CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: trexxxxxi

[SBS] RUNNING MAN [House 6]-Every Sunday 4.50PM [Korean Time]

   Close [Copy link]
Post time 27-11-2017 01:51 AM | Show all posts
HaHa ada kat Pulau Pinang ke? Katanya dia ada konsert kat sana. Dia ucap terima kasih kat IG dia.

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 10:29 AM | Show all posts
SecretLuv replied at 27-11-2017 01:46 AM
Oo. Kwang Soo pun panas baran jugak ke? Ingatkan dia jenis main-main je. Iols nampak macam Jong Ko ...



ada jer kwn2 dia ckp..surprsingly, KJK la plg soft dan polite dlm ramai2 tu..
KJK kalo dia betul2 baran, dah byk skandal/kontroversi dia kuarr media nak2 dia pandai fight..
even masa diorg bt ranking psl baran ker tak silap dlm satu epi, KJK no.1 yg plg tak baran

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 10:38 AM | Show all posts
I rasa dalam team mana yang best mesti lah i choose team tengok buaya tu but view yang best haruslah NZ u olss. Buaya tu cam bosan juga sebab takat masuk dalam tu and tengok buaya je. Melaka pon hadoo. But NZ tu memang cannot lawan la. NZ kotttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 10:42 AM | Show all posts
SecretLuv replied at 27-11-2017 01:48 AM
Haha. Ada yang marah sebab tak banyak tunjuk team Jong Kook. Mungkin sebab team diaorang boring je ...



bukan boring cuma jenis tak berapa nak gila sgtt..lol..
harap PD tukarlaa formasi team member ni lps epi oversea ni..
bosanlaa balik2 org yg sama tuk team yg sama..
even Jaesuk pon ckp benda yg sama..


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 12:07 PM | Show all posts
Dalam episod baru ni masa kat Aussie YJS main game guna boomerang and dia disuruh repeat game lagi sekali sebab tak sebut challenge. And dia ada minta kesian kat PD dengan mengatakan Saturday show dia stopped. IC ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 01:20 PM | Show all posts
yeah... akhirnya boleh tgk jong kook dgn ji hyo kena penalti..
xsyok kalau brsmbung nie.. rasa trbantut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ainothman replied at 27-11-2017 12:07 PM
Dalam episod baru ni masa kat Aussie YJS main game guna boomerang and dia disuruh repeat game lagi s ...

i.c stopped sbb strike. Tp dah mula tayang balik mggu ni. Tapi masalahnya strike mula balik...mungkin akan hiatus semula kot kalau strike tak selesai lagi..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 27-11-2017 10:42 AM
bukan boring cuma jenis tak berapa nak gila sgtt..lol..
harap PD tukarlaa formasi team member ...

no jam team...hehe
kesian dia org sbb semua bukan jenis gila2 mcm team satu lg. iols blom tgk lg ep ni...bosan pulak dgn tema hukuman2 ni tak habis2 lg.
Iols tgk rm pon pilih2 jer skang... kalau ada guest yg iols kenal atau ep yg mcm menarik minat iols jer baru tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 03:06 PM | Show all posts
hunt_fear replied at 27-11-2017 02:56 PM
i.c stopped sbb strike. Tp dah mula tayang balik mggu ni. Tapi masalahnya strike mula balik...mung ...

alamakk jap. strike mende? tak paham dehhh

strike boling hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ainothman replied at 27-11-2017 03:06 PM
alamakk jap. strike mende? tak paham dehhh

strike boling hehe

mcm mogok atau protes kakitangan pada stesen tv kot. kalu nak tau lbh lanjut mengapa dan kenapa strike tu blaku... blh google jer strike kbs and mbc...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 26-11-2017 05:41 PM
bising satu hal..terlebih drama pon yer jgk!
pastu takat tgk boya jer kan, kat mana2 pon ...

Yup betul la uols cakap tu... nevis swing tu masuk bucket list... i suka je dua2 team tapi buaya tu macam boring sikit...setakat buaya kan... untuk episod ni memang teringin nak tengok nevis swing tu macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 27-11-2017 01:45 AM
Boring sebab team diaorang jenis tak banyak cakap macam team Jae Suk tu.

