CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] NUTP: Henti tohmahan guru makan gaji buta ketika PKP

[Copy link]
Post time 18-1-2021 05:57 PM | Show all posts
alah semua yg keje gomen sama je mkn gaji buta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 06:03 PM | Show all posts
green~tea replied at 17-1-2021 06:51 PM
Ada tu iols baca posting soc med sorang guru pendidik ni berharap cuti skolah bersambung sampai bula ...

sekor mcm ni lah yg buat org menyampah

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:13 PM | Show all posts
annehuda replied at 18-1-2021 05:11 PM
kawan aku yg cikgu tadika anak die pulak kasi tugasan suruh buat bento. dahle kawan aku kena pegi  ...

tengok jugaklah nota tu mcmaana...
kalau betul nota adalah ringkasan dari buku teks cikgu draft sendiri bukannya ko bagi pdf majalah didik berita harian bagi link youtube sape tah
isu hangat this wk
cikgu ditegur bagi homework tanpa mengajar

dah cikgu plak menjawab pasal parent tak mampu, pasal yg masuk hanya 10/30
kat sini aku plak tertanya...cikgu ambil kesempatan ni nak buat ke tak buat ajar?

tapi

dah nampak jugak sikit perubahan hasil voice out parent berkemampuan -  cikgu2 dah start share link mcamana nak realisasikan pengajaran.
tahniah
semoga murid2 yg rajin bekesungguhan dapat hak mereka

yg tak berkemampuan tu memang kena manual...text book + nota + homework yg cikgu2 kata nak print tinggal kat pakguard




Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan patutnya google meet ikut schedule asal kelas ke? E.g 8-9 bm, 9-10 eng etc etc
Buat macam mana sekarang? Ikut suka hati je ke nak buat kelas ke tak?
Sorryla tak terlibat dengan sesi sekolah ni, tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat, pekate sekolah ni bukak jugak, tp buat sistem giliran. Budak tahun 1 & 2 masuk setiap hari isnin, tahun 3 hari selasa dan seterusnya. Pastu kelas pun buatlah sepjg hari bkn setgh hari nak catch up lg 4 hari tak pegi sekolah tu. At least ade jugak pembelajaran secara face to face. Pjbt kerajaan pun mane tutup semua.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 18-1-2021 07:01 PM
Susah sangat, pekate sekolah ni bukak jugak, tp buat sistem giliran. Budak tahun 1 & 2 masuk setiap  ...

Betul jugak kan...buat mcm office hour 8-6....tp gilir2kan cikgu & murid...okay jugak mcmtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 18-1-2021 07:01 PM
Susah sangat, pekate sekolah ni bukak jugak, tp buat sistem giliran. Budak tahun 1 & 2 masuk setiap  ...

iols setuju sgt buat mcm ni. pdpr ni byk sgt loopholes utk tak mengajar b/p cikgu dan tak nak belajar n buat hw b/p pelajar
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I bukan guru dan i xhingin kecam guru..tapi i nk ckp i wfh, i guna data sndr, setup opis sndr, beli printer sndr, xdee plak yg nk tlg standout ckp i xmkn gaji buta walau bos tuduh i mcm tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai diduk beli kereta baru sejak pkp...bil kena balik stwsen masing2 terus emo sisss
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:01 PM | Show all posts
ni jaa level NUTP & golongan kununnn pendidik? patot ramai sampah hanya segelintir kecil yang betoi2 ikhlas & dedikasi mengajar..

Jadual kelas kununn 1-2 jam per day.. tapi haram tak sampai pun.. tak cukop dengan tu.. bagi kerja2 ... sapa nak ajaq & explain?? mak pak pun ada kerja laa cikgu cikgi ... awat tak buleh pikiaq? bengap sampai tara tu laa... cikgu cikgi dibayaq untuk kerja tu.. focus & pikiaq laa nak buat lagu mana.. NUTP pun bengap... patot berbincang dengan cikgu cikgi.. apa masalah utama depa langsung tak buleh spend masa untuk mengajaq ?

