CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

  [Copy link]
Post time 31-10-2018 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih la aku tgk pompuan camni...desperate sgt nak kan perhatian
Tlg la sapa2 ambik dia jadi bini. Kemaruk nak berlaki sgt dah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pathetic...

Sile move on
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:11 AM | Show all posts
zulin boleh tak jangan memalukan diri.
(xkisah la ni gimik ke x)
jagalah maruah sendiri dan family.
teruk sangat ka status belum berkahwin?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
syidasaleh replied at 31-10-2018 12:06 AM
Dan punca org hencap lelaki bernama mawi kan? Lelaki tu kahwin lari dah kt siam dgn kekasih hatiny ...

Dan sejak kes tu la baru tahu rupanya kes2 macam tu pihak pompuan boleh saman pihak lelaki. Kejadian sama berlaku kat bestfirend aku, hampir2 nak kawen segala persiapan dah buat, jantan buat hal. Dia takde cakap banyak meratap merayu, saman terus di mahkamah, fight for her right. Menang.

So kalau betul teraniaya tak payah la sebegini sekali. Pada aku sungguh la tak classy. Tapi rasanya mmg nak buat gimmick je ni, malangnya tak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gimik, memang sedih sebab takde sape kisah. Kalau real, memang kesian tapi lagi menyampah dari kesian. Kau dah kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:34 AM | Show all posts
rasanya zulin ni ada agreemt dgn butik ni utk promot baju
so kena la proceed gak wpon x jadi kawin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 07:38 AM | Show all posts
kwn iolls penah kansel kenduri kawen lg smggu dua gitu sbb laki buat hal..sume preparation dh siap..tp die kanselkan je la ..takde la nak smbung sanding sorg2..
baju kawen tu die simpan,pakai time die kawen lepas beberapa thn kuciwa kene tipu tu..
dh ko kenapa zulin..lek2 sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:43 AM | Show all posts
Katanya shooting. Ker iols silap pemahaman?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo betul kau mmg psiko attention seeker la zulin. Selayaknya xde org brani buat bini. Bknnya laki tu kensel 1hari sebelum kawin. Kalo gimik mmg sedihlah sbb org cuma anggap kau  pompuan desperate je  
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masa majlis tu tak turn out bolehlah faham. Ni dah tahu awal kan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe mmg wujud sejenis perempuan yg lps baligh je terus pikir nak berlakikan. Nak menggesel n x sbr nak beranak pinak gitu! Merenyam kot eh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:16 AM | Show all posts
amira_adlina replied at 31-10-2018 02:03 AM
Hasmawi hassan nama player tu..iols mmg suke bola..mmg kenal dan ingat sgt cerita tu, lps kejadian ...

lebih berminat nak tahu cerita hasmawi ni berbanding zulin terdampar ni... hasmawi tu dh kawen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:17 AM | Show all posts
tak pernah suka dia. sejenis poyo
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:18 AM | Show all posts
cukup2 la cerita tak jadi kawin ni zulin oiiii...
jaga maruah awak tu sbg pempuan..
bersyukur la tak jadi kawin sekarang dari sakit hati, bergaduh & bercerai berai kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan desperate sangat dik, kesian orang tengok
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols kata bukan gimik..tp kenapa iols rasa semakin terasa gimik tu..
kronologi : x jadi kawin + ada lagu yg dh lama siap konon utk bakal hubby + buat juga majlis sambil buat mv lagu = ramalan : post kat youtube (dgn hrpn lagu meletop)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 08:24 AM | Show all posts
merempan tak habis-habis zulin ni..
jangan downgrade diri tu boleh tak
kau yang canang satu dunia siap resign kata nak kawen lagi..
lepas tu bila tak jadi ujung-ujung act macam ko ni victim pulak..
wake up makcik!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:28 AM | Show all posts
ada 1 video kekonon kawan dia call2 pihak lelaki,nampak fake nau2..

