CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22301|Reply: 202

Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

  [Copy link]
Post time 30-10-2018 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/30/zulin-aziz-baju/

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2018 2:14 PM


Sabarlah Zulin... Allah lebih tahu rahsianya tidak menemukan kamu dengan pemuda itu.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz meneruskan rancangan mengadakan sesi 'perkahwinan' biarpun tanpa seorang lelaki selepas hubungannya dengan kekasih berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik bagi diabadikan sebagai kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.

"Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah.

"Aku bahagia pakai baju kahwin tanpa menjadi isteri kepada lelaki yang salah. Lagi bersyukur duduk atas pelamin seorang daripada duduk di situ sebagai isteri kepada lelaki yang salah," tulisnya.


Zulin syukur tidak menjadi isteri kepada lelaki yang salah.

Pada 7 Oktober lalu, Zulin mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

Tambahnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Sementara itu, Zulin berkata, dia tidak membenarkan ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran muzik video tersebut bagi mengelakkan mereka sedih.

"Kakak (ganti namanya) tahu mama nak sangat tengok kakak kahwin. Kakak sudah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada. Nasib tak berapa baik kakak jumpa orang yang salah lagi.

"Hari ini ada lelaki menjadi punca mama nangis sedih. Tapi satu hari nanti akan ada lelaki jadi punca mama nangis gembira sebab dia boleh jaga kakak baik-baik," ujarnya.

Tambah Zulin, lagu dan video muzik istimewa itu hanya akan dilancarkan di Youtube sahaja sebagai kenangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
i think this is tengin
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 30-10-2018 11:00 PM
i think this is tengin

tengin tu apa

kadang kesian, tapi bila berlebih2 gini rasa nyampah lah pulak, mcm kn dia sorang je kat dunia ni yg tetiba kena kansel kawin
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:03 PM | Show all posts
apasal tak kensel je terus.
dia buat macam ni nanti orang ingat dia dah ting tong pula.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
baru 28 tahun...oh come on..whats d purpose sure for self satisfaction je ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:11 PM | Show all posts



yuppp .... memangg tenginnnnnn !!!

kejadahan apakah?
macam tak betul pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 30-10-2018 11:02 PM
tengin tu apa

kadang kesian, tapi bila berlebih2 gini rasa nyampah lah pulak, mcm kn dia soran ...

Bahasa org perak makna bodoh

b. Tengin bebeno
Maksud: terlalu bodoh
Contoh ayat: Tengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu.
(Terlalu bodoh mereka yang cuba merampas kuasa di Somalia itu)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Shooting kan nih..mmg nampak mcm majlis kawen real, pengantin laki jelah tknampak bayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x jadi, knp buat majlis.. pelamin catering dah order ker..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak desperate sgt nih wlpun shooting
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bullshit. Aku speku dia mmg nak buat mcm Dayan Trisha tu. Tp takde siapa nak ambik tau sbb dia setakat Zulin Terdampar. Dan2 family tak dtg. Bulllllsssshhhhiittttt. Lepas tu nampak nau2 post kat youtube nak collect view. Lantoklah ko terdampar hoi. Nak buat gimik tak jadi. Sila meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde la sesedih perempuan yg ditinggalkan oleh pemain bola sepak kedah bbrp tahun dulu..x silap nama laki tu hasmawi. Kenduri dh mula dh..tggu punya tggu, pengantin laki x dtg. Terpksa la ubah jd kenduri doa selamat je..mmg haru btl.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
28? I tot she is 30+ something
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya ... sanggup tebalkan muka ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:33 PM | Show all posts
cuba nak kesian tapi mcm tak sampai la rasa tu.  Mcm attention seeker pun ada. Grow up babe!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih zulin.  Ko dah kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapar perhatian la minah terdampar ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gimik je sebenarnya ni.. ko buat lah gimik mcm mana sekalipun julin trdmpar oiii, tetaplahh sendu n ppr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg speechless dgn org yg takda rasa segan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia ni nak sangat kahwin????
Dari dulu lagi asyik cerita nak berlaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.759100 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list