Keje tak cukop masa tu apa?? bukan gaji buta kaa??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:34 PM | Show all posts
Yang kelakarnya...ada cikgu yang mengajar bahasa inggeris,...bagi link utube..suruh anak murid tengok..tu je..hu..hu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:44 PM | Show all posts
makadek replied at 17-1-2021 06:54 PM
Memang last year 1hari pn ank aku tk msuk kelas ..cikgu2 kelas dia pemalas.... Makanlah ko gaji buta ...

Hah, lebih kurang kelas anak aku. Cg paling aktif cg Bi, subjek math ada la 2 x..yang lain krik-krik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:47 PM | Show all posts
annehuda replied at 18-1-2021 07:01 PM
Susah sangat, pekate sekolah ni bukak jugak, tp buat sistem giliran. Budak tahun 1 & 2 masuk setiap  ...

Iyalah..aku setuju cara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:54 PM | Show all posts




Krisis pendidikan negara semakin memuncak
Oleh SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALANJanuary 21, 2021 6:37 am 0



Sejak pandemik melanda negara, kaedah pendidikan negara kita telah berubah sepenuhnya. Sifat pandemik Covid-19 yang cepat merebak keseluruh masyarakat memaksa murid-murid dan guru-guru berkurung di rumah masing-masing.

Peringkat awal pelaksanaannya secara terpaksa, ia melihatkan seribu kecacatan dalam pendidikan. 4 komponen pendidikan iaitu kurikulum, murid, guru dan sistem sokongan seolah-olah tidak memberi kerjasama yang baik apabila kaedah baru ini hendak dilaksanakan.

Kepimpinan pendidikan negara ketika itu secara kebetulan atau sebuah perancangan semuanya baru mengambil alih tampuk kepimpinan dari kepimpinan yang telah dibentuk dari mandat rakyat.


Sedikit kelegaan buat pemerhati pendidikan apabila menteri pendidikan dinaikkan kedudukannya sebagai empat menteri kanan kerajaan persekutuan.

Namun kelegaan itu tidak berpanjangan apabila selepas dua bulan pelaksanaan pendidikan kaedah baru, kecacatan itu semakin jelas kelihatan dan mampu menjadi barah.

Ada beberapa persoalan yang penulis tanyakan kepada pucuk pimpinan KPM ketika itu, antaranya ialah bagaimanakah pelaksanaan pendidikan secara dalam talian hendak dilaksanakan jika kurikulum yang dibina merupakan kurikulum lama dan tidak mesra pendigitalan?

Kedua, adakah semua murid dan guru mampu dan bersedia melaksanakan pelaksaan pendidikan secara dalam talian atau kini dipanggil PdPR?

Ketiga, setelah pengumuman pembatalan peperiksaan PT3 dan khabar angin ketika itu UPSR juga akan dimansuhkan, apakah mekanisme yang akan diwujudkan oleh pihak KPM untuk menyusun murid-murid ini masuk ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 jika tidak ada penilaian yang seleras seluruh negara?



Dan keempat, adakah kerajaan telah mempersiapkan sebuah perancangan strategik pendidikan negara yang perlu dilaksanakan jika negara mengalami masalah seperti banjir, pandemik dan lain-lain.

Kesemua ini antara soalan dalam pelbagai soalan yang banyak dibangkitkan sejak pandemik melanda negara. Sehingga hari ini, hampir setahun pandemik melanda negara, persoalan ini masih belum dijawab, jauh sekali pelaksanaannya.

Kesan daripada ketidakcekapan dan ketidakpekaan KPM dalam melihat soalan ini, kini ia menjadi timbunan isu yang telah mencetuskan krisis pendidikan negara.

