CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7486|Reply: 58

[Dunia] WHO isytihar darurat antarabangsa penularan Zika

[Copy link]
Post time 2-2-2016 10:07 AM | Show all posts |Read mode
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa berikutan penularan virus Zika bawaan nyamuk, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran di Amerika.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu mengadakan mesyuarat tergempar pakar bebas di Geneva untuk menilai wabak berkenaan selepas menyedari kaitan mencurigakan antara ketibaan Zika di Brazil tahun lalu dan peningkatan bilangan bayi yang dilahirkan dengan kepala yang kecil.

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, berkata selepas mengkaji semula bukti, jawatankuasa mendapati kelompok microcephaly dan komplikasi neurologi lain adalah peristiwa yang luar biasa dan turut dianggap ancaman kesihatan awam di bahagian lain dunia.

WHO menganggarkan mungkin terdapat hingga empat juta kes Zika di benua Amerika tahun hadapan, tetapi tiada cadangan dibuat untuk menyekat perjalanan atau perdagangan. "Adalah penting untuk memahami, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil wanita hamil.

Jika anda boleh menangguhkan perjalanan dan ia tidak menjejaskan komitmen keluarga, ia sesuatu yang boleh mereka dipertimbangkan," kata Chan. Tambahnya, jika perlu melakukan perjalanan, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah perlindungan peribadi, seperti memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan ubat nyamuk. - AP


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120339



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 10:34 AM | Show all posts
bayi itu sihat dan normal cuma kepala kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:49 AM | Show all posts
Emperor95 replied at 2-2-2016 02:34 AM
bayi itu sihat dan normal cuma kepala kecil?

bila kepala kecil, otak juga tak dapat berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:52 AM | Show all posts
akan berkekalanjd mcm tu ke bayi2 kepala kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:35 AM | Show all posts
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


sumber : http://www.panduanmalaysia.com/2 ... -rawatan-punca.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga para ibu hamil & bayi terhindar dari virus zika. Cepat2 lah pergi hospital kalau dah ada tanda2 demam denggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 12:45 PM | Show all posts
indon tak perlu risau dgn virus  zika .. untung la
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
In my personal opinion,
Virus2 ni direka oleh pihak tertentu.
Mereka nak merosakkan umat manusia.

Nyamuk tu alasan mereka sahaja.
Sebenarnya virus ini disebarkan oleh udara. Depa yg cipta virus, depa juga yg cipta vaksin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 01:32 PM | Show all posts
Kesian kalau tgk bayi2 tu..cacat kekal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:35 PM | Show all posts
Zika bahayakah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 2-2-2016 01:18 PM
In my personal opinion,
Virus2 ni direka oleh pihak tertentu.
Mereka nak merosakkan umat manusia. ...

Hearsay pun ckp gitu, nnti kena beli vaksin dgn pihak yg create virus. Khabar angin la kn
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:00 PM | Show all posts
barfi replied at 2-2-2016 01:18 PM
In my personal opinion,
Virus2 ni direka oleh pihak tertentu.
Mereka nak merosakkan umat manusia. ...

sama je konsepnya sis dengan virus2 komputer
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:02 PM | Show all posts
barfi replied at 2-2-2016 01:18 PM
In my personal opinion,
Virus2 ni direka oleh pihak tertentu.
Mereka nak merosakkan umat manusia. ...

Mereka tu siapa uolss
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasa replied at 2-2-2016 02:00 PM
sama je konsepnya sis dengan virus2 komputer

Ya betul. Virus tu depa buat. Kemudian jual antivirus. Depa nak mengaut keuntungan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 2-2-2016 02:02 PM
Mereka tu siapa uolss

Kang kalo iols cakap siapa, nnt datang pulak forummer hencap iols.

Korg semua boleh fikir sendiri la siapa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:08 PM | Show all posts
Telur nyamuk pembawa Zika ni boleh lay dormant dengan aman2 selama 1 tahun
dapat saja air, even a drop..larvae terus activated gitu
katanya doctor dari Hospital Kemaman semalam, datang ikut kapal dagang

Kat Brazil, perempuan dinasihatkan utk tidak mengandung dalam  waktu 2 tahun ini
kira widespread dah penyakit zika ni kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 02:09 PM | Show all posts
barfi replied at 2-2-2016 02:03 PM
Ya betul. Virus tu depa buat. Kemudian jual antivirus. Depa nak mengaut keuntungan.

Tapi tadi saya baca virus ini utk elakkan org islam mengandung, jadi tentera mahadi pun akan berkurangan.. Tapi pesal tak anta tanah arob dulu ye? Atau ke asia tenggara dahulu? Kena benua amerika selatan yg kena dulu? Ada pulak salahkan IMR lepaskan nyanmuk kat janda baik dulu.. Hmm... Teori teori...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:10 PM | Show all posts
semoga kita terlindung dari segala bapak virus nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:12 PM | Show all posts
xAthenax replied at 2-2-2016 02:08 PM
Telur nyamuk pembawa Zika ni boleh lay dormant dengan aman2 selama 1 tahun
dapat saja air, even a d ...

Itulah katanya virus ni pun dah lama di temui, mungkin yg sekarang ni dah bertambah hebat. Itulah ada yg buduh pertikaikan nyamuk tu mana boleh hidup lama nak bawa virus terbang seberang lautang.. Bengongnyalah hai.. Kalau ikut pembacaan saya carrier nyamuk ni langsung tak ada tanda2 sihat walafiat.. N mcm awak ckp melalui kapal dagang jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 2-2-2016 02:09 PM
Tapi tadi saya baca virus ini utk elakkan org islam mengandung, jadi tentera mahadi pun akan berku ...

As I mentioned in previous post, 'mereka' ni nak merosakkan umat manusia.

Mereka nak umat manusia lumpuh, dan tak punya daya tenaga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071996 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list