CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 6-2-2018 04:17 PM | Show all posts
Jika anda mempunyai jumlah aset e.g rumah, kereta, simpanan, emas, jam-jam tangan, Unit Trust, Tanah dan lain-lain berjumlah kurang daripada RM2 juta maka Akta Pusaka Kecik 1955 akan activate jika berlaku kematian, segala proses akan melalui Pej Tanah mengambil masa kira-kira +-6 bulan untuk dicairkan tetapi jika jumlah harta melebihi RM2 juta maka Akta Probet & Pentadbiran 1959 activate. Dimana proses pencairan lebih lama dan perlu melalui Mahkamah Sivil dismping memerlukan bon penjamin 2 orang yang mempunyai jumlah aset melebihi RM2 juta jugak.

Seluruh aset akan dibekukan sekiranya berlaku kematian kecuali Hibah Takaful (Insurans). Untuk mencairkan seluruh aset memerlukan kos dalam masa sama waris perlukan wang untuk survive. Maka disini keperluan hibah takaful memainkan peranan yang sangat penting. Ramai tidak tahu proses mencairkan aset bukanlah mudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 02:04 PM | Show all posts
SAYA SUKA ANALOGI BAYARAN PARKING UNTUK ANALOGI TAKAFUL

Bila parking kereta,kita mesti risau pasal saman. Sebab kita tak sure pegawai majlis akan datang atau tak. Ramai orang sebab malas nak beli tiket gores 60 sen,akhirnya terpaksa bayar saman yg dtg tiba tiba sebanyak RM30/RM50/RM150. So begitulah takaful,sebab malas fikir or nak jimat RM200 sebulan, in the future maybe you terpaksa let go RM30K/RM50K/RM150K utk uruskan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 04:32 PM | Show all posts
Terjumpa dengan seorang brother nie, tengah uruskan discharge hospital. Saya tanyalah sakit apa. Dia jawab dapat rota virus. Bermula dari anak pertama, kedua dan terjangkit kat dia. Bill kos rawatan RM14,000. Alhamdulillah ada takaful coverkan kos rawatan. Kalau tak, macam manalah nak bayarkan. Bukan seorang yang sakit, 3 anggota keluarga yang kena sekaligus. Warded 3 hari di hospital.

Saya hanya sekadar senyum dan ucapkan alhamdulillah. Harap abang nie carum takaful bukan kerna #Jampi dari ejen takaful.

Ini sajalah citer hari nie. K bye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:04 PM | Show all posts
BALIK BALIK CITE TAKAFUL

"Apa la kau mbk. Balik balik cite pasal Takaful. Takde benda lain ke kau nak post kat FB tu?" keluh seorang kawan

Apa nak buat? Bukak bukak Facebook, Istagram, suratkhabar.... Balik balik muka orang Melayu Islam kita yang terpaksa hidup meminta minta bila ditimpa bencana.. Tak suka buat persediaan awal, tapi suka sangat bergantung kepada orang lain

Dalam kebanyakan kes aku tengok, bencana tu boleh selesai kalau ambik Takaful awal awal lagi. Tapi entah la.. orang Melayu Islam kita, ambik Takaful tak sambung bayar. Kononnya rasa rugi.

Nak rasa rugi sangat, akhirnya tindakan stop bayar polisi, makan diri. Masalah dia, bukan diri dia je susah. Semua anak bini termasuk ayah ibu sendiri pun turut jadi susah dengan beban yang ditinggalkan.

Maafkan je la aku kalau nampak posting Takaful kerap muncul. Aku sekadar ingin selamatkan anak Melayu Islam kita sendiri, dari hidup suka bergantung kat orang lain 😝
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 02:31 PM | Show all posts
Bertuah bakal pengantin dapat hantaran sijil takaful sebagai lambang kasih sayang.. Hantaran paling mahal. <3

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. Dengan nilai polisi sekurang-kurangnya perlindungan RM 100,000.00 ataupun lebih, mungkin tak nampak kesan sekarang. Jika berlaku musibah, sekurang-kurangnya wang pampasan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kelangsungan hidup tanpa perlu menagih simpati pada yang lain.

Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan pening nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

#PruBSN
#Takaful
#TabungWanita
#kuasawanitadisini



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:34 PM | Show all posts
Kereta encik ada takaful tak? Rumah ada amik takaful tak? Diri sendiri mcm mana pula?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2018 11:38 AM | Show all posts
Kalau Ku Tahu

Perkataan kalau antara perkataan yg agak popular dengan masyarakat kita. Lagu pon banyak menggunakan perkataan ini.

“Kalau ku tahu mawar berduri, tidak ku petik ia dengan jari, kalau ku tahu jadi begini, rela ku hidup seorang diri”

- Tan Sri SM Salim -

~~~Takaful~~~
Kalau saya ambil, saya mati, orang lain yg kaya.

Kalau saya buat nanti boleh? Tak ada buget la

Kalau saya masuk ni untung ke?

Itulah dia masyarakat kita, kalau ku tahu bila ajal ku, kalau ku tahu bila musibah menimpa.

Haaa, kalau lah semua ku tahu, mestilah ramai jutawan di malaysia. Mesti semua ada cukup duit untuk menghadapi sebarang kejadian.

“Langit luas terbentang di mana tegak tiangnya,
Siang bertukar malam siapa yg mengaturnya,
Lihat burung yg boleh terbang ke awan entah apa la sebab nya,
Lihat ikan di sungai dan di lautan entah bila kah tidurnya,
Bulan bintang di mana punca cahaya siapa menentu kan nya,
Di dunia ini kita dilahirkan entah bila pula perginya”

Kepada semua jangan berkalau, rancang perjalanan persaraan anda dengan sempurna.

Derita sang pungguk berhati galau,
Kerana menanti bulan purnama,
Jangan selalu berkata kalau,
Kelak derita akan menjelma.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 10:23 AM | Show all posts
Mak cakap, kalau mak dah tak ada, duit Takaful nanti beli COWAY dan letak di surau.

K bye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 04:02 PM | Show all posts
Ada prospect tanya, “Medical card ini ada savings tak?”

I jawab, “Bila sakit dan jumpa doctor, dia tak kan tanya berapa savings yang awak ada. Dia tanya, medical card ada tak?”
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 03:46 PM | Show all posts


Tahukah anda, jika anda mempunyai polisi Takaful Perubatan mahupun polisi nyawa, anda layak untuk mendapat PELEPASAN CUKAI sebanyak 9,000.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 12:11 PM | Show all posts
Sindrom bapak-bapak

Saya petik sebahagian dari status Zaid Zolkipli

Baru baru ni, korang mesti perasan kan ejen insurans duk promote hibah hibah. Amenda la hibah. Insurans je kan senang. Sebenarnya sama je konsep hibah dan insurans nyawa. Cuma hibah ni islamik. (dan direct kepada pasangan)

Untuk ketua keluarga, saya menitik beratkan untuk ambik hibah. Ada hibah serendah rm50 sebulan. Ada yg rm100. Saya mencarum hibah rm100, dimana jika saya meninggal sebelum berumur 80 tahun,atas apa apa sebab kematian, isteri saya akan menerima rm150 000. Semakin tinggi caruman, semakin tinggi nilai hibah yang diterima, sehingga jutaan ringgit.

Kekurangan hibah ialah, kalau kita sakit, dia takde medical card yang boleh cek in hospital swasta 5 bintang dan duduk 1 bilik sorang sambil tengok saluran tv satelit. Hibah khusus untuk perlindungan selepas kematian. Sakit demam accident apa semua masuk hospital kerajaan. Lagipun servis hospital kerajaan sekarang terbaik. Subsidi lebih 90%. Murah kan