Keempat-empat komponen ini seolah-olah masih kekal berdegil untuk memberi kerjasama. Kerajaan yang berdiri hari ini diharapkan lebih proaktif, tetapi sebaliknya ia hanya mampu menutup dan membuka sekolah ketika situasi sesuai dengan keadaan.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa pucuk pimpinan pendidikan negara hanya menangguhkan pendidikan semasa pandemik sahaja. Ia ibarat negara kita lari daripada masalah yang hakikatnya kita perlu hadapi.



Krisis semakin memuncak apabila ada dikalangan murid kita tidak berkemampuan untuk menyertai sesi PdPR akibat kekangan wang yang banyak.

Buktinya, untuk melayari platform PdPR, mereka perlukan jalur lebar berbayar. Oleh itu, wang menjadi keperluan mereka. Kedua, setelah ditimpakan dengan dasar yang berubah-ubah serta penutupan sekolah berkali-kali, murid-murid memilih untuk berputus harap untuk meneruskan pengajian mereka.

Mereka telah membulatkan tekad untuk terus bekerja dan memulakan hidup sebagai seorang dewasa. Kesanya, lahirlah sebuah generasi yang tidak mempunyai kelayakan pendidikan walaupun bertaraf SPM. Mereka tidak gentar, kerana pasaran kerja tidak memerlukan SPM mereka, dunia yang berubah kearah pendigitalan dan Gig Ekonomi telah memperkukuhkan pilihan mereka.

Sebab itu, KPM khususnya YB Menteri Kanan Pendidikan termasuk dua Timbalan Menteri harus berperanan sabagai pasukan yang menguruskan pendidikan semasa pandemik, bukannya menangguhkan pendidikan semasa pandemik.

Penulis ulang semula, menguruskan pendidikan semasa pandemik. Benar ia perkara baru, tapi dengan kepakaran penjawat awam yang ada dalam KPM, pastinya mereka boleh menyediakan data dan hujahan yang lengkap buat pak menteri merangkanya.

Paling awal yang sepatutnya dilakukan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan ialah menyusun perancangan strategik yang perlu dilaksanakn semasa pandemik melanda negara. Kuasa yang ada pada KPM sangat besar termasuk dibawahnya Lembaga Peperiksaan Malaysia.



Tidak bolehkah YB Menteri kanan merombak sebahagian kecil piawaian sedia ada dalam sistem membentuk sebuah sistem yang sesuai dengan keadaan pandemik ketika itu.

Contohnya, bilangan sesi persekolahan, kaedah menilai prestasi murid dalam PdPR serta pencapaian khusus yang perlu dicapai oleh murid demi membentuk kemenjadian murid. Ini semua KPM boleh lakukan. Tiada halangan YB Menteri Kanan Pendidikan sedang memimpin sekarang, jadi dipersilakan.

Ini langkah yang sepatutnya diambil setelah dua bulan negara melanda pandemik. Dengan itu, tahun 2020 tidak menjadi tahu yang sia-sia buat semua murid. Jika KPM masih belum melakukan sebarang langkah, laksanakanlah langkah ini memandangkan pandemik ini masih memuncak.

Penulis berpandangan, dari pandangan yang lebih besar ialah semasa sekolah ditutup keseluruhannya pada bulan November lalu adalah masa yang sesuai KPM merombak keseluruhan sistem pendidikan negara.

Walaupun penulis tidak bersetuju dengan langkah KPM untuk menutup sekolah ketika itu, penulis melihat ada ruang untuk membuat sesuatu kepada pendidikan. Kenapa penulis tak bersetuju dengan langkah itu? Kerana ia menggambarkan betapa kita lemah menguruskan pendidikan semasa pandemik.

Semasa diumumkan PKPB di Selangor, KL dan Sabah serta Labuan, calon-calon SPM sedang mengambil peperiksaan percubaan. Semasa itu, kes masih dibawah paras 300. Oleh itu, penutupan sekolah wajar dibuat secara berperingkat memandangkan kluster terbanyak ketika itu di Sabah dan Klang, Selangor.

