CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2605|Reply: 6

Hanya Mitos! Doktor Nafi Letak Dompet Di Poket Punca Tulang Belakang Bengkok

[Copy link]
Post time 17-4-2018 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa hari lepas, heboh diperkatakan mengenai tabiat menyimpan dompet pada poket seluar di bahagian belakang dan tidak mengeluarkannya ketika duduk dimana ianya dikatakan boleh menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera.









Namun, semalam seorang pakar bedah orthopedik yang dikenali sebagai Dr Mahyuddin Mohamed menafikan dakwaan tersebut melalui akaun twitter miliknya.


Jangan mudah terpedaya! Ianya hanya mitos...


Foto: Twitter Dr Mahyuddin



Bukan Skoliosis!


Foto: Twitter Dr Mahyuddin



Menurut Dr Mahyuddin, tulang belakang kita dicipta untuk menjadi fleksibel dan dengan meletakkan dompet pada poket belakang seluar tidak akan menjadikan tulang belakang kita menjadi bengkok kekal.


Bagaimanapun, jika dilakukan secara berterusan ianya mungkin akan menyebabkan sakit lain.



Foto: Twitter Dr Mahyuddin



Melalui akaun facebooknya pula, dia tidak menggalakkan kaum lelaki terutamanya untuk menyimpan dompet di belakang dan duduk di atasnya kerana bukan sahaja ianya merosakkan kad di dalam dompet malah ianya memudahkan kerja penyeluk saku.



Foto: Facebook Dr Mahyuddin



Kesimpulannya,  jangan terlalu mudah percaya setiap maklumat yang dikongsi di media sosial dan pastikan kebenarannya terlebih dahulu.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 12:22 PM | Show all posts
mgkin klu duit berkepuk dlm dompet bleh wt tulang blkg lari kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
huhu ngarut ni. lain la dompet tu isi jongkong mas
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 03:08 PM | Show all posts
hahahha, first time pulak aku dgr mitos ni, siapa yg bodoh viralkan mitos ni? hahahha.. kalau jenis yg poket tebal paham ler, but kalau jenis yang x....hahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mitos mitos
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:21 AM | Show all posts
thanks for sharing

Aulora Kodenshi Japan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2018 12:07 PM | Show all posts
Betul tu letak dipoket depan lebih selamat atau tak perlu bawak kad terlalu banyak.  Kad banyak sangat akan menebalkannya je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065018 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list