Lagi satu, hibah juga ada pelaburan. Bermakna selepas beberapa tahun, akan akan nilai yang diberikan. Sebagai contoh, plan hibah saya menganggarkan selepas 30 tahun, ada nilai tunai sebanyak rm20000. Tak kisah la kita masih hidup atau dah meninggal dunia. Saya boleh keluarkan untuk apa apa kegunaan. Ia bersamaan rm666 setahun ataupun rm55 sebulan. Not bad kan. Kita bayar rm100 sebulan, dalam masa yang sama kita 'paksa simpan' rm55 sebulan. (ada company yang bagi extra cash rm80000 untuk caruman rm155 sebulan)

Zaman semakin pantas. Setiap ketua keluarga mesti ada caruman hibah. Biarlah kita tak mampu nak bayar medical card rm200-300 sebulan sakit nak masuk hospital swasta. Asalkan kita boleh tinggalkan sedikit duit untuk keluarga. Cumanya, nak taknak kena asingkan sekurang kurang rm50-100 sebulan untuk mencarum hibah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:39 AM | Show all posts
"I terpijak nail clipper. Darah banyak keluar. Boleh claim tak?"
#AMR
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:59 PM | Show all posts
Salam, nak tanya soalan pada agent2 insurance di sini yg mungkin boleh membantu.

Maaf sy tak mampu nak selak satu2 page, jadi tak pasti kalau org lain dah tanya soalan yg sama tak.

Sy bercadang untuk ambil health insurance. Saya punya rekod terdahulu (cysts - di skala tidak merbahaya, tidak menyebabkan cancer mengikut kata doctor dan muncul hanya setiap kali menstrual time. punya rekod dari hospital).
Pihak insurance offer plan with "exclusion clause". Makna nya segala berkaitan dgn cyst, atau apa2 rawatan dan komplikasi tidak termasuk dlm plan.

Soalan saya, utk kes seperti ini boleh tak sy insist utk dpt full coverage jugak?

Mohon pandangan.

Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mya^ixoRa replied at 2-4-2018 12:59 PM
Salam, nak tanya soalan pada agent2 insurance di sini yg mungkin boleh membantu.

Maaf sy tak mamp ...

Hi mya^ixoRa,

Untuk kes you, once dah exclusion dari pihak insurans, means cyst dan any komplikasi yg berkaitan dah tak cover. And  kalau appeal atau insist pun, pihak insurans akan still kata exclusion. Kerna cysts boleh datang balik.
Terima kasih sudi bertanya di forum nie.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 09:26 AM | Show all posts
mbk replied at 3-4-2018 07:36 AM
Hi mya^ixoRa,

Untuk kes you, once dah exclusion dari pihak insurans, means cyst dan any komplik ...

Hi mbk, thanks for your reply.

Oh okay faham. Boleh tanya lg tak. Since mengikut kata doc cyst tersebut tidak menyebabkan cancer. Katakan lah (harap dijauhkan) satu hari nanti sy mendapat cancer, adakah insurance akan cover? Mcm mana cara utk sy pastikan ye.

Atau, boleh tak sy cancel ambil plan insurance tersebut (belum sign lg) dan bertukar ke insurance company lain. Dan sy tak declare apa2 history sy berkaitan dgn cyst tersebut.

Mohon pandangan.

Terima kasih byk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbk at 3-4-2018 08:27 PM
mya^ixoRa replied at 3-4-2018 09:26 AM
Hi mbk, thanks for your reply.

Oh okay faham. Boleh tanya lg tak. Since mengikut kata doc cyst  ...


Sama-sama. Saya jawab soalan setakat yang saya mampu.

Kalau dah ada cyst dan kemudian didiagnose ada cancer, pihak Takaful atau insurans akan cover. Untuk pastikan ia cover mya^ixoRa kena tengok dalam buku polisi ada clause bahagian penyakit kritikal , clause medikal kad, clause hospitalization dan bahagian pengecualian. Untuk cover kanser dalam tuntutan penyakit kritikal, kena ada syarat. Yaitu kanser kena virus sudah malignant. Manakala untuk medikal kad, any treatment due to kanser or baru nak jadi contoh karsinoma in situ breast, medikal kad akan cover.