Biarkan murid tahun 1 sehingga tingkatan 4 sahaja yang dicutikan, manakala calon peperiksaan awam seperti tingkatan 5 dan 6 kekal sekolah secara bersemuka.

Dengan itu, bilangan yang ke sekolah adalah lebih kurang dari yang biasa serta segala pengajian semasa itu dapat diselesaikan dengan peperiksaan.

Kini, telah ditangguh, adakah kes berkurang dan calon peperiksaan awam kita masih berisiko untuk hadir ke sekolah. Ia tetap sama atau lebih teruk lagi.



Berbalik kepada soal menggubalan semula keseluruhan sistem pendidikan negara. Ia bukan satu yang idealis semata-mata. Ia realistik untuk dilaksanakan.

Sejak zaman merdeka, negara mengubah sistem pendidikan mengikut peredaran zaman, tetapi sejak 20 tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan yang diubah melebarkan jurang antara sistem pendidikan dengan perubahan zaman.

Inilah masanya untuk KPM membentuk sebuah sistem pendidikan yang menyediakan tempat buat pasaran pekerjaan. Kurikulum yang dibina perlulah yang akan digunakan pakai semasa bekerja. Ini penting, kemahiran yang diberikan di sekolah menjadi keperluan semasa bekerja.

Dengan itu, murid-murid kecanduan untuk hadir ke sekolah untuk mendapatkan ilmu. Sistem pendidikan kita sekarang baik tetapi tidak menjadi nilai tambah buat mereka bekerja nanti.

Seterusnya, dengan pengubalan ini, KPM boleh membentuk sebuah sistem yang mesra pandemik. Ia bermaksud, jika pandemik melanda negara, ia tetap boleh berjalan. Ini adalah langkah jangka masa panjang, perancangan strategik yang penulis jelaskan diawal tadi merupakan langkah jangka pendek.

Pelaksaan sistem pendidikan mesra pandemik ini boleh dimulakan mulai tahun 1 dan tingkatan 1, kerana ia transisi pendidikan dari pendidikan awal kanak-kanak ke sekolah rendah dan dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Akhir sekali, dengan penggubalan ini, KPM boleh memperkukuhkan semula kemenjadian murid dalam pendidikan melalui penerapan mata pelajaran nilai moral atau akhlak dikalangan murid-murid sekolah rendah.

Krisis pendidikan menjadi lebih mudarat apabila murid-murid kita dari golongan ‘Miskin Perangai’. Masyarakat akan runtuh apabila nilai moral atau akhlak diabaikan.



Mata pelajaran ini adalah asas untuk semua murid sekolah rendah, dan ia perlu mempunyai penilaian yang perlu dicapai oleh murid. Dengan itu, murid punya motivasi dan arah tuju yang jelas.

Mungkin penulis berpuas hati apabila segala apa yang diucapkan dalam bual bicara dalam talian sebelum ini dan apa yang terukir dalam fikiran penulis telah diturunkan dalam rencana ini.

Namun, penulis masih merasa lelah dan risau akan kedudukan sistem pendidikan negara yang tiada arah tuju. Sahutlah pertolongan dari pemimpin parti pembangkang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas merentas parti yang berperanan membina semula dasar pendidikan negara.

Demi pendidikan anak bangsa, pemimpin politik bersedia dan harus bersedia untuk mengenepikan aganda politik masing-masing.

Sempena bukanya sekolah buat semua calon peperiksaan awam 2020, penulis ingin menanyakan dan wajar dibentangkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan, adakah KPM mempunyai sebuah perancangan yang jelas dan langkah yang akan diambil pada kedudukan peperiksaan awam itu andai kata ada pusat peperiksaan yang terganggu akibat penularan pandemik Covid-19 (didoakan kejadian ini tidak berlaku).

