|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
KulitKayuManis replied at 4-6-2018 09:10 PM
Budak ni yg katanya bff arwah.kawan satu sekolah, rapat sampai tido rumah sekali dkt johor...pelik
Bukan sis,izzul akhtar ni roommate hairi,najib,luqmanul,alif farhan@apapan...izzul akhtar pun ada ckp dia x rpt dgn arwah,just tegur2 gitu jer...yg kawan sekolah menegah n pernah tidur kat rumah arwah,nama dia ilham..maybe 26-29 ni ilham tu akn bagi keterangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak tergantung la statement izzul ni..pas dier tengok xkan dier xde masuk dah dlm bilik dier?xkan dier xde ambik tahu or cari arwah kalau takot skalipun..xde org pergi court ke nk cite details..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Zulfarhan mengadu dipukul rakan kerana dituduh curi ‘laptop’ – Teman wanita
June 5, 2018
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Teman wanita kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya tahun lepas, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mangsa pernah mengadu yang dia kesakitan kerana dipukul oleh rakan-rakannya.
Nurul Syuhada Md Jamean, 22, penuntut tahun akhir UPNM jurusan Sumber Manusia, berkata Zulfarhan Osman juga memberitahunya melalui panggilan telefon yang dia dituduh mencuri komputer riba milik tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal.
“Dia (Zulfarhan Osman) kata dia sakit. Dia nak beritahu sesuatu, dia kata jangan beritahu orang lain…dia beritahu kena pukul. Dia dituduh curi ‘laptop’. Saya tanya betul ke dia (Zulfarhan Osman) ambil laptop itu, dia kata bukan dia curi, tapi kawan-kawan kata dia mencuri,” katanya dan menambah bahawa Zulfarhan Osman tidak memberitahu di mana dan bila kejadian pukul itu berlaku.
Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraan hari kesembilan kes itu di sini, hari ini.
Nurul Syuhada berkata dia bertanyakan Zulfarhan Osman siapa yang memukulnya dan mangsa memberitahunya “ramai” namun tidak menyebut nama individu tersebut.
Saksi itu berkata Zulfarhan Osman juga mencari seseorang yang boleh membantunya mencari komputer riba itu dan ada meminta pertolongannya untuk memberitahu perkara itu kepada ibu Nurul Syuhada.
“Pada mulanya saya tak beritahu terus pada mak saya sebab saya tak rasa mak boleh tolong, tapi bila saya fikir mungkin dengan cara ni (beritahu mak) saya boleh tolong dia (Zulfarhan Osman), jadi saya hubungi mak saya,” katanya.
Nurul Syuhada berkata ibunya bagaimanapun bertanya mengapa tidak membuat laporan kehilangan komputer riba itu kepada pihak atasan lalu dia memberitahu Zulfarhan Osman memintanya supaya tidak memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa Zulfarhan Osman.
Selain itu, Nurul Syuhada berkata beberapa hari selepas panggilan itu, dia ada berjumpa dengan Zulfarhan Osman di dalam sebuah kereta di hadapan Blok Tuah, UPNM selepas maghrib pada 26 Mei 2017 dan ketika itu tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, dan tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat, juga berada di situ.
Saksi itu berkata, pada pertemuan terakhir sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun, teman lelakinya itu memakai baju T berwarna putih dan kain pelikat dengan kedua-dua tangan mangsa kelihatan bengkak.
Menurutnya dia ada bertanya kepada Zulfarhan Osman sama ada keadaannya ‘okay’ dan Zulfarhan Osman berkata dia hanya mengalami lebam dan akan berehat.
Zulfarhan Osman turut memberitahunya dia tidak akan pulang ke kampungnya di Johor Baharu pada cuti UPNM selama tiga hari bermula 27 Mei 2017 kerana akan mengikut rakan-rakannya namun tidak pasti ke mana selain berpesan kepada saksi itu supaya menjaga diri.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Jun ini.— Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
syuhada tu jadi saksi rupanya.dah setahun dah ye.masih rasa sakit hati bila baca |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu sekali diorg bukan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Joehanna replied at 5-6-2018 03:14 PM
Bukan sis,izzul akhtar ni roommate hairi,najib,luqmanul,alif farhan@apapan...izzul akhtar pun ada ...
Ohh silap...sorryy lupa laaa...izzul tu yang tintaseorangpemuda tu kan..hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
KulitKayuManis replied at 5-6-2018 07:12 PM
Ohh silap...sorryy lupa laaa...izzul tu yang tintaseorangpemuda tu kan..hahaa
Bukan laa sis itu Fitri. . |
|
|
|
|
|
|
|
Jeasabri replied at 5-6-2018 09:48 PM
Bukan laa sis itu Fitri. .
Silap lagi nampak sangat dah lama tak stalk hahaa maappp sekali lg salah orang |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dengan adanya menteri pertahanan dan ketua hakim negara yang baru ni .... peluang arwah utk menang kes semakin cerah ... dan semoga budak2 pembunuh (dituduh) akan menerima balasan setimpal .. hutang nyawa di bayar nyawa .... tapi semoga depa dipenjarakan sepanjang hayat .. tak payah hukum gantung sampai mati .. supaya panjanggggggg seksaan mereka atas dunia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai nampak ada budak2 lain yg dilepaskan tu update drg kat high court jugak... blm beri keterangan ke paper tak report... tak kan rini si syu sorang je... |
|
|
|
|
|
|
|
queenhua replied at 5-6-2018 11:25 PM
Ai nampak ada budak2 lain yg dilepaskan tu update drg kat high court jugak... blm beri keterangan ke ...
Hari ini perbicaraan separuh hari jer..lawyer okt 1&2 minta tangguh...harini sempat izzul akhtar &syu jer..syu pun belum habis bg keterangan,bersambung pada 26aribulan nanti..budak2 yg bebas, baru izzul akhtar jer bg keterangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Joehanna replied at 6-6-2018 12:45 AM
Hari ini perbicaraan separuh hari jer..lawyer okt 1&2 minta tangguh...harini sempat izzul akhtar & ...
Ooo..patutla... uols gi court semalam?
Semua budak2 yg dilepaskan datang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa pas ni mesti mubin n geng2 yg bebas dlu akan beri keterangan. kesian fmly arwah. dh msk tahun kedua raya tanpa arwah. hrp ade pengadilan nti. betul tak pyh gantung smpai mati pn xpe. dpt penjara seumur hidup pn dah ok sgt dah. merasa la sbb kau dera org. member sdri plak tu. tp mmg npk sgt OKT control arwah 100%. smpai gf jmpa pn dorg ikut skli. OKT ni bukan rasa brsalah ke ape tp dorg ni lbh kpd nk selamatkan diri msg2 sbb cuak tgk condition arwah dh teruk sgt. OKT risau arwah akan bgtau sesape |
|
|
|
|
|
|
|
nampk aufa aiman update dier pergi court jgk smlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye keluar jugak si syu ni erk
tp logik akal la
ko da nampk tgn bf ko bengkak, tu pun xreti nak buat report?
call parents bf ke?
ke memg diorg ni da biasa sgt budaya buli pukul memukul ni?
sampai keras sgt hati tu |
|
|
|
|
|
|
|
adik arwah x update ke psl prosiding smlm |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 6-6-2018 11:50 AM
adik arwah x update ke psl prosiding smlm
Belum ada lagi update dari adik arwah..busy agaknya..rasanya dia baru start practical |
|
|
|
|
|
|
|
oo patut laa. tertunggu2 jgk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|