sementara menantikan ketibaan AJL34 bakall berlangsung feb2020, dan selain anugerah2 yg digembar gemburkan bangkit dr kuburan pada tahun 2020 seperti AIM, ASA dan APM, makanyaaaaa apa kata chuols memberikan keizinan halwa telinga chuols utk menyokong ANUGERAH NASYID 2019 IKIM.fm.
ANUGERAH NASYID 2019 bakal diadakan pada 30 November 2019 (Sabtu) di Dewan IKIM, Kuala Lumpur ...namun siaran langsung boleh disaksikan melalui social mediaa sajorrr iaitu facebook, ikim.tv dan youtube ikim.fm...tidak seperti penganjuran sebelum ini yg disiarkan secara langsung di RTM mahupun tVALhijrah..... Nape ekkk dah tak disiarkan di kaca tv???
sebanyak 12 buah lagu yg bertanding menyaksikan nama2 hebat dlm industri seni tanah air termasuk kumpulan rock lagenda XPDC, rabbani, in team selain penampilan khai bahar, caliph busker, ikhwan fatanna dan artis2 lain yg bertanding.
berikut 12 buah lagu yang akan bertanding :
Doa -XPDC Bismillah -Ikhwan Fatanna cahaya 114- Khai Bahar Cinta Bukan Mainan - Mirwana bertemu semula - REUNIC Buta - Caliph Buskers Dia - InTeam ittihad - rabbani Izinkan - Adeep Nahar Jalan Keluar - rabithah Satu dalam perjuangan - Saujana Gugur di setiamu - far East
selain itu, terdapat 11 kategori yg akan direbut oleh artis bertanding iaitu :
Juara Anugerah Lagu Terbaik,
Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik,
Ketiga Anugerah Lagu Terbaik,
Anugerah Lirik Terbaik,
Anugerah Vokal Terbaik,
Anugerah Persembahan Terbaik,
Anugerah Artis Baru Terbaik,
Anugerah Muzik Video Terbaik.
Turut dimuatkan ialah anugerah berdasarkan pilihan pendengar serta penonton seperti Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.
tambahan info :
juara AN2017 - Syahadah - Fazli Fareast
juara AN2014 - Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
makanyaaaaaaaaa mohleeee kita menyokong anugerah nasyid 2019 ini.....
meols pernah tengok edisi yang lepas2 yach...tapi majoritas peserta hauuuuuuusss sangat dan whoareyusss...lepas tu pemenang pon whoryusss...penonton pon sedeyyyyy...