CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3533|Reply: 60

[Tempatan] Alamak hanya lima orang! Himpunan protest kenaikan bahan bakar hambar.

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 01:32 AM | Show all posts |Read mode





Himpunan protes kenaikan minyak hambarSITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR, FOTO: AFIQ RAZALI
21 NOVEMBER 2017

[url=][/url]





KUALA LUMPUR - Himpunan membantah kenaikan harga minyak anjuran Pemuda Pakatan Harapan di hadapan Parlimen hari ini berlangsung hambar.
Tinjauan Sinar Harian pada pagi mendapati hanya beberapa orang dilihat  memegang sepanduk di depan khemah yang didirikan.
Ahli-ahli Parlimen dari Amanah iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin dan Datuk Mujahid Yusof Rawa turut menyertai himpunan itu pada tengahari bagi menyatakan sokongan.


Difahamkan, himpunan itu telah bermula sejak tengah malam tadi namun peserta diminta meninggalkan kawasan berkenaan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak mendapat kebenaran berhimpun.
Sementara itu, Pengarah Mobilisasi Pemuda Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataan semalam mempertahankan himpunan di hadapan Parlimen tersebut.


“Kami secara tegas menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula subsidi bahan api berjumlah RM1 billion. Subsidi sebesar ini berpotensi mengurangkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen bagi 5.4 billion liter petrol bersubsidi.


“Kerajaan harus berhenti berdalih. Tidakkah mereka dakwa ekonomi negara semakin baik? Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 berhempas-pulas meyakinkan khalayak bahawa kedudukan kewangan negara kian kukuh. Jika benar sebagaimana didakwa, kembalikan subsidi sebanyak RM1 billion. Turunkan harga minyak, sekarang,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya akan memantau himpunan tersebut dan akan menghentikannya jika peserta berarak ke Parlimen.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/himpunan-protes-kenaikan-minyak-hambar-1.760486


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
At least they're honest, xmacam sesetengah parti, ambil kesempatan lepas solat jumaat, block jalan raya dan buat2 mcm ramai yg join rally derang.

Tell you what, this 5 person ada satu gambar kenangan dalam paper at least.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn noryn aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2014 outstation ke jkt nampak orang buat demo ramai2 pasal harga minyak gak.. at least indons yg korang selalu kutuk tu dapat demo freely banding org kita
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:10 AM | Show all posts
Jangan terlalu confident. Ingat ...silent protest...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
yg lain sedang bersabar...tunggu pru ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 06:20 AM | Show all posts
Hihih. Lima ekor macai saja hadir
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:26 AM | Show all posts
dulu cakap hina malaysia banyak subsidi...skg nak kembalikan pula subsidi minyak...apa kah jadah nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 07:42 AM | Show all posts
slavehunter replied at 22-11-2017 01:47 AM
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn  ...

rugi awak...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendu dek, org penat dah berdemo sana sini. Tggu pru jah kasi mampos semua umngok BN PASampah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pprt nya dek
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:54 AM | Show all posts
keh keh keh.. yang lain-lain mungkin kerja sis.. hujung-hujung tahun ni kena simpan cuti nak bawak anak-anak jalan-jalan time cuti sekolah nanti.. koasser la nak berpanas bagai bawah terik mentari..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:55 AM | Show all posts
Lain kali upah la 20 atau 30 ringgit macam penganjur Bersih selalu buat. Baru macai lain datang ramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:04 AM | Show all posts
Mungkin mereka datang menaiki sebuah kereta kancil untuk menjimatkan minyak.........

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:12 AM | Show all posts
harga minyak masih lendah
rakyat masih mampu
kecam di socmed ...marah marah manja jer.... saja nak marah2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:17 AM | Show all posts
slavehunter replied at 22-11-2017 01:47 AM
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn  ...

mesti anda pun ala ala mcm noryn aziz kan.... single or available?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 09:17 AM | Show all posts
Pelik, orang dah anjur napa tak join. Maki-maki kat social media aja berani.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:54 AM | Show all posts
slavehunter replied at 22-11-2017 01:47 AM
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn  ...

kira dia jenis tak memilih la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aju tak nak cakap apa2 ..  padankan muka org2 melayu .  Tunggu pru .
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 22-11-2017 01:47 AM
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn  ...

Tentu awak ni cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.102276 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list