CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 10

“Singapura Kaya, Takkan Nak Beli Bawah 10sen Kot...” Malaysia-Singapura Tegang K

[Copy link]
Post time 14-8-2018 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Sebut saja mengenai 'air', ia sudah cukup untuk mencetuskan perseteruan lama antara Malaysia dan Singapura.




“Kan Singapura Kaya, Takkan Nak Beli Bawah 10sen Kot...”






Selama lebih setengah abad Singapura bergantung harap pada bekalan air mentah daripada negara kita, kini perjanjian itu 'terancam' seiring dengan kehendak Malaysia yang ingin menampung beban hutang negara.


Situasi ini menjadikan hubungan antara kedua-dua negara kembali tegang.



BACA JUGA: Tun M Mahu Naikkan Harga Air Ke Singapura 10 Kali Ganda




Menurut laporan Associated Press (AP), semalam Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya ingin menaikkan harga jualan air mentah kepada Singapura sehingga lebih sepuluh kali ganda berbanding kini yang hanya dijual pada harga 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.


Susulan itu, pelbagai reaksi diberikan netizen dari kedua-dua negara berhubung isu perjanjian air ini.



Perjanjian berat sebelah

"Agak-agaklah, takkan nak kekal 3 sen untuk setiap gelen dalam keadaan sekarang ni," komen netizen.








Dalam masa sama, segelintir netizen mempertikaikan mengapa Malaysia perlu mendapatkan bekalan air terawat daripada Singapura.



Malaysia tak boleh proses air terawat sendiri?








Sementara itu, tindakan Tun M menggesa penyemakan semula perjanjian itu sangat dipuji sebilangan rakyat yang sebelum ini berasa bagai 'ditindas' pemerintah terdahulu.




Jangan main-main dengan Tun M!

"Berbelas tahun kita 'tunduk' kepada Singapura, baru kali ni boleh angkat kepala sikit," luah netizen.








Pun begitu, isu ini turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran yang mempertahankan pendirian pemimpinnya untuk tidak tunduk dengan permintaan Malaysia.




Malaysia, jangan main-main dengan Singapura!




Kredit foto: Twitter




Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan tindakan pemimpin pada 1987 yang menolak untuk melakukan semakan semula harga air.


Bagaimanapun, beberapa netizen membidas kritikan itu dengan mendakwa tidak adil jika hanya Tun M dipersalahkan tanpa membabitkan dua bekas PM sebelum Tun kembali berkuasa iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.


Apa pula pandangan pembaca berhubung isu ini? Adakah anda bersetuju dengan Tun M untuk menaikkan harga air itu? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa wartawan cari sekarang ni suka buat artikel pastu tempek screenshot tweets atau fb comments netizen?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 05:29 PM | Show all posts
takyah heran kalau tetiba raja selatan berbunyi...heheh.
Dulu lagi tunM masa dia PM-4 dah usulkan pasal ni, tapi digagalkan oleh raja selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 07:09 AM | Show all posts
Kalau singapura naikkan harga air terawat ultra murah yang mereka jual kepada johor sebagai balasannya pihak malaysia boleh terima tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 08:39 AM | Show all posts
fofuler replied at 14-8-2018 04:29 PM
Kenapa wartawan cari sekarang ni suka buat artikel pastu tempek screenshot tweets atau fb comments n ...

dan juga screenshot dari ig...i kenot brainzz
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 08:59 AM | Show all posts
Pemimpin belum berjumpa, netizen lebih2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2018 11:07 AM | Show all posts
lakukan yg terbaik untuk negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah tun m buat mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
precious_chicas replied at 14-8-2018 05:29 PM
takyah heran kalau tetiba raja selatan berbunyi...heheh.
Dulu lagi tunM masa dia PM-4 dah usulkan  ...

Demi kepentingan $$$$$$$$

Iols masih x faham org selatan yg duk sanjung sultan selatan yg sorg ni. Iols pn johorean tp koserrrrr lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 01:26 PM | Show all posts
Mereka lebih rela minum air kumbahan (NEWATER) dari bayar lebih kepada Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri yg bingai buat perjamjian
Pastu dok meroyan kat brilliant Spore chinese
Tau ke tak bisnes ni hanat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197508 Replies : 4564
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4536 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053688 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list