CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2767|Reply: 8

"Aku Search Lagu Kat Telefon Kawan Non Muslim, Terkejut Jumpa Ayat Suci Al

[Copy link]
Post time 10-8-2018 12:14 PM | Show all posts |Read mode





Untung sesiapa yang dilahirkan sebagai muslim kerana tidak lagi keliru mencari agama yang benar yang boleh membawa mereka menuju syurga Allah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bukan dilahirkan dalam Islam?


Kita biasa dengar dan tahu bahawa ramai golongan yang bukan Islam memeluk agama Islam setelah diberi hidayah. Ini bermakna, agama Islam adalah agama yang benar dan dicari oleh mereka yang inginkan ketenangan dan keredaan dalam hidup.  

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang sahabatnya yang bukan beragama Islam tetapi cenderung ke arah mendekati agama Islam. Secara tidak sengaja, dia menjumpai carian tentang al-Quran dan zikir di dalam telefon pintar rakannya itu ketika dia ingin membuat carian lagu di telefon tersebut. Hatinya berasa sangat tersentuh dan dia menangis apabila mengetahui rakannya sedang cuba mendalami tentang agama Islam.




Beri sokongan kepada rakan bukan Islam



Netizen meminta wanita ini memberi sokongan kepada sahabatnya yang sedang mencari hidayah dan berminat tentang agama Islam dan al-Quran itu. Rupanya, sahabatnya itu sudah ingin memeluk agama Islam tetapi masih dalam proses memujuk bapanya menerima keputusan untuk bergelar Muslim.





Semoga dipermudahkan urusan



Ramai netizen yang turut mendoakan agar sahabat wanita ini berjaya memeluk agama Islam dan dipermudahkan segala urusan hidupnya.



Non-Muslim rasa tenang dengar bacaan Al-Quran



Seorang netizen bukan Islam turut memberi komen yang dia juga berminat tentang agama Islam dan suka mendengar tentang apa sahaja tentang Islam. Dia meminta agar netizen lain turut mendoakan dia berjaya memeluk Islam suatu hari nanti. Bagi netizen yang sedia muslim mungkin tidak merasakan kelainan apabila mendengar bacaan al-Quran tetapi, bagi mereka yang sedang mencari hidayah, mendengar bacaan ayat suci itu dapat memberikan ketenangan yang luar biasa.





Tunjuk contoh yang baik



Ada betulnya komen netizen ini, ada sesetengah orang Islam sendiri yang liat untuk menunaikan solat. Sepatutnya, sebagai orang Islam kenalah tunjuk contoh yang baik kepada rakan-rakan bukan Islam supaya mereka berminat untuk mendalami keindahan agama Islam.







Bersyukurlah jika kalian dilahirkan dalam Islam kerana ia adalah agama yang sebenar-benarnya. Tetapi amat rugi jika kalian tidak patuh dan melakukan suruhan Allah kerana mereka yang bukan Islam pun masih mencari petunjuk dan panduan dalam hidup mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 01:59 PM | Show all posts
bersyukurlah Allah nak bagi hidayah kat kawan budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga mendapat hidayah {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 04:14 PM | Show all posts
Alhamdulillah... semoga dimudahkan urusan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus mendapat hidayah dan dipermudahkan urusannya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokei kedai cina kt umh i ni install apps azan dlm fon dia..aritu terkojut gak i tgh nk byr dgr azan, tgk dr fon dia..i plak beria nk off bunyi azan kt fon i..
Xpa2..i pun ada..dia kabo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kan. untungla lahir2 dah islam. kalau tak beria2 kut cakap semua agama lain salah agama dia je yg betul. nampak bulan pun dah buat sign cross gaknya. n straight. kalau lgbt tu mampus kena carut tiap2 hari kat socmed. lol.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 05:03 PM | Show all posts
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2018 06:19 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan segala urusan kawan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.286243 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list