CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4336|Reply: 38

[Tempatan] Haram beri zakat kepada pemalas

[Copy link]
Post time 7-9-2015 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Haram beri zakat kepada pemalas
Wartawan Sinar Harian
6 September 2015


Zaharuddin

HARAM diberikan zakat kepada mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan malas bekerja, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

        Menurutnya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh yang kuat.

        “Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.

        “Maknanya pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau kamu malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu kemiskinan yang berlaku di negara ini.  

        Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan oleh anggota badan yang lemah atau cacat.

        Namun katanya, kategori mereka yang belum mendapat pekerja atau mungkin disebabkan pendapatan yang kecil, golongan itu layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.

        “Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang betul-betul bukan disebabkan ‘malas’, bukan hanya dari sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang itu hendak bersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu).

        “Mereka yang terima pemberian itu ‘halal’ melihat asas kepada penerimaannya yang sah walaupun ia wang riba atau judi, tanggungan itu hanya ke atas orang yang melakukannya,” jelasnya.

        Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam.

        “Pengangguran adalah sesuatu yang tercela, malah ia bercanggah dalam ayat al-Quran (Surah Hud ayat 61).

        “Mereka yang menganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh ba wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja.

        “Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak dengan dia, maka dia boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.
               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:44 AM | Show all posts
untung ler deme yang mendapat derma.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dh la malas pas tu bila tgk org pakai mewah skit dri die, mula x senang ati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:52 AM | Show all posts
Aku tak suka betul orang2 yg kononnya ahli agama dan pendakwah ini bila beri fatwa halal haram...bolehkah kita mendakwa seseorang pemalas hanya dengan melihat dari mata?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:57 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 7-9-2015 08:52 AM
Aku tak suka betul orang2 yg kononnya ahli agama dan pendakwah ini bila beri fatwa halal haram...bol ...

Betul tu! Kadang2 dorg ni dh keja 24 jam.. siang n malam.. tapi banyak tu je rezeki yg dia dapat.. tkkn nk kata malas kot?!

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 09:12 AM | Show all posts
Baik jadi ularmak, so dapat berniaga jus bacaan doa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2015 09:22 AM | Show all posts
ok jugak tu..aku setuju

so sapa2 amil yang tak jalankan tugas dia, mencarik asnaf2 di bawah kawasan dia pun haram dapat zakat jugak...

sapa2 kerja dgn zakat pun haram dibayar sekiranya pemalas nak turun padang carik asnaf2 nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 09:36 AM | Show all posts
leylapple replied at 7-9-2015 09:22 AM
ok jugak tu..aku setuju

so sapa2 amil yang tak jalankan tugas dia, mencarik asnaf2 di bawah kawas ...

Setuju sejuta kali!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Skit2 haram....

Ni jela kejenya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 09:58 AM | Show all posts
takut naw nak komen bab2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:10 AM | Show all posts
Ustaz ni la dok defend Islamic banking satu masa dulu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:15 AM | Show all posts
teringat dulu kat tempat aku..orang yang dapat zakat pulun pakai astro n aircond...
masa tu astro belum mampu milik lagi harga dia untuk kami yang keluarga sederhana nih...ini cerita berbelas tahun lepas kot...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:24 AM | Show all posts
tungkai replied at 7-9-2015 10:10 AM
Ustaz ni la dok defend Islamic banking satu masa dulu kan?

A'ah. Ustaz bank.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:32 AM | Show all posts


kalo orang yang kaya
raya dapat derma haram tak ?


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:32 AM | Show all posts
gaara_X replied at 7-9-2015 08:44 AM
untung ler deme yang mendapat derma.......

untung lagi orang yang memberi derma sis
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:34 AM | Show all posts
Edited by kazaraf at 7-9-2015 10:35 AM
BlueRose99 replied at 7-9-2015 08:57 AM
Betul tu! Kadang2 dorg ni dh keja 24 jam.. siang n malam.. tapi banyak tu je rezeki yg dia dapat.. ...

kalau kes mcm ko ckp tu, dia bukan kategori malas maksudnya tuan..
ni malas jenis, tubuh sihat + asyik harap bantuan org + tak kerja + harap bantuan isteri jual kuih = contohnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 7-9-2015 10:10 AM
Ustaz ni la dok defend Islamic banking satu masa dulu kan?

So apa mslh nya klu dia defend islamic banking?dh mmg bidang dia kn...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:43 AM | Show all posts
Ambil zakat dari pemalas pola macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:47 AM | Show all posts
True-X replied at 7-9-2015 09:58 AM
Skit2 haram....

Ni jela kejenya....

Memang itupun sebahagian drp tugas para agamawan, memberitahu kpd orang2 yg tidak jelas apa2 yg ada kaitan dgn halal dan haram.  Muslimin jgnlah cepat terasa dgn kenyataan trsi. Telitilah kenyataannya.  Allah benci kepada orang malas, apa lagi sesama manusia.  Rezeki Allah terbentang luas, hanya malas yg membatas. Pertolongan Allah tiada hadnya tetapi sikap yg suka meminta2 mengundang kata nista dan menjatuhkan martabatnya.  Orang yg malas tidak layak untuk disenaraikan sbg asnaf penerima zakat.  Jika dia mengambilnya maka dia sudah mengambil apa yg bukan menjadi haknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:50 AM | Show all posts
aechae replied at 7-9-2015 10:38 AM
So apa mslh nya klu dia defend islamic banking?dh mmg bidang dia kn...

Takde masalahnya..Baru baca court case pasal buat pinjaman rumah under BBA (Al Bai Bithaman Ajil) semalam..pastu baru digest thread pasal islamic banking gak..
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=635362&extra=&highlight=perbankan&page=1



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.259066 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list