Oh patut la... Jongkook & Haha tu kan banyak cakap jugak...
Masa awal2 dulu tengok RM i pelik kenapa Jaesuk ni banyak cakap... kadang2 menyampah... masa tu i tak tau dia host sebab i tak pernah tengok kshow... biasa tengok kdrama je... lepas tu baru tau dia MC nation & realize kalau Jaesuk ni takde memang tak fun la RM ni... sebab dia la antara attraction i nak tengok RM...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 27-11-2017 01:51 AM
HaHa ada kat Pulau Pinang ke? Katanya dia ada konsert kat sana. Dia ucap terima kasih kat IG dia.

...

Patutlah nampak word Penang kat gambar ig dia... tak perasan pun caption MY tu... ada nampak fans malaysia bergambar dengan Haha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 27-11-2017 10:42 AM
bukan boring cuma jenis tak berapa nak gila sgtt..lol..
harap PD tukarlaa formasi team member ...

I pun perasan pasal team ni... asyik sama je... apasal tak nak tukar member...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:22 AM | Show all posts
Masa kat airport, Kwang Soo malu kena pakai pakaian penalti tu.
Asyik nak duduk dekat-dekat dengan HaHa dan Jong Kook.
Masa diaorang kat atas pesawat pun kena wat mission jugak.
Kelakar masa So Min tak dapat jawab soalan yang ditanya oleh PD.
Dia pergi pakai lipstick macam joker. Padahal pakai macam biasa pun dah boleh dah.
Kwang soo pun tak dapat selesaikan mission jugak. Dia kena sebut antara Croco atau Dile tapi tak boleh sebut perkataan yang sama dengan PD.
Tapi bila dia sebut Croco, PD pun sebut Croco juga.
Banyak kali dia cuba tapi asyik sebut perkataan yang sama dengan PD je.

Team Jong Kook pun kena buat mission atas pesawat jugak.
Diorang kena main Half and Half Rock-Paper-Scissors. Tapi Jong Kook punca diorang kalah.
HaHa siap buat muka tak percaya kat Jong Kook sebab boleh gagal.

Lepas dah sampai, diaorang cerita macam mana diaorang dapat nicknames baru.
HaHa ditahan imigresen sebab dia bawa pil anxiety. Kesian HaHa. Takut sangat kena buat penalti Nevis Swing sampai terpaksa bawa pil.
Jadi disebabkan itu, dia dapat nickname Ha Pills.
Se Chan pulak dapat nickname sebab ada peminat nak bergambar dgn Ji Hyo, lepas tu Ji Hyo pun ajak la Se Chan bergambar sekali.
Sekali peminat tu tanya siapa awak? kat Se Chan.
Ji Hyo cakap la dia ahli RM jugak. Tapi peminat tu tak kenal. Peminat tu siap tanya siapa nama dia.
Jadi Se Chan dapat nickname Yang No Name.
Ji Hyo pulak dapat nickname Song Kwan tTae sebab dia tertukar beg masa kat airport. Dia yakin sangat tu beg dia.

Team Australia pulak sibuk cium rambut sesama sendiri masa dalam kereta.
Diaorang cakap rambut So Min dengan Suk Jin bau busuk, tapi rambut Suk Jin la yang paling busuk.
Kwang Soo gelak terbahak-bahak sebab busuk sangat.
Sampai katanya deria bau dia dah hilang lepas hidu rambut Suk Jin.
Kwang Soo jugak ada komen pasal dia ternampak So Min dengan Suk Jin berpegangan tangan masa diaorang tidur kat pesawat.
Padahal tangan tu ialah tangan Suk Jin jugak.
Kwang Soo cakap adakah diaorang nak jadi Monday Couple yang baru.
Suk Jin siap cakap dia tak kisah, cuma So Min je la tak tahu macam mana.

Lepas tu diaoang pergi main game baling Boomerang. Diaorang kena jatuhkan tin-tin minuman yang dah ditulis nama produk kat situ.
Diaorang kena cari barang-barang ikut mana tin minuman yang tak berjaya dijatuhkan.
Kelakar masa Kwang Soo tiru gaya Suk Jin yang berlari macam berjalan je.


Team NZ pulak dapat mission hafal nama tempat terpanjang di NZ iatu, Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu.
Masing-masing ada gaya sendiri untuk menghafal. Se Chan dengan HaHa dapat part yang paling susah. Ji Hyo dapat part yang paling senang sekali.
Lepas tu diaorang kena naik bot. Bot tu pulak bukan bawa biasa-biasa je.
Lepas habis naik tu daiorang kena sebut balik nama tempat yang diaorang hafal tadi. Nasib baik semua berjaya.
Diaorang dapat chance card dan diaorang boleh pilih nak guna ke tak.
Diorang pilih nak guna. Rupanya kad yg diaorang pilih tu ialah semua ahli RM kena buat penalti Nevis Swing tu dan tak akan komplain.
Tak pasal-pasal Jong Kook dengan Ji Hyo kena buat skali.


