CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1525|Reply: 12

Pulau Pinang Jadi Lokasi Penggambaran Filem Baharu Bruce Lee

[Copy link]
Post time 10-8-2017 03:02 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Malay Mail Online (Gambar: diri tengah, Shannon Lee)



Pulau Pinang bakal menjadi lokasi penggambaran filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.


Memetik laporan Bernama, filem berjudul 'Little Dragon' itu akan disunting di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat-China.


Menurut anak perempuan pelakon handalan itu, Shannon Lee, banyak bangunan dan perkara yang terdapat di Pulau Pinang menepati kehendak filem ini.

"Saya sungguh teruja untuk menghasilkan filem tentang bapa saya di Pulau Pinang ini."

"Filem ini berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai seorang remaja, penari cha cha dan pengaruhnya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an."


Sementara itu, penerbit bersama filem berkenaan, Tim Kwok, berkata selain Pulau Pinang, Pinewood Iskandar Studios di Johor Bharu dan Guangzhou, China, juga dipilih sebagai lokasi penggambaran.


Penggambaran bagi filem itu dijangka selesai pada Jun 2018 dan akan menemui penonton pada akhir tahun depan, tambah Kwok.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
wah ...............
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la kerajaan negeri pinang menghadiahkan gelaran Datuk kpd Bruce Lee.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat abg dia brandon lee...yg mati tertembak time shooting....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 10-8-2017 03:13 PM
Teringat abg dia brandon lee...yg mati tertembak time shooting....

Abang ke anak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gagakbiru replied at 10-8-2017 03:16 PM
Abang ke anak dia?

Abg shannon..ank bruce lee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2017 03:27 PM | Show all posts
saper pelakon utk watak ip man?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:37 PM | Show all posts

<div class="quote"><blockquote>Memetik laporan Bernama, filem berjudul 'Little Dragon' itu akan disunting di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat-China.</blockquote></div><br />

disunting tu lebih pada maksud editing.... or nak bg tau shooting...
tulis jela "menjalani pengambaran di Pulau Pinang Kebangga @pulauturle "

lama dah dok perhati wrtwn cari mmg ade kelas tersendiri... mohon masuk kelas bahasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 03:38 PM | Show all posts
"Filem ini berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai seorang remaja, penari cha cha dan pengaruhnya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an."


mksudnya dia memerli Penang ni msih mundur mcm hongkong tahun 1950 an ke apa?

sbb tu tkde penggambaran di hongkong
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:45 PM | Show all posts
batmana replied at 10-8-2017 03:38 PM
mksudnya dia memerli Penang ni msih mundur mcm hongkong tahun 1950 an ke apa?

sbb tu tkde pen ...

bukan mundur.tetapi banyak bangunan lama kat sini.x diruntuhkan pun dan dikekalkan.sebab tu la dpt perngiktirafan heritage
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
biasalah...penang mmg tapak popular utk buat gambar2 terkenal di dunia ni.

KL hanya utk low class punya movie saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:57 PM | Show all posts
palmolive replied at 10-8-2017 03:27 PM
saper pelakon utk watak ip man?

donnie yen
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 04:16 PM | Show all posts

konpiden jek ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065751 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list