CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriastendet

DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan

  [Copy link]
Post time 18-5-2015 09:08 AM | Show all posts
tengok majalah 3 malam ni pkul 9
ada pasal pertabalan Sultan Perak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 12:52 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 18-5-2015 09:08 AM
tengok majalah 3 malam ni pkul 9
ada pasal pertabalan Sultan Perak

sama-sama kita nantikan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 12:53 PM | Show all posts
TATU Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 12:55 PM | Show all posts
Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah Kuala Kangsar sempena Pertabalan Baginda sebagai Sultan Perak yang ke 35





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 12:56 PM | Show all posts
cantik warna baju RN...

cuba fokus kat gambar TZ kat dinding tu jugak.



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 01:53 PM | Show all posts
kat klcc (kot) jumaat lepas. shopping buku



Credit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2015 01:09 PM | Show all posts
bianglala replied at 18-5-2015 12:56 PM
cantik warna baju RN...

cuba fokus kat gambar TZ kat dinding tu jugak.

aku tertarik kat bentara baju hitam tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:40 AM | Show all posts
elamor replied at 18-5-2015 01:53 PM
kat klcc (kot) jumaat lepas. shopping buku

eh bkn klcc u.. i met him dkt gardens..sorang2 je jalan..mmg i berdiri tgu kete dkt jockey parking garden..dia trun dr kete lalu depan i...ya Allah terpegun n speechless k..tk tau nk tegur ape..dia tgk senyum n tunduk jalan...aku? kaku je kat situ...hahahah sgt handsome.....rupanya g mph,..ingt dia ada meeting sape2 sbb sorang2 no body guard k...respect habis dgn raja sorang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 12:25 PM | Show all posts
suka sgt couple ni..handsome, lawa & sama2 educated..anak2 pon comelll sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:01 AM | Show all posts
bimbi replied at 27-5-2015 11:40 AM
eh bkn klcc u.. i met him dkt gardens..sorang2 je jalan..mmg i berdiri tgu kete dkt jockey parking ...

bestnya chuols dpt tgk depan2

iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah

harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:02 AM | Show all posts
bimbi replied at 27-5-2015 11:40 AM
eh bkn klcc u.. i met him dkt gardens..sorang2 je jalan..mmg i berdiri tgu kete dkt jockey parking ...

bestnya chuols dpt tgk depan2

iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah

harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:03 AM | Show all posts
bimbi replied at 27-5-2015 11:40 AM
eh bkn klcc u.. i met him dkt gardens..sorang2 je jalan..mmg i berdiri tgu kete dkt jockey parking ...

bestnya chuols dpt tgk depan2

iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah

harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:05 AM | Show all posts
hamekkkk sampai 3 kali post secara tak sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 03:44 PM | Show all posts
elamor replied at 28-5-2015 08:05 AM
hamekkkk sampai 3 kali post secara tak sengaja

excited ye uols smpai 3 posting hahahha


ye tergamam uols..iols nk tegur dlm kepala fk aku nk sebut tuanku hai ke patik suka tuanku cewah...semua tk terkeluar....tgk tk berkedip mata...hambik ko..dia mcm malu sbb iols tenung heols tp mmg hensem n mmg berkarisma..tinggi kemas jalan dgn penuh gaya.. tertib semualah...pakai pulak baju putih suar khaki yg coklat susu tu lagi la nmpak dia soft



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 08:15 PM | Show all posts
h1 replied at 28-12-2014 02:12 PM
Tuanku Zara mesti be a good swimmer, confident duduk depan boat.

tuanku zara mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 01:56 AM | Show all posts
tini95 replied at 19-6-2015 08:15 PM
tuanku zara mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Per ...



TZ ex-main convent (SMK Convent Ipoh)... one of the top girls schools in ipoh & also perak, main rival to main convent is MGS Ipoh...

michelle yeoh pun ex-main convent ipoh, tp super senior TZ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 03:28 PM | Show all posts
Agak bulan Ramadan ada tak lagi program Sultan berbuka puasa ke masjid-masjid daerah.
Dulu masa SN muda-muda sebagai Raja Muda Perak dalam tahun 80-an..ada SN melawat masjid di daerah2 mcm Hulu Perak. Berebut org kampong nak bersalam dgn anak raja yg tinggi lampai, hensem..hidung mancung...mmg ciri2 raja yang berkarisma.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 05:38 PM | Show all posts
Sultan Nazrin Shah Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM21.5j

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2014 daripada 12 syarikat dan koperasi yang berjumlah lebih RM21.5 juta.

Zakat berkenaan telah diserahkan di Majlis Penyerahan Zakat Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Belia yang diadakan di Istana Iskandariah, di sini, pada Sabtu.

Turut berkenan berangkat ke Majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Antara syarikat yang telah menyerahkan zakat berkenaan adalah Lembaga Air Perak (LAP) yang mengeluarkan pembayar zakat perniagaan terbesar dengan jumlah RM6.48 juta, dan diikuti dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) (RM5.96 juta), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) (RM3.78 juta) serta Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) (RM2.05 juta).

Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.87 juta yang telah diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Koperasi Permodalan Felda Berhad pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM328,000, diikuti dengan KPJ Healthcare Berhad (RM245,000), QSR Brand (M) Holdings Sdn. Bhd. (RM218,399) dan Telekom Malaysia (TM) berjumlah RM128,469.

Tiga koperasi yang turut membayar zakat pula adalah Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak berjumlah RM193,797, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) (RM150,522) dan Koperasi Guru-Guru Melayu Kuala Kangsar dan Hulu Perak (RM76,904).

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.









Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 05:52 PM | Show all posts
Sultan Nazrin Shah Rasmi Masjid Al-Ansar Di Meru Impian

3 Julai - IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menghadiri majlis berbuka bersama rakyat dan seterusnya merasmikan Masjid Al-Ansar di Halaman Meru Impian di sini, hari ini.

Baginda yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,seterusnya berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Berkenan berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, dan Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah.

Terdahulu, baginda yang lengkap berbaju berwarna ungu  berkenan menyempurnakan simbolik perasmian masjid itu dengan pembukaan tirai tertera nama masjid serta bacaan doa.

Baginda kemudiannya menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Puhat Mat Nayan dan barisan exco kerajaan negeri.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan hari raya bernilai RM526,200 kepada penghulu yang mewakili penduduk setempat bagi lapan mukim.

Peruntukan tersebut merupakan agihan zakat yang bakal disumbangkan kepada 2,361 penerima asnaf dan fakir miskin.

Turut disumbangkan oleh Perbadanan kemajuan negeri Perak (PKNP) sebuah van jenazah kepada pihak jawatankuasa masjid.

Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih










Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 05:56 PM | Show all posts
Majlis Perasmian Masjid Ar-Ridhuan Dan Berbuka Puasa Daerah Kerian

1 Julai - BAGAN SERAI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Ar-Ridhuan , Alor Pongsu hari ini.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.137888 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list