Team Australia pun berjaya jugak dapat chance kad, tapi diaorang pilih kad yg bertulis 1 lagi ahli kena buat penalti jugak.
Suk Jin tak nak kena penalti tu, jadi malam tu masa kat hotel dia pergi telefon So Min suruh So Min yang buat penalti tu.
Tapi So Min tak layan dia dan terus letak telefon.

Esoknya diaorang nak pilih siapa antara So Min dengan Suk Jin yang akan kena penalti.
Kwang Soo dan Jae Suk akan masuk ke dalam van dulu dan siapa yang pilih van yang sama dengan diaorang akan kena penalti.
Kwang Soo dengan Jae Suk harap Suk Jin yang terpilih sebab dia selalu elak penalti je.
Lepas tu So Min dan Suk Jin pun pilih kertas yg tertulis van mana yang diaorang akan naik.
Suk Jin main tipu dia pergi ambil kertas yg So Min dah pilih tu sebab katanya dia dah buat keputusan untuk ambil apa yg So Min pilih.
Iols geram je dengan Suk Jin masa ni.
Lepas tu konfiden je Suk Jin cakap van yang So Min akan naik tu ialah van penalti sebab dia nampak ada jurukamera tengah rakam belakang van tu.
Dengan gembira dia masuk ke van dia, sekali rupanya van dia naik tu yang van penalti.
So Min pun gelakkan Suk Jin. Padan muka.



Lepas sampai kat tempat mission, diaorang kena main game untuk tentukan siapa yang akan kena buat penalti seorang diri.
Diaorang kena pakai topeng mata dan So Min akan letakkan diaorang kat posisi masing-masing.

Lepas tu diaorang kena tepuk-tepuk tangan untuk cari pasangan diaorang tu.
Tapi kesian Kwang Soo. So Min pergi letak dia kat dalam bilik air.
Akhirnya Suk Jin dengan Jae Suk yang dapat jadi pasangan.
Jae Suk dan Suk Jin yang kena buat penalti tu dulu.
Seram iols tengok bekas kaca tu. Penuh dengan kesan calar gigi buaya.
Bersambung minggu depan..












Comments

Ucapan terima kasih pada @neto  Post time 6-12-2017 08:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:23 AM | Show all posts
clara_nur replied at 27-11-2017 10:29 AM
ada jer kwn2 dia ckp..surprsingly, KJK la plg soft dan polite dlm ramai2 tu..
KJK kalo dia be ...

Oh, yeke. Tak sangka ye.
Iols ingat Jong Kook la yang paling baran sebab dalam RM selalu nampak dia macam cepat marah. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 02:26 AM | Show all posts
clara_nur replied at 27-11-2017 10:42 AM
bukan boring cuma jenis tak berapa nak gila sgtt..lol..
harap PD tukarlaa formasi team member ...

Ha'ah. Iols baca ramai juga yang cakap macam tu. Diaorang suruh tukar-tukar team. Bagi sama rata.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:27 AM | Show all posts
Choc-chip replied at 27-11-2017 05:47 PM
Oh patut la... Jongkook & Haha tu kan banyak cakap jugak...
Masa awal2 dulu tengok RM i pel ...

Samalah. Iols pun rasa tak best kalau Jae Suk tak ada. Dia kelakar sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:28 AM | Show all posts
Choc-chip replied at 27-11-2017 05:50 PM
Patutlah nampak word Penang kat gambar ig dia... tak perasan pun caption MY tu... ada nampak fans  ...

Huhu. Untung la dapat bergambar dengan dia. Iols pun tak tahu dia ada kat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:29 AM | Show all posts
aleesyasofia replied at 27-11-2017 01:20 PM
yeah... akhirnya boleh tgk jong kook dgn ji hyo kena penalti..
xsyok kalau brsmbung nie.. rasa trba ...

Tapi Jong Kook tu bukannya takut pun. Naik bot tu pun dia seorang je yang gembira. Yang lain semua dah ketakutan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.145794 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list