tak kesah la gimik ke nk promot brg org ke jagan lan desperate smpai gni..dunia belum berakhir..bila kau putuskan akuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 31-10-2018 01:53 AM
Aku siap Google lagi nak cari artikel player ni, tahun 2004 tu kau ingat lagi ye

Hahaha.. harus la iols igt.. lama gak media cover citer tu..sbb tu blh igt sampai bila2..hehehe..pengantin perempuan lawa je..nurse x silap. Nangis2 pakai baju pengantin huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts

Hasmawi hilang selepas SMS batal nikah
Oleh: NAZARUDIN SHAHARI
ALOR STAR 20 Dis. - Striker bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan yang tidak kunjung tiba di hari pernikahannya dan kemudian bertindak membatalkan perkahwinan itu dengan seorang gadis melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Jumaat lalu - kini menghilangkan diri.

Lebih malang kedua-dua keluarga kebingungan.

Keluarga perempuan mendesak keluarga lelaki memberikan penjelasan.

Malah sanak saudara dan rakan-rakan sepasukan semuanya sedang sibuk mencari dan mengesannya.

Semua pihak terpinga-pinga dengan tindakan `drastik' yang diambil oleh pemain berasal dari Bukit Mertajam itu.

Majlis kenduri di rumah bakal pasangannya di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang itu terpaksa diteruskan kerana kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Bapa Hasmawi yang tidak mahu namanya dinyatakan ketika ditemui Utusan Malaysia di BUKIT MERTAJAM meminta maaf secara terbuka kepada keluarga perempuan di atas perbuatan anaknya itu.

Sementara itu, bapa keluarga perempuan pula, Abdul Rahman Mansor, 54, meminta keluarga Asmawi datang menemuinya menjelaskan dengan lanjut perkara tersebut.

``Tolong hantar wakil untuk menjelaskan kenapa perkara ini jadi begitu,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di KLUANG, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, jika keluarganya mengetahui lebih awal mengenai pembatalan majlis perkahwinan itu, kenduri tersebut akan tetap diteruskan tetapi hanya sebagai majlis doa selamat sahaja.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang, Rahman berkata, ia akan difikirkan kemudian.

Hasmawi dikatakan mengambil cuti selama beberapa hari daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk berkahwin.

Utusan Malaysia yang menghubungi rakan sepasukannya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli diberitahu mereka semua tidak mengetahui di mana dia berada.

``Kami semua pun tengah cari dia, semalam dia tak turun berlatih,'' katanya.

Pemain itu bertindak membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis Norlida Abdul Rahman hanya menerusi SMS, Jumaat lalu.

Norlida, 23, menerima SMS bertulis ``Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa'' - 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada pukul 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS tersebut.

Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain berkata, tindakan pemain bola sepak Kedah itu membatalkan perkahwinannya dengan hanya menghantar SMS adalah perbuatan yang tidak mengikut adat resam rakyat negara ini.

Katanya, jika benar perkara itu berlaku, ia adalah satu perbuatan yang pelik kerana cara tersebut tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu di dunia ini.

``Kita kena siasat dulu. Mungkin ada masalah lain yang kita tidak tahu. Pada masa ini kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku,'' katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Pusat Jualan Terus Jabatan Pertanian Negeri Kedah atau Segarmart di Teluk Chengai, Jalan Kuala Kedah, di sini hari ini.

Secara peribadi, katanya, sekiranya seseorang individu itu enggan meneruskan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan, mereka sepatutnya berterus terang mengenainya dan bukan menggunakan cara-cara yang tidak betul sehingga memalukan pihak yang sepatutnya dikahwini.

``Saya rasa semua orang boleh menerima dengan reda sekiranya kita tidak mahu meneruskan hasrat untuk berkahwin tetapi ia mesti dilakukan mengikut adat dan budaya yang telah menjadi resam rakyat negara ini,'' katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.326071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list