Ini penting untuk kemukakan oleh KPM, memandangkan peperiksaan awam ini dijalankan serentak dan kertas peperiksaannya adalah selaras diseluruh negara. Jadi andai kata terganggu disuatu tempat, apakah kedudukan ditempat lain dan kedudukan peperiksaan awam itu sendiri.

——————————
Penulis Politik, Tinta Siyasah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:00 PM | Show all posts
julia5094 replied at 21-1-2021 02:34 PM
Yang kelakarnya...ada cikgu yang mengajar bahasa inggeris,...bagi link utube..suruh anak murid tengo ...

kahkahkah

lu jgn taktau cigu2 tu pecah kepala siang malam selama 6 bulan nak cari bideo yg sesuai utk anak murid
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:02 PM | Show all posts
PKP ni bukan cikgu jek mcm relax...kebnykkan yang staff gomen mmg relax2 jek kan......


cikgu tu ada jugak la sent keje2 kat wasap walaupun skadar forward message or copy message jek entah2nya....tapi klu jenis gini mmg x patut....

nasib cikgu anak2 iols rajin2 ada zoom meeting bagai....hahahha....


ni darjah satu..10 subjects (agama n SK) 10 kali anak iols buat introduction myself...cara bahasa melayu..cara math..cara science.. cara jawi....hhahaha....bagus jugak..hahaha....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 21-1-2021 02:01 PM
ni jaa level NUTP & golongan kununnn pendidik? patot ramai sampah hanya segelintir kecil yang betoi2 ...

Cikgu fikir sebelom pencen da naik gred 54. Itu je yg dorg dok pikir. Ko join grup cikgu dkt fb hmpir semua fikir tu je. Kelakar, konon kementerian trpenting  smpi guru2 dpt time based. guru2 smbung master, phd tp tiada pon bole solve kan isu ini. The best is, antara bajet trtinggi setiap tahun kalau pembentangan bajet. Tp nan hado. Bajet tinggi2 hanya utk byar gaji cikgu je. Bajet kkm pon thun lepas je byk tu pon hampir sama dgn bajet kkm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak àku negeri serambi pegi keja je pkp walau boleh bdr..senang pagi htr anak skul tghari balik àmbik anak skul...dr dok rumah baik gi opis leh melaram
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:09 PM | Show all posts
aotearoa replied at 21-1-2021 02:44 PM
Hah, lebih kurang kelas anak aku. Cg paling aktif cg Bi, subjek math ada la 2 x..yang lain krik-kr ...

Cikgu fikir sebelom pencen da naik gred 54. Itu je yg dorg dok pikir. Ko join grup cikgu dkt fb hmpir semua fikir tu je. Kelakar, konon kementerian trpenting  smpi guru2 dpt time based. guru2 smbung master, phd tp tiada pon bole solve kan isu ini. The best is, antara bajet trtinggi setiap tahun kalau pembentangan bajet. Tp nan hado. Bajet tinggi2 hanya utk byar gaji cikgu je. Bajet kkm pon thun lepas je byk tu pon hampir sama dgn bajet kkm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:10 PM | Show all posts
Meiizu replied at 18-1-2021 06:13 PM
tengok jugaklah nota tu mcmaana...
kalau betul nota adalah ringkasan dari buku teks cikgu draft s ...

Cikgu fikir sebelom pencen da naik gred 54. Itu je yg dorg dok pikir. Ko join grup cikgu dkt fb hmpir semua fikir tu je. Kelakar, konon kementerian trpenting  smpi guru2 dpt time based. guru2 smbung master, phd tp tiada pon bole solve kan isu ini. The best is, antara bajet trtinggi setiap tahun kalau pembentangan bajet. Tp nan hado. Bajet tinggi2 hanya utk byar gaji cikgu je. Bajet kkm pon thun lepas je byk tu pon hampir sama dgn bajet kkm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 1.979411 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list