan cuba mengelak ke kiri jalan.
'Tindakan itu menyebabkan kenderaan kami terbalik ke sebelah kanan dan terseret sehingga ke dalam longkang sebelum orang ramai datang membantu membetulkan semula kedudukan kereta," katanya.
Bapa mertua Aziz, Zulkifli Zakaria, 58, pula memberitahu kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang daripada menziarah rumah adiknya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis.
"Mereka berlapan menaiki Grand Livina sementara saya menunggang motosikal. Apabila saya tiba di susur keluar Alor Setar, saya terdetik untuk melihat telefon bimbit yang banyak kali berdering sebelum menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian ini.
"Sebelum kejadian, kami sekeluarga cukup ceria terutamanya apabila menikmati makan malam di Kuala Perlis. Apa pun, saya reda dengan pemergian menantu dan anak bongsu saya," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 10:55 AM | Show all posts
haritu mmber terlanggar serpihan tayar pun siap berpusing2 kereta...dah tu 2-3 bijik kne lepas member aku langgar..serpihan tayar ni mmg bahaya..boleh sebabkan maut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 10:59 AM | Show all posts
penguatkuasa buat apa?... yg pi benarkan lori2 pakai tayar celup ape kes?...

byk kes tayar lori yg di re-thread balik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:02 AM | Show all posts
takziah..malam gelap memang xnampak serpihan tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bahaya serpihann tayar tu... tolong la pemandu lori sekelian.. alihkan serpihan tu.. klu x ngelak pon.. tayar akn bocor
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:04 AM | Show all posts
kena saman lori yg tak tutup properly barangan mereka di belakang kenderaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2014 11:05 AM | Show all posts
haishh.....mesti laju sangat tu Grand Livina tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau pokok jati tu takder kat situ mungkin selamat ...
eh... air bag ada ker atau tak berfungsi ...
ada kereta yang air bagnya tak berfungsi jika talipinggang keledar tidak di semat ...
Jujuran laluan Lebuhraya Napoh ni lurus sehinggakan boleh menguap dibuatnya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 11:12 AM | Show all posts
adik aku pnh kene
tangki minyak jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:13 AM | Show all posts
Bahana Tayar Celup
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=492184
Post on 29-6-2010 10:18 AM

perkara macang neh ..pikahak kuaso....tak kuaso amil kisah ..hanya biloh ...oreg tersayng ...atau...VVIP kono ...baru ...lintang pukang buwek korjoh..





Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:45 AM | Show all posts
memang cilaka lori2 jahanam ni...pakai tayar apa sampai ada serpihan kat jalan???

tahun ni dah pernah kne kat highway mlm2 langgar tayar xberani nk elak... nsib baik cuma plat number je yg bersepai
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:47 AM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 11-6-2014 10:59 AM
penguatkuasa buat apa?... yg pi benarkan lori2 pakai tayar celup ape kes?...

byk kes tayar lori y ...

Kne tunggu Berita Harian buat all out kempen terhadap tayar celup bru pihak berwajib buka mata seperti mana kes tinted kereta...

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:50 AM | Show all posts
aku pernah kene, tp aku x elak sbb x perasan akibatnya melayang RM500 sbb kene tukor front bumper baru....hohorooom btol
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:51 AM | Show all posts
aku dulu bukan serpihan tayar tapi tayar sebijik tercabut dari kereta proton dkt sekinchan...
berguling-guling..nasib time tu tak byk kereta & husband aku sempat brek...
klu tak naya jer kami anak beranak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 01:58 PM | Show all posts
ibu_haritz posted on 11-6-2014 11:51 AM
aku dulu bukan serpihan tayar tapi tayar sebijik tercabut dari kereta proton dkt sekinchan...
bergu ...

syukur asben mu bwa ikut had laju, dibuatnye speed 180km/j cm UAI tu, mau tk smpt nk brek..



Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:00 PM | Show all posts
aku dh ckp dh, org malaysia patut gune enjin top speed 90km/jam aja.... mana2 kete import yg nk dibwa malaysia, ptut tukar enjin cc rendah, tarak enjin, enjin mesin rumput pon bole..psl ramai dh  bwak kete cm setan..

cmnela tk ramai yg maut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 03:09 PM | Show all posts
batmana posted on 11-6-2014 01:58 PM
syukur asben mu bwa ikut had laju, dibuatnye speed 180km/j cm UAI tu, mau tk smpt nk brek..

tulah syukur sgt2..
hr tu xsilap berhampiran restoran jejantas sg buloh prnah jdk mcm ni jgk penunggang motor meninggal mase nk gi keje sbb nk elak serpihan tayar lori

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:11 PM | Show all posts
aku pon pernah nk terlanggar motorist sbb nk elak serpihan tayar hazab..harap uncle tu memahami i pon kalut nk mengelak tayar..maaf uncle
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:52 PM | Show all posts
aku penah kena kat area jejantas Sungai Buloh ... bocor tangki minyak ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:58 PM | Show all posts
kita boleh claim kat plus kalo kemalangan disebabkan tayar bersepah di jalan ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.224693 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list