I'm not advice to cancel current polisi dan ambil polisi baru jika manfaat yg ditawarkan adalah sama. Saya takut jika Kita dah ada Jika cyst sebelum in dan pernah claim dari current polisi kemudian closed this insurans Dan ambil yg baru, polisi baru akan exclude cyst tue. Kiranya kita dah rugi disitu. Jika polisi baru itu offer berlainan manfaat, saya sarankan ambil second polisi (cth, takaful wanita jika berkemampuan).

Jika polisi itu belum sign n nak cancel ambil yg baru, boleh. Tiada masaalah. Saya sarankan untuk sis declare penyakit cyst itu. Ini kerana pihak insurans ada private investigator sendiri dan boleh korek history medical health dari report Dr ( pihak insurans akan mohon Dr jawab soalan health questionaire). Dan Dr akan jawab dengan jujur sekali. Jika x declare, on future potensi nak dapat non disclosure case akan berlaku. Once berlaky, pihak Takaful atau insurans akan pulangkan balik semua duit yg Kita bayar (syarikat Tak akan teragak-agak terminate polisi) kernan Jon disclosure issue.

Saya dah pernah dapat non disclosure case, polisi llien Saya diberhentikan serta merta. Kenapa syarikat buat macam nie? 1. Takut fraud 2. Sudah Ada future risk disitu. Kalau declare awal2, Non disclosure case Tak akan berlaku.

Ada setengah case mengenai cyst, mereka declare n pihak Takaful approved polisinya. Kiranya cyst mereka cover. Kalau cyst yg kecik x melibatkan operation, insya Allah takaful akan cover seadanya.

Maaf, pencerahan Saya cukup panjang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 03:17 PM | Show all posts
mbk replied at 3-4-2018 08:17 PM
Sama-sama. Saya jawab soalan setakat yang saya mampu.

Kalau dah ada cyst dan kemudian didiagn ...

Terima kasih byk utk info yg sgt jelas.
Semoga tuan di murahkan rezeki. Aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mya^ixoRa replied at 5-4-2018 03:17 PM
Terima kasih byk utk info yg sgt jelas.
Semoga tuan di murahkan rezeki. Aminn..

Amin. Puan juga moga dipermudahkan segala urusan. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 10:11 AM | Show all posts
Seorang client decide utk hentikan polisi takaful beliau selepas beberapa tahun diambil atas sebab komitmen yang bertambah. Tapi selepas berbincang dengan ejen, beliau tak jadi nak berhenti.

3 bulan kemudian, client tersebut terlibat kemalangan jalan raya, kos rawatan pembedahan dan kemasukan besi utk cantumkan tulang semula adalah sebanyak RM15,000.

Alhamdulillah mujur ada Takaful bayarkan kos tersebut.

Kalaulah sebelum tu client tersebut teruskan juga utk berhentikan polisi takaful beliau&#128546; Dengan komitmen yang bertambah, dan tambah lagi kos segera sebanyak RM15,000 yang diperlukan&#128546; Nauzubillah.

Jangan pernah tinggalkan takaful anda.

#takafulforall
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 04:47 PM | Show all posts
Saya nak ambil peluang sini untuk kongsi

HIBAH IALAH HADIAH KEPADA ORG YG TERSAYANG bagi yang blum pernah dengar apa itu hibah. Ada tak para suami sini dalam forum nie yang masih belum tau dan nak tahu dan memang nak buat kan hibah utk isteri, anak dan family? Boleh tanya saya terus ya. Buatlah hibah sementara masih sihat. Jangan tunggu atau tangguh sebab kita tak tahu apa akan jadi ESOK